Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah (SMKTBI) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Indah Utama,Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Beriltizam Maju Cemerlang |
Ditubuhkan | 2004 |
Nombor sekolah | 07-238 3767 |
Kod sekolah | JEA1087 |
Pengerusi PIBG | En. Law Thien Sheng |
Pengetua | Tn. Hj. Julnizam Bin Janisan |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Shakira Irfah Binti Abdullah |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Lim Hui Kian |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Rosmawati Binti Nawawi |
Faks | 07-234 4107 |
Laman sesawang | http://www.facebook.com/smktbijb |
Sejarah
suntingSMK Taman Bukit Indah dibina atas nama Kementerian Pelajaran Malaysia secara rundingan ” Design and Build ” mulai Mei 2002 dan disiapkan sepenuhnya pada September 2003. Bangunan ini diserahkan sepenuhnya pada Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada Mac 2004.
SMK Taman Bukit Indah mula beroperasi pada 1 Jun 2004 dan sesi persekolahan bermula pada 14 Jun 2004 yang melibatkan tingkatan peralihan, satu, dua dan empat. Sejumlah besar murid-murid dari SMK Perling 2 mendaftarkan diri pada hari pendaftaran yang diadakan pada 11 Jun 2004. Jumlah murid yang mendaftar ialah 254 orang dan meningkat ke 299 orang pada Disember 2004. Sejumlah 9 buah kelas dibuka iaitu 2 kelas peralihan, 3 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2 dan 1 kelas tingkatan 4.
Puan Hajah Noor Hayatee Binti Md Noor pula diberi mandat sebagai pengetua pertama manakala seramai 8 orang guru terlatih dan 5 orang guru sandaran tanpa latihan telah memulakan tugas mereka di sekolah ini.
Tn. Haji Julnizam Bin Janisan merupakan pengetua yang memimpin sekolah ini sehingga kini.
Infrastruktur
suntingSMK Taman Bukit Indah terdiri daripada blok-blok 3 dan 4 tingkat bangunan pentadbiran dan akademik dengan kemudahan kantin, tempat letak kereta dan basikal berbumbung, dewan serbaguna, kemudahan sukan, surau, 4 unit wakaf dan pangsapuri yang menempatkan 16 unit rumah guru.
Dewan sekolah diberi nama Dewan Seri Indah, dataran perhimpunan dinamakan Dataran Semarak manakala ruang foyer dipanggil Anjung Lestari. Kelas-kelas pula mengambil nama sempena nama-nama bunga seperti Azalea, Iris, Cempaka, Sakura, Seroja dan lain-lain.
Senarai Pengetua
suntingNama | Tahun berkhidmat | |
---|---|---|
Puan Hajah Noor Hayatee Binti Md Noor | 2004-2007 | |
Puan Salbiah Binti Noordin | 2008-2010 | |
Puan Hajah Zubaidah Binti Endot | 2011-2013 | |
Puan Hajah Asiah Binti Mohamad | 2013-2014 | |
Encik Nasir Bin Mohamed Yunos | 2014-2017 | |
Encik Sahlal Bin Sakio | Jan 2017 - Ogos 2017 | |
Tuan Hj. Md. Ridzuan Bin Md. Nasir | Okt 2017 - Mei 2019 | |
Puan Hajah Subaidah Binti Haleed | Julai 2019 - 2020 | |
Puan Hajah Shahrulbanun Bte A.Ghani | 2020 - Feb 2024 | |
Tuan Hj. Julnizam Bin Janisan | Mac 2024 - sekarang |