Sekolah Menengah Kebangsaan Sura

sekolah menengah di Terengganu


Sekolah Menengah Kebangsaan Sura, atau dikenali sebagai SEMESRA[2], ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sura, Dungun, Terengganu di persisiran pantai Laut China Selatan[3], nama sekolah ini diambil dari nama mukim yang ia berada,iaitu mukim sura

Sekolah Menengah Kebangsaan Sura
Alamat
SMK Sura Kampung, Sura Tengah
 Malaysia Kg. Sura Tengah, Dungun,, 23000, Dungun, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Nama lainSEMESRA
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSemesra Sehasrat Sepakat Sukses
Autoriti pendidikandungun
Nombor sekolah6098484798
Kod sekolahTEA1034[1]
PengetuaMustafa Bin Chik
Kelas22
Bahasabahasa melayu
Faks6098484798
Laman sesawang

sejarah

sunting

Sekolah ini mula dibangunkan pada tahun 1993 di kawasan seluas 7.2 hektar dan memulakan operasi pada 16 Jun 1995. Pada masa itu, Encik Mat Zali Bin Ismail dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk menguruskan pentadbiran sekolah pada peringkat awal.

Pada 1 Julai 1995, sekolah ini mula menerima 325 pelajar dari tingkatan 1, 2, dan 4 serta 13 orang guru yang sebelumnya ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah. Pada awal pembukaan, terdapat 7 kelas yang dibahagikan kepada tiga kelas untuk Tingkatan Satu, tiga untuk Tingkatan Dua, dan satu untuk Tingkatan Empat, dengan 14 orang guru serta seorang Pembantu Tadbir.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sura memiliki 350 pelajar lelaki dan 290 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 640 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.

pengetua

sunting
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sura
Bil Nama Waktu Berkhidmat Nota
1 Encik Mat Zali Bin Ismail 1 Julai 1995 - 9 Disember 1995 Tidak mempunyai pengetua rasmi; mengurus sekolah sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum
2 Tuan Haji Abdullah Bin Ali 10 Disember 1995 - 1 Mac 1996 Pengetua dengan waktu berkhidmat terpendek, bertukar ke SMK Sultan Omar
3 Encik Abdul Malik Bin Musadali 1 April 1996 - 31 Disember 1999 Bertukar ke SMK Pulau Serai
4 Encik Zakariah Bin Ali 1 Januari 2000 - 31 Januari 2001 Bertukar ke SMK Ketengah Jaya
5 Puan Hajah Midah Bt. Mamat 1 Disember 2000 - 2009 Pengetua dengan waktu berkhidmat terlama
6 Puan Hajjah Salmah Binti Mohd Tahar 2009 - 2012
7 Puan Hajjah Raziah Binti Ismail 2012 - 2014
8 Haji Mohd Sidek Bin Embong 2014 - 2016
9 Che Rashid Bin Sulong 2016 - 2019
10 Encik Husin Bin Muhammad Nor 2022 - 2024 ditukarkan secara mengejut pada tahun 2024
11 Mustapha Bin Chik 2024 - Kini pengetua yang memperkenalkan peraturan baju 'tuck-in'

Pencapaian

sunting

Pada tahun 2019, dua orang pelajar sekolah ini,Siti Nurliana dan Wan Najmiatul, masing-masing berusia 15 tahun, menjuarai Pertandingan Memasak Chef Remaja Sekolah-Sekolah Menengah anjuran MAGGI® di Ipoh.

Pada tahun 2023, pelajar sekolah ini, Kharunnirah binti Khairuddin, dianugerahkan sebagai 'FINCO Aspire Outstanding Student of the Year' peringkat kebangsaan.

Pada tahun 2024, kumpulan KMR sekolah yang diketuai oleh Encik Mohd Nurul Fakhri bin Fauzi sebagai ketua kumpulan, Muhammad Akram bin Juslyminramadhan sebagai ketua teknikal, Muhammad Irfan Firdaus bin Muhd Nur sebagai penolong teknikal, serta empat orang pembentang iaitu Wan Muhammad Haziq bin Wan Zainuddin, Aira Qaisara Fatima binti Amir Fadhli, Damia Hanun binti Sharuddin, Alya Damia Batrisyia binti Alyatim, dan Nurannisa binti Mohd Zani telah memenangi emas dalam pertandingan Showcase KMR TS25 peringkat daerah Dungun di SMK Paka. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Terengganu di bawah program TS25, Kementerian Pendidikan Malaysia.

kes jenayah

sunting

pada 4 September 2024 ,seorang guru lelaki yang mengajar subjek pjpk dibawa ke mahkamah atas 4 pertuduhan melakukan Anang seksual dengan seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun 9 bulan


kes kematian

sunting

Pada 3 Disember 2015, juruteknik komputer sekolah ini, Muhammad Hafız Che Kamarudin, 31 tahun, ditemui meninggal dunia secara mengejut di ruang tamu kuarters guru selepas dua hari menghilangkan diri.

pada 14 Jun 2024, penolong kanan pentadbiran sekolah menengah kebangsaan sura, cikgu hasnorlinda, telah disahkan meninggal dunia

Rujukan

sunting
  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ "SEMARAK MERDEKA SMK SURA 2022 ts25". Anyflip. n.d. Dicapai pada 2024-11-16.
  3. ^ Templat:Cite Google Maps