Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil

sekolah menengah di Malaysia


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil atau nama ringkasnya SMK Sungai Pasir Kechil, merupakan sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil

Lencana Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil
Lokasi
Sungai Petani, Kuala Muda, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah memengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIltizam Inovatif Cemerlang
Ditubuhkan2013
Nombor sekolah011-62566552
Kod sekolahKEA3119
Pengerusi PIBGNasir Bin Abu Mansor
PengetuaOthman Bin Ahmad
GPK Pentadbiran dan AkademikNurehan Binti Isa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRohana Binti Moa'ad
Penolong Kanan KokurikulumSarina Ayu Binti Mohd Radzi
Map

Sejarah

sunting

Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 2013 dengan jumlah pelajar 280 orang dengan 23 orang guru. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Mazlan Bin Mat Isa.

Pada 2014 sekolah ini telah menerima pengetua kedua iaitu Tuan Haji Ahmad Nasir Bin Jamaludin dengan jumlah pelajar telah meningkat kepada 700 orang dengan kekuatan 42 orang guru.

Pencapaian

sunting

Kurikulum

Pencapaian terbaik SPM sekolah ini ialah pada tahun 2023 dengan mencatat GPS 4.94 melonjak daripada tahun sebelumnya 5.86. Pencapaian ini meletakkan SMKSPK mendapat lonjakan saujana ketujuh terbaik negeri Kedah dan ketiga terbaik daerah Kuala Muda Yan. Dua orang murid mendapat semua A (8A) dalam mata pelajaran yang diambil. 6 orang murid lagi mendapat 7A, dan 5 orang mendapat 6A.

Lima subjek mendapat lulus 100% iaitu Perniagaan, Pendidikan Seni Visual, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Tamil dan Bahasa Cina.


Kokurikulum

Pada 2014 pasukan silat sekolah telah menjadi johan keseluruhan Pertandingan Pencak Silat Peringkat Negeri Kedah.

SMKSPK telah menjadi Johan pertandingan Bola Sepak Bawah 15 tahun MSSD Kuala Muda Yan pada tahun 2015 dengan menewaskan SMK Guar Chempedak 1-0.

Pada 2016 pasukan wanita Petanque sekolah telah menjadi johan Pertandingan Petanque peringkat negeri Kedah anjuran ANGKASA yang berlangsung di Gelanggang Petanque KEDA Bendang Man, Sik, Kedah.

Pada tahun 2019 pasukan Olahraga SMKSPK berada di tempat ke-4 Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Muda Yan di SMK Tunku Ismail. Beberapa orang pelajar terpilih mewakili pasukan daerah ke peringkat negeri dan menyumbangkan pingat emas dan perak kepada kontinjen daerah.

Pada tahun 2022, pasukan bola sepak bawah 18 tahun telah menjadi Johan Bola Sepak Zon Sungai Petani Selatan dan mendapat tempat ketiga di peringkat daerah Kuala Muda Yan.


Pada tahun 2023 pula pasukan bola sepak bawah 15 tahun telah menjadi Johan Zon Sungai Petani Selatan dan telah mewakili zon ke peringkat MSSD Kuala Muda Yan. Di peringkat daerah, pasukan ini telah layak ke Final namun tewas kepada SMK Khir Johari 0-2. Seorang pemain sekolah telah terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.

Alamat

sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil

KM6 Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Pautan luar

sunting