Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong atau nama ringkasnya SMK Sg Maong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pisang Barat.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Pisang Barat, 93150, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berusaha Berilmu Berbakti |
Nombor sekolah | 6082252788 |
Kod sekolah | YEA1203 |
Pengetua | Lau Yok Huck |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Chai Siew Ju |
Faks | 6082428473 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong memiliki 905 pelajar lelaki dan 828 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1733 orang. Ia mempunyai seramai 105 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong mendapat namanya bersempena dengan sebatang sungai yang dinamakan Sungai Maong. Sekolah ini mula beroperasi pada 3 Januari 1983. Pada masa itu, sekolah ini cuma menumpang di kawasan Sekolah Rendah Combined, Jalan Nanas Barat Kuching.
Pada mulanya Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong hanya memiliki 4 buah bilik kelas dengan jumlah 183 orang pelajar, 7 orang guru dan seorang pembantu makmal. Pengetua yang pertama ialah Encik Wong Tau Siang.
Pelajar-pelajar yang menuntut di SMK Sungai Maong kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Kampung Kudei, Kampung Sungai Maong, Jalan Kulas, Kampung Semerah Padi pada awal penubuhannya. Setelah 7 tahun menumpang di kawasan SRK Combined, akhirnya SMK Sungai Moang berpindah ke bangunan baru di Jalan Pisang Barat, Kuching pada Disember 1990.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong memulakan kelas tingkatan 3 pada tahun 1985. Kelas Tingkatan 5 Aliran Sastera dimulakan pada tahun 1993 manakala Tingkatan 5 Aliran Sains dimulakan pada tahun 1998.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong
- Jalan Pisang Barat
- 93150, Kuching
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6082252788
- Fax = 6082428473