Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah atau nama ringkasnya SMK Sultanah Engku Tun Aminah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di Johor Bahru. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah menengah harian bagi pelajar perempuan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah | |
---|---|
Lokasi | |
JALAN SUNGAI CHAT,, JOHOR BAHRU, Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 072237033 |
Kod sekolah | JEB1007 |
Faks | 072212101 |
Sejarah
suntingSekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim II telah ditubuhkan pada 4 Januari 1970. Ketika itu, sekolah ini menumpang di Maktab Sultan Abu Bakar selama lima bulan sebelum berpindah ke bangunan sekarang pada bulan Mei 1970.
Pada tahun 1978, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah sempena nama DYMM Almarhummah Sultanah Engku Tun Aminah bte Engku Ahmad.
Sekolah yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar perempuan sahaja bermula dengan pelajar sulungnya seramai 580 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan peralihan dan tingkatan satu dengan tenaga pengajar seramai 20 orang. Tiga buah kelas aliran Sastera telah diperkenalkan pada tahun 1975, manakala aliran Sains bermula pada tahun 1979. Pada tahun 1990, bilangan pelajar di sekolah ini mencecah angka 2000 orang dengan tenaga pengajar berjumlah hampir 90 orang, manakala kelasnya sehingga Tingkatan 5 dengan menawarkan aliran Sains, Sastera Akaun dan perdagangan.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah
- JALAN SUNGAI CHAT
- JOHOR BAHRU
- Johor, Malaysia
- Telefon = 072237033
- Fax = 072212101