Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma atau nama ringkasnya SMK Sultanah ASMA, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Langgar.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (Rasmi) Sultanah Asma School (Tidak rasmi) | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Berprestasi Tinggi, SBT |
Moto | Unggul dan Terbilang |
Ditubuhkan | 1922 |
Nombor sekolah | 6047322618 |
Kod sekolah | KEB2095 |
Pengetua | Puan Balkis Binti Nordin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Maslela Noorida Binti Mansur |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Rohaiza binti Abdul Halim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Syuraini binti Abd Syukur |
Faks | 6047328020 |
Laman sesawang | smksultanahasma.edu.my |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma memiliki 993 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 993 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma merupakan sekolah bantuan Inggeris yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu dan tertua di negara ini. Tujuan asal penubuhan sekolah ini adalah untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak perempuan kerabat di raja dan anak-anak perempuan Pegawai Tinggi Kerajaan. Mulai tahun 1945, barulah sekolah ini dibuka kepada umum dan mula mengambil pelajar dari pelbagai bangsa. Guru besar pertama sekolah ini ialah Cik M.C. Wadell. Cik Wadell mempunyai dua orang pembantu berbangsa Melayu iaitu Cik Rahmah dan Cik Intan.
Sekolah ini telah diiktiraf sebagai Sekolah Premier Negeri Kedah Darul Aman oleh Jabatan Pelajaran Kedah mulai tahun 1998 dan dinaikkan statusnya sebagai Sekolah Elit Negeri Kedah pada tahun 2000.
Pada tahun 2007, SMK Sultanah Asma diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2010, sekolah ini diiktiraf pula sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama.
Pada tahun 2010,SMK Sultanah Asma telah diistiharkan sebagai sekolah berprestasi tinggi[perlu rujukan] dan merupakan antara 4 buah sekolah menengah harian yang terpilih di Malaysia.
Lagu sekolah
sunting- Sekolah Sultanah Asma
- Lahir dari cita-cita
- Mendidik srikandi bangsa
- Berjaya sepanjang masa
- Berjanji setulus hati
- Berikrar semurni kata
- Belajar berilmu berbakti
- Tertunai harapan semua
- Dengan tekad dan keyakinan
- Berazam mencapai kejayaan
- Hadapi dugaan cabaran
- Demi kesejahteraan masa depan
- Oh sekolah tercinta
- Mekar subur perkasa
- Namamu kan dipelihara
- Dengan peribadi mulia
Sosial Media
suntingInstagram sekolah : https://www.instagram.com/sultanah_asma/
Instagram pancaragam sekolah : https://www.instagram.com/sasbandasma/