Sekolah Menengah Kebangsaan Sibu Jaya


Sekolah Menengah Kebangsaan Sibu Jaya (disingkatkan sebagai SMK Sibu Jaya) ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Sibu Jaya iaitu sebuah perbandaran di Daerah Sibu, Sarawak, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sibu Jaya
Lokasi
 Malaysia Km32, Jalan Durin, Taman Sibu Jaya, 96000, Sibu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Berdisiplin Berwawasan
Nombor sekolah601165728009
Kod sekolahYEA3103
Faks6084236326

Sejarah

sunting

SMK Sibu Jaya terletak di Bandar Baru Sibu Jaya yang berjarak 28 km dari Bandar Sibu. SMK Sibu Jaya terbina di atas tapak seluas 15 ekar. Projek ini telah dilaksanakan melalui kaedah rundingan terus dan reka bina. Kos projek pembinaan SMK Sibu Jaya adalah berjumlah RM26,800,000.

SMK Sibu Jaya mula beroperasi pada tahun 2004. Jumlah pelajar SMK Sibu Jaya pada awalnya ialah 459 orang yang terdiri daripada sebuah kelas peralihan, enam kelas tingkatan 1 dan lima kelas tingkatan 2. Jumlah tenaga pengajar SMK Sibu Jaya ialah 24 orang manakala kakitangan sokongan ialah 10 orang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sibu Jaya memiliki 875 pelajar lelaki dan 838 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1713 orang. Ia mempunyai seramai 105 orang guru.2009

Pada 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Sibu Jaya memiliki keseluruhan murid seramai lebih 2000 orang dan lebih dari 130 orang guru. Kebanyakan pelajar SMK Sibu Jaya adalah terdiri daripada pelajar yang mendiami kawasan perumahan Sibu Jaya dari kawasan berhampiran.

Pencapaian

sunting

Alamat

sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Sibu Jaya
Km32, Jalan Durin, Taman Sibu Jaya
96000, Sibu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 01165728009
Fax = 6084236326

Pautan luar

sunting