Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan atau nama ringkasnya SMK Seri Pekan, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Peramu.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan
Lokasi
Bandar Baru Peramu,, 26600, Pekan,, Pahang Darul Makmur,
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan Malaysia, Sekolah Aliran Agama, Sekolah Konsep Berasrama Penuh, Sekolah Asrama Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Projek Indera Shahbandar Pahang, Sekolah Bestari Malaysia, Sekolah Harapan Negara, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Projek Pembangunan Kriket Malaysia
MotoCemerlang Sekarang, Cemerlang Akan Datang
Nombor sekolah6094264221
Kod sekolahCEA5074
Pengerusi PIBGDato' Ahmad Islanizam bin A Halim
PengetuaPuan Hajah Zahamana binti Zainuddin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Abdul Hafiz bin Ishak
Penolong Kanan KokurikulumEncik Hamdan bin Muda
Faks6094264220

Pada 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan memiliki murid seramai 620 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.

Sejarah

sunting

Konsep asal penubuhan SISP ini adalah merealisasikan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia pada waktu itu iaitu YB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak semasa pertemuan dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada 24 November 1996. Dua buah sekolah rintis yang dipilih ialah SMK Seri Pekan dan SM Clifford, Kuala Lipis.

Pembangunan sekolah ini melalui satu proses evolusi yang bermula dengan pembinaan:

  • Bangunan Sekolah 1996
  • Dua blok asrama 1997
  • Tambahan 2 blok asrama 2000
  • Dewan dan surau 2001

Dalam bangunan yang sama juga ditempatkan 5 blok Kuarters Institusi Pendidikan yang menampung hampir 150 keluarga kakitangan pendidikan. Keluasan keseluruhan tapak ialah 38 ekar yang merangkumi sekolah, asrama, rumah guru dan Kuarters Institusi Pendidikan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan

sunting

Falsafah Sekolah

Sebagai insan, pelajar-pelajar mempunyai hak untuk mendapat pendidikan. Mereka boleh dididik dan diajar serta boleh mencapai kejayaan. Sekolah bertanggungjawab mendidik dan mengajar mereka untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.


Visi

1997 - Menitiskan pendidikan cemerlang oleh pendidik cemerlang dengan budaya khidmat cemerlang supaya pelajar berterusan cemerlang untuk kecemerlangan agama,bangsa dan negara.
2006 - Sekolah Harapan Negara 2008
2008 - Sekolah Cemerlang 2008
2009 - Sekolah Cemerlang 2013
2014 - Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


Misi

  1. Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
  2. Melibatkan pelajar secara menyuluruh dalam kokurikulum dan membina sekolah berwatak
  3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif
  4. Memupuk nilai murni dan sahsiah yang terpuji
  5. Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan

Lagu Sekolah

sunting

Tajuk: Cemerlang Sekarang Cemerlang Akan Datang


SMKSP pasti kami sanjungi

Kecemerlangan duniawi ukhrawi

Membentuk diri, jiwa dan minda

Kamil dan berkarisma

Cemerlang sekarang cemerlang akan datang

Kalimah kearah kejayaan

Sama seiring para guru tercinta

Mendidik kami memertabatkan ummah

Wadah kami untuk perjuangan

Ilmu amal bestari

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan

Menuju era kegemilangan

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan

Menuju era kegemilangan


Pencipta : Azhar Ali & Amri Aminullah

Pencapaian

sunting

2007: Sekolah Harapan Negara 2007 2011: Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)

Kebitaraan Akademik: Bahasa Inggeris Kebitaraan Kokurikulum: Kriket (Antarabangsa)

Alamat

sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan,
Bandar Baru Peramu,
26600, Pekan
Pahang Darul Makmur,   Malaysia
Telefon = 6094264221
Fax = 6094264220

Pautan luar

sunting


Dikemaskini oleh Fahim Irfan pada 3 November 2024