Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa atau nama ringkasnya SMK Seri Desa, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bomba.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Bomba, TANJONG KARANG, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Sejahtera Muafakat Amanah Rasional Transformasi (#smartsemensa) |
Nombor sekolah | 332698186 |
Kod sekolah | BEB3080[1] |
Pengetua | En. Wan Muhammad Zaini b W Hassan |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Siti Zubaidah Bt kassim |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Mazzam bin Abu Bakar |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Kamarudin bin Thahir |
Faks | 332694213 |
Pada 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa memiliki 500+ pelajar lelaki dan 400+ pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 900+ orang. Ia mempunyai 80 guru.²⁰²³
Sejarah
suntingSejarah penubuhan sekolah ini bermula pada 1 September 1957, sebagai sebuah sekolah teknikal dan pertukangan asas dengan nama "RURAL TRADE SCHOOL", Tanjong Karang, Selangor. Pengambilan pelajar-pelajar awal pada ketika itu adalah berasal daripada penempatan pelajar-pelajar tahun tiga daripada "Junior Collage of Arts and Technics", Kuala Lumpur.
Sekolah ini dibuka secara rasmi ada 11 Mei 1958 oleh Duli Yang maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sultan Sulaiman.
Sistem kurikulum bagi peringkat awal sekolah adalah menumpukan pada kemahiran binaan bangunan dan pertukangan kayu Disamping itu beberapa mata pelajaran tambahan juga diperkenalkan seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pertanian dan Perdagangan. Kelas pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari kecuali pada hari jumaaat, kelas brakhir pada jam 11.00 pagi dan disambung semula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang
Kemasukan pelajar adalah daripada pelbagai bangsa, kaum Melayu, Cina dan India. Pelajar perlu menamatkan pengajian selama tiga tahun untuk menjadi pekerja mahir dalam bidang teknik dan pertukangan. Jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukan pekerja pada waktu itu adalah seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Parit dan Tali Air (JPT) dan Jabatan Telekom (JT)
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa
- Jalan Bomba
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 332698186
- Fax = 332694213