Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar
Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar atau nama ringkasnya SMK Selancar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Selancar 6.
Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Selancar 6, 26700, Muadzam Shah,, Pahang Darul Makmur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6094371357 |
Kod sekolah | CEA8027 |
Pengetua | En. Ramlan Bin Md. Yasin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Idris Bin Ismail |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Tn. Hj. Md Noor Bin Saad |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Muhammad Hafiz Bin Zakaria |
Faks | 6094371357 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar memiliki 213 pelajar lelaki dan 241 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 454 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.200
Pencapaian
sunting- Beberapa kejayaan telah dicapai oleh SMK Selancar di bidang akademik dan ko-kurikulum. Antara yang menjadi tumpuan adalah SMK Selancar berjaya menduduki ranking pertama daerah Rompin bagi peperiksaan STPM sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2013 dan 2014.
- Selain itu, bidang kokurikulum juga turut tidak ketinggalan menyaksikan pelajar-pelajar dari sekolah ini berjaya mewakili daerah Rompin dan negeri Pahang dalam beberapa acara seperti Kadet Polis. Sebagai rekod, anggota Kadet Polis SMK Selancar tidak pernah ketinggalan daripada menghantar wakilnya mewakili Daerah Rompin serta Negeri Pahang.
- Kegiatan sukan pula yang turut merupakan salah satu komponen utama dalam bidang kokurikulum juga turut menyaksikan keterlibatan aktif pelajar-pelajar SMK Selancar ini. SMK Selancar tidak pernah ketandusan bakat dalam acara sukan bola sepak. Semenjak dari tahun 2008 lagi SMK Selancar telah berjaya melahirkan pemain yang begitu menyinar, bukan sahaja di peringkat sekolah mahupun daerah, malah pemain ini sememangnya permata yang sangat bersinar dalam mengharumkan nama SMK Selancar di
peringkat negeri dan kebangsaan. Pemain yang dimaksudkan adalah Mohd Thaqib Bin Zulkafli. Bermula dengan mewakili sekolah di posisi penjaga gawang, beliau akhirnya membuktikan kredibiliti sebagai pemain yang sangat berdisiplin di atas padang sehingga berjaya memikat hati barisan kejurulatihan daerah serta negeri untuk memberi tanggungjawab sebagai Ketua Pasukan MSSD ROMPIN dan MSSM PAHANG. Jurulatih SMK Selancar yang terlibat secara langsung dalam mengetengahkan pemain ini adalah Cikgu Norhisam Bin Uzemi, Cikgu Shahir Bin Abdul Malik dan Cikgu Nasir Bin Ibrahim. Pada tahun 2012, sekali lagi pasukan SMK Selancar berjaya membentuk pasukan terkuat dengan dibarisi pemain yang telah lama berada dalam satu pasukan selain kapten pasukan yang merupakan bekas pemain pasukan Pahang untuk Piala Liga KPM iaitu Mohd Aidil Faizal. Walaupun begitu, pasukan ini akhirnya gagal membawa pasukan SMKS melepasi peringkat kumpulan. Tahun-tahun 2013-2015 merupakan tahun-tahun suram bagi pasukan bola sepak SMKS di mana pasukan SMKS tidak pernah melepasi peringkat kumpulan dalam kejohanan MSSD Rompin.
Dengan tidak diletakkan harapan yang tinggi, akhirnya pada tahun 2016, pasukan SMKS yang baru dibentuk oleh Ketua Jurulatihnya iaitu Cikgu Syakirin Bin Ismail , hanya 3 minggu telah berjaya mencipta satu kejayaan yang sangat manis, iaitu berjaya melepasi peringkat kumpulan untuk melayakkan diri ke pusingan 8 terbaik iaitu pusingan Suku Akhir pada Kejohanan Bola Sepak MSSD Rompin Bawah 18 Tahun. Diundi bersama penganjur kejohanan iaitu SMK TG. Gemok dan dua lagi pasukan iaitu SMK Muadzam Jaya serta MRSM, menyaksikan pasukan SMKS bermati-matian untuk melayakkan diri ke pusingan Suku Akhir. Perlawanan pertama menyaksikan SMKS seri 3-3 dengan SMK Muadzam Jaya, dan seterusnya tewas 0-2 kepada MRSM, maka perlawanan penentuan dengan tuan rumah kejohanan yang dilihat lebih berpihak kepada tuan rumah menjadi tumpuan. Bermain di bawah tekanan tinggi dengan sorakan padu penyokong tuan rumah, akhirnya pasukan SMKS berjaya menyingkirkan tuan rumah dengan jaringan 2-1 sekaligus menjadi naib johan kumpulan untuk mengiringi juara kumpulan, MRSM melangkah ke pusingan Suku Akhir. Kejayaan menyingkirkan tuan rumah itulah yang dianggap kejayaan paling manis sekalipun tewas 0-1 kepada SMK BANTURA pada perlawanan Suku Akhir.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar
- Jalan Selancar 6
- 26700, Muadzam Shah
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6094371357
- Fax = 6094371357