Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda
Pada asalnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda (SMKRTU) ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas, Pulau Pinang (SMKBL) dan ia bermula pada 1963. Ketika itu, sekolah ini menumpang bangunan Sekolah Rendah Inggeris Bayan Lepas yang dirasmikan oleh Tan Sri Khir Johari sebagai Menteri Pelajaran dan Pengerusi Lembaga Pengelola sekolah itu Allahyarham Tuan Haji Azyze. Beliau merupakan Yang Dipertua Majlis Luar Bandar Pulau Pinang. Pengetua Pertama ialah Master Kamil Hassan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda | |
---|---|
Lokasi | |
Bayan Lepas, 11950, Bayan Lepas,, Mutiara Timur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Usaha Punca Kemajuan; Together We Excel |
Nombor sekolah | 6046432772 |
Kod sekolah | PEA3033 |
Pengerusi PIBG | Encik Afzainizam bin Abdullah |
Pengetua | Hajah Sharifah Bahum binti Abdul Rahim (2023 - sekarang) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Salela binti Zainuddin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Rohana binti Mat |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Ahmad Zailani bin Mohd Salleh |
Faks | 6046420593 |
Pada tahun 1964, jumlah pelajar di SMKBL ketika itu hanyalah 240 orang sahaja. Tenaga pengajarnya pula seramai 10 orang di bawah pimpinan Encik Fadzil B. Jaafar selaku pengetua ketika itu. Pelajar-pelajar yang belajar di SMKBL ini adalah dari Daerah Barat Daya yang meliputi Bayan Lepas,Batu Maung, Teluk Kumbar, Sungai Ara, Sungai Nibong, danjuga pelajar-pelajar dari kawasan Gelugor clan Balik Pulau, Pulau Pinang.
SMKBL ini merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan yang pertama sekali dibina di Daerah Barat Daya Pulau Pinang ini. Pada masa yang sama (dalam tahun 1964), bangunan baru SMKBL sedang dalam pembinaan clan terletak berhampiran dengan Sekolah Inggeris Bayan Lepas bagi menampung bilangan pelajar yang dijangkakan meningkat. Pembinaan sekolah baru diperlukan kerana pada tahun yang sama juga iaitu 1964 di mana Sistem Pendidikan Malaysia telah berubah iaitu peperiksaan masuk ke Tingkatan Tiga adalah secara automatik. Langkah ini adalah selaras dengan cita- cita kerajaan ingin memberi pendidikan umum sekurang• kurangnya 9 tahun kepada semua kanak-kanak.
Sekolah aneka jurusan telah mengambil tempat bagi menggantikan sistem lama dalam Sistem Pendidikan Malaysia pada tahun 1965 clan sistem ini telah mengakibatkan bilangan pelajar meningkat. Untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah ketika itu,SMKBL terpaksa menumpang di dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas dan Sekolah Agama Sungai Ara bagi menampung pelajar-pelajar berlebihan.
Pada pertengahan tahun 1965, bangunan baru SMKBL telah disiapkan dan boleh digunakan sepenuhnya. Pada 20hb Julai 1965, bangunan SMKBL telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Encik Mohd. Khir Johari dan nama SMKBL telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda (SMKRTU). Pengetua pertama ialah Allahyarham Encik Mohamad Kamil bin Hassan dan Penolong Kanan ialah Cikgu Fadzil bin Jaafar. SMKRTU dapat menampung keperluan sistem aneka jurusan dalam pelbagai bidang iaitu Bidang Bahasa, Bidang Kemanusiaan, Bidang Teknik dan Vokasional dan Bidang Sains dan Matematik.
Nama SMKRTU dipilih sempena nama Gabenor Pertama Pulau Pinang iaitu Raja (Sir) Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad (1894- 17 Oktober 1976).
Memandangkan Lapangan Terbang Bayan Lepas telah dinaikkan tarafnya kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, maka kedudukan SMKRTU ini tidak sesuai lagi clan terpaksa dipindahkan ke Jalan Tengah Bayan Lepas dengan keluasan tapaknya 12.6 ekar pada awal tahun 1983.
Pada tahun 1987, SMKRTU telah memulakan pelajaran Tingkatan Enam bagi Aliran Sains dan bilangan pelajar yang mengikuti Kelas Tingkatan Enam Sains ketika itu seramai 19 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah lain,di samping pelajar-pelajar sekolah ini sendiri. Pada 30 November 2015, Tingkatan Enam di SMKRTU telah ditutup secara rasmi dan berpindah ke Sekolah Menengah Sungai Ara di bawah Pentadbiran Pengetua Sekolah Menengah Sungai Ara iaitu Encik Ridza bin Russin clan Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Kumaravel a/1 Subramaniam.
Pada tahun 2020, jumlah pelajar SMKRTU telah mencecah 1,419 pelajar dengan bilangan tenaga pengajar seramai 120 orang di bawah pimpinan Pengetua Haji Mohammad Shukor Bin Zakariah.
(Rujukan Buku Raja Tun Uda)
Ikrar
sunting- Bahawasanya kami...
- Pelajar SMK Raja Tun Uda
- Berikrar dan mengaku
- Akan patuh kepada undang-undang
- Dan peraturan sekolah
- Sesungguhnya kami
- Menjunjung tinggi
- Segala kemudahan yang disediakan
- Oleh pihak sekolah
- Dan kami akan berusaha
- Sedaya upaya kami
- Untuk belajar
- Dengan bersungguh-sungguh
- Segala ilmu
- Yang diajarkan kepada kami
- Sehingga mencapai kejayaan
- Cemerlang
- Kami akan mengambil bahagian
- Dengan cergas
- Dalam semua kegiatan sekolah
- Dan tetap akan memelihara
- Dan mengharumkan nama sekolah
Visi
suntingHidup kenapa Ada wawasan.sunnah~
Misi
suntingUntuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di Daerah Barat Daya,warga sekolah akan berusaha meningkatkan budaya kerja positif bagi :
- Melaksanakan sistem e-pengurusan dan pentadbiran yang cekap,berkesan serta telus.
- Memastikan pencapaian kurikulum dan kokurikulum sentiasa meningkat cemerlang.
- Menggalakan penglibatan semua murid dalam aktiviti kurikulum,kokurikulum,dan memupuk minat,bakat serta kreativiti ke tahap cemerlang.
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif,selamat dan harmoni untuk keselesaan pengajaran dan pembelajaran.
Pencapaian
sunting- Menjadi sekolah showcase Daerah Barat Daya
- Menerima kunjungan degelasi Indonesia dari SMP Pertiwi pada tahun 2010
- Penglibatan aktif pelajar dalam kokurikulum dan sukan
- Melaksanakan pelbagai program kecemerlangan akademik dan kokurikulum
- Mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kokurikulum, sukan dan ko-akademik
- Mendapat tempat dalam aktiviti yang disertai
- Sekolah angkat oleh pelbagai pihak
- Anugerah dan penghargaan khas
- Menerbitkan buku Gabenor Pertama Pulau Pinang : YM Raja Sir Tun Uda
- Mempunyai Galeri Raja Sir Tun Uda
Sekolah Showcase
suntingPada Mei 2010, pihak SMP Pertiwi dari Indonesia telah mengadakan lawatan ke SMK Raja Tun Uda kerana SMKRTU merupakan sekolah showcase. Sekolah showcase merupakan sekolah contoh dan perintis yang menerapkan inovasi dan kreativiti dalam sesebuah unit. Unit-unit yang dipilih menjadi sekolah showcase di SMKRTU ialah:
- Showcase Pusat Sumber
- Showcase Memanah
- Showcase Katering
- Showcase PBS (Daerah Barat Daya)
Sekolah Angkat
suntingBadan-badan yang menjadikan SMKRTU sebagai sekolah angkat ialah:
- Pintar foundation - Malaysia Airlines
- Balai Polis Bayan Baru
- Balai Bomba Dan Penyelamat Bayan Baru
- Intel
Aktiviti Sekolah
suntingAntara aktiviti tahunan yang dijalankan pihak sekolah ialah:
- Program lonjakkan saujana
- Program 30-Minit
- Kelas tambahan
- Bengkel motivasi dan akademik
- Mentor-mentee
- Modal Insan
- NILAM
- Kelas PDCA dan GPMS
- Perjumpaan waris-guru
- Kelas Sinaran Fajar
- Kelas Elit/Harapan/Impian
- Sekolah Penyayang
- Kem
- Perhimpunan Rabu
- Minggu Bahasa
- Minggu Kemanusiaan
- Pesta Sivik
- Program Pelancongan
- Lawatan Sambil Belajar
- Minggu matematik dan sains
- Program 'Go Green Ratu'
- Jamuan tahunan
- Merentas desa
- Sukantara
- Kejohanan olahraga tahunan
- Karnival kokurikulum
- Kejohanan sukan - jemputan
- Pertandingan akademik - jemputan
- Hari anugerah kecermerlangan
- Fun cook
- Progaram AMALI Pendidikan Islam
- Sembelihan
- Lambaian Kaabah
- Kem Solat
- Bacaan Yassin dan IQRA'
- Majlis berbuka puasa
- Sehari se-juzuk surah - bulan Ramadhan
- Majlis Khatam Al-Quran
- Rumah terbuka
- Pesta Ponggal
- Asrama terbilang
- Kutipan derma dan cabutan bertuah
- Ratu-Talent Time
- Drama
- Kesasteraan
- Reka Cipta dan Inovasi
- Solat Hajat dan bacaan Yassin khas
- Hari Guru
- LDP Guru
- Jamuan Guru dan Staff
& BANYAK LAGI ....
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda
- Jalan Tengah
- 11950, Bayan Lepas
- Pulau Pinang, Malaysia
- Telefon = 6046432772
- Fax = 6046420593
Pautan luar
sunting- http://www.smkrtu.webs.com
- http://blogbukusmkrtu.blogspot.com
- Sinergi 2011 (Majalah Sekolah)
- Gebenor Pertama Pulau Pinang : YM Raja Sir Tun Uda (Buku)
- https://www.facebook.com/smkrtu16
- https://www.tiktok.com/@ictsmkrtu
- Geleri Raja Sir Tun Uda