Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 atau nama ringkasnya SMK Pengkalan Chepa 2, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Institut Perguruan Kota Bharu di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2
Lokasi
Pengkalan Chepa
Jalan Institut Maktab Perguruan Pengkalan Chepa Kota Bharu, 16100, 16100, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMENJANA GENERASI GEMILANG
Ditubuhkan1 JUN 2001
Autoriti pendidikanKota Bharu
Nombor sekolah+609-7747043
Kod sekolahDEA1146
Bahasa pengantarMalaysia
Faks+609-7742093


SMKPC (2) adalah antara beberapa buah sekolah harian yang baru dibuka. Ditubuhkan pada 1 Jun 2001 dan dibuka pada 1 Julai 2001. Pelajar sulungnya adalah seramai 547 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu dan Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1.

Bilangan tenaga pengajar adalah seramai 25 orang. Dengan beberapa kekurangan fizikal, pihak sekolah menerima hakikat ini dengan penuh tanggungjawab untuk melahirkan output yang terbaik dan gemilang.

Sementara pada Januari 2005 waktu persekolah telah ditukar kepada 2 sesi iaitu petang untuk tingkatan 1 dan 2 sementara tingkatan 3, 4 dan 5 sesi pagi. Persekolahan terpaksa diadakan 2 sesi setelah pelajar mencecah 1700 org.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 memiliki 714 pelajar lelaki dan 714 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1428 orang. Ia mempunyai seramai 110 orang guru.2009

Sejarah Sekolah

sunting

RASIONAL REKACIPTA BENDERA SMKPC 2

1. Pemilihan Warna Kuning (Warna Latar)

  • melambangkan semangat yang kuat yang perlu ada pada warga sekolah untuk sama-sama membangunkan sekolah ini.
  • juga menggambarkan kegemilangan yang bakal diraih oleh sekolah dalam segenap aspek dan bidang
  • kuning juga membawa maksud keceriaan yang sentiasa dititikberatkan oleh pihak sekolah.

2. Biru (Pancaran)

  • melambangkan kejujuran dan keikhlasan warga sekolah. Keikhlasan guru mencurahkan ilmu dan kejujuran pelajar menimba ilmu. Pancaran biru diibaratkan proses pembelajaran dan pengajaran yang berjalan seiring bertepatan dengan motto sekolah ini "MENJANA GENERASI GEMILANG"
  • biru dan kuning juga adalah warna sekolah.

3. Lencana (ditengah-tengah bendera)

  • identiti sekolah merupakan suatu maruah yang perlu dijaga dan dipelihara. Martabat sekolah perlu sentiasa dipertingkatkan dan usaha ini menurut pengorbanan dan kerjasama dari semua pihak.

RASIONAL : LECANA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA (2)

1. Buku -melambangkan gedung ilmu yang tiada sempadan yang sentiasa dicari dan diterokai

2. Obor -lambang penerang, pemberi semangat dan perjuangan yang tiada kunjung padam

3. Bunga Padi -kemasyhuran dan kesejahteraan hidup

4. Bendera -kedaulatan raja dan negara

5. Bulatan -cita-cita dan perjuangan sekolah yang mantap dan tidak goyah

6. Pancaran Warna Kuning -bersatu dalam mencapai kegemilangan dan mengharumkan nama sekolah

7. Warna Biru -keikhlasan hasrat dan cita-cita sekolah

8. Motto Sekolah -bertepatan dengan hasrat sekolah untuk melahirkan generasi yang gemilang dalam segenap aspek

Pada tahun 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa (2) menduduki Top 5 yang terbaik daripada 16 negeri yang bertanding dalam Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2011 yang berlangsung di Sarawak .



Alamat

sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2
Jalan Institut Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa
16100, Kota Bharu
Kelantan,   Malaysia
Telefon = +6097747043
Fax = +6097742093

Pautan luar

sunting