Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan --113.210.228.89 06:20, 3 Mac 2012 (UTC)atau nama ringkasnya SMK Pengkalan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taman Pinji Mewah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Taman Pinji Mewah, 31500, Lahat,, Perak Darul Ridzwan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6053288201 |
Kod sekolah | AEA2057 |
Pengerusi PIBG | Pn. Hajah Azizah bt Abdullah |
Pengetua | Pn.Hajah Azizah bt Abdullah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En.Ghazali bin Kassim |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Zainal bin Zaini |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn.Flavian Dourado |
Faks | 6053288202 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan memiliki 450 pelajar lelaki dan 483 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 933 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan terletak jira-kira 10 km dari Bandar Ipoh dan ia terletak di Taman Pinji Mewah. Sekolah ini
dibina di atas tapak bekas lombong yang mempunyai keluasan kira-kira 5 hektar. Kos pembinaan sekolah dianggarkan berjumlah RM 6 juta.
Sekolah ini mula dibina pada 8 julai 1999 dan telah disiapkan sepenuhnya pada 3 Januari 2001.
Pada 1 Mac 2001, Encik Ahmad Kemunchak bin Abdul Karim telah dilantik sebagai “Care Taker” SMK Pengkalan.
Beliau bertanggungjawab menerima kemasukan perabot dan kelengkapan sekolah. Selain itu, beliau juga ditugaskan
untuk merancang persediaan pembukaan sekolah terutama yang berkaitan dengan kemasukan pelajar dan staf.
Tuan Haji Ramli bin Zakaria, A.M.N telah diberi tanggungjawab memikul tugas sebagai pengetua sekolah yang pertama.
Beliau mula bertugas di sekolah ini pada 1 Mei 2001-Disember 2003 dengan visi ‘... menjadi Sekolah Menengah
Kebangsaan Pengkalan Sekolah yang bagus dan yang diutamakan Menjelang Tahun 2006.’
Pada 1 Jun 2001, sekolah ini telah beroperasi sepenuhnya dengan jumlah guru seramai 22 orang dan 8 orang staf sokongan.
Seramai 412 pelajar telah mendaftar pada 5 Jun 2001. Sesi pengajaran dan pembelajaran telah dumulakan pada 6 Jun 2001.
Pada 6 Febuari 2004, SMKP menerima Puan Hajah Zainab binti Mat Hashim sebagai pengetua yang kedua. Pada tahun 2006
Visi sekolah digubal semula dan diberi penambahbaikan iaitu “SMKP; Institusi Pendidikan Berkualiti dan Dinamik 2010.”
Pada tahun 2004 projek-projek pembangunan telah dilaksanakan seperti pembinaan gelanggang badminton, pembinaan
dataran perhimpunan, menaik taraf pagar sekolah, pembinaan pondok bacaan, pembinaan pondok pengawal dan bilik guru
telah diubahsuai dan diubahsuai dan dijadikan dewan sekolah pada tahun 2006.
Sejak tahun 2004, suasana sekolah yang kondusif telah mewujudkan si sekolah. Hal ini bertujuan bagi merangsangkan minat
dan kesungguhan pelajar dalam mendalami ilmu pengetahuan. Kewujudan taman-taman yang merangkumi pelbagai
konsep seperti Laman Pakis, Laman Visi, Laman Ilmu, Laman Estetika, Laman Tropika, Laman Siber, Laman Geografi,
Laman Gaya Hidup Sihat, Laman Flora dan Fauna, Laman Sains Pertanian, Laman Boungainvillea, Laman Fertigasi dan Laman
Herba telah merealisasikan hasrat warga pendidik SMK Pengkalan.
Pada 1 Oktober 2006, Puan Norhayati binti Saad mengambil alih tugas sebagai Pengetua SMK Pengkalan. Beliau bersama-sama
dengan warga SMKP membanting usaha kea rah kejayaan yang diharapkan. Program Sekolah Dalam Taman dan Program Sekolah
Lestari terus dimantapkan dengan pembinaan Laman Pitaya dan Laman Fertigrasi.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan terus mara dan maju untuk mencapai visi dan misi. Pada 2008, SMK Pengkalan
telah dinobatkan sebagai Johan Sekolah lestari, Anigerah Alam Sekitar Peringkat Negeri dan menerima Pensijilan Khas,
Penggunaan Produk dan Teknologi Hijau Sekolah Lestari, Anugerah Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan untuk 2008-2009.
Tahun 2009 juga telah melakar sejarah apabila sekolah menjadi Johan Pertandingan Edible Garden dan Kitchen Landscape
Kategori Sekolah Menengah sempena kempen Bumi Hijau anjuran FAMA peringkat negeri Perak 2009, dan juga telah
Menjadi Nasib Johan Peringkat kebangsaan dalm kategori yang sama.
Pada tahun 2010 juga, SMK Pengkalan terus Berjaya mengekalkan status Johan Lestari Anugerah Alam Sekitar Peringkat
negeri Perak bagi sesi 2009-2010 dan seterusnya mewakili negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan. Bagi pertandingan
Kitchen Garden dan edible Landscape pula, SMK Pengkalan Berjaya meraih naib johan.
Diharapkan pada tahun 2011 ini, Sekolah Menengah Kebangsaan terus bersemangat melangkah waja dan mapan dengan
slogan Semestinya Kami Perkasa bagi merealisasikan visi SMK Pengkalan Dinamik dan Terbilang 2015 serta Sentiasa
Melestarikan Persekitaran Sekolah untuk terus mencipta kehebatan dan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan
Kokurikulum.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan
- Taman Pinji Mewah
- 31500, Lahat
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6053288201
- Fax = 6053288202