Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas

Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas atau nama ringkasnya SMK Nyalas, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Melangkan, Nyalas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas
Lokasi
 Malaysia Jalan Melangkan, Nyalas, 77100, Asahan,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6065228001
Kod sekolahMEA1079[1]
Faks6065228990


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas memiliki 258 pelajar lelaki dan 228 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 486 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

Sejarah

sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas terletak di atas Lot 4766 (PA 2503) Mukim Nyalas iaitu  kira-kira 60 km dari bandar Melaka dan 30 km dari bandar Jasin. Idea penubuhan SMK Nyalas telah timbul ekoran daripada kesedaran masyarakat setempat tentang pentingnya kemudahan pendidikan anak-anak mereka di kawasan ini memandangkan sekolah menengah yang terhampir jaraknya kira-kira 15 km.  Isu pembukaan sekolah baru ini telah dikemukakan dan dibincangkan di semua peringkat kepimpinan DUN Bukit Asahan. Kajian mengenai lokasi sekolah dan sekolah penyalur selesai dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Melaka pada 6 Ogos 1993. Oleh itu SMK Nyalas  telah  mula  beroperasi  mulai  sesi  persekolahan  Disember  1993 / 94  dengan  menumpang  di Sekolah Kebangsaan Nyalas  pada  sesi  petang  sementara  menunggu  bangunannya  sendiri  siap  dibina .

SMK Nyalas  diasaskan   dengan  guru  perintis  seramai  12 orang  dan  2 orang  kaki tangan  bukan  guru  yang diketuai oleh Tuan Haji Ab. Karim Bin Daud, sebagai pengetua, Encik Abed Bin Md Deh sebagai GPK 1, Encik Hamzah Bin Mohd Taib sebagai GPK HEM dan Encik Sarip Bin Jumaat sebagai GPK Kokurikulum

Murid-murid  perintis  sekolah  ini    terdiri  daripada  seramai  145 orang  pelajar . Mereka  merupakan  pelajar  kelas  Peralihan  seramai  23  orang  dan  pelajar – pelajar Tingkatan  Satu  yang  terdiri  daripada  4 buah  kelas  seramai  122  orang  pelajar . Sekolah  penyalur  bagi  SMK Nyalas  terdiri  daripada  sekolah – sekolah  rendah  yang  berhampiran   seperti  SK Nyalas, SK Masjid Baru , SK ( F ) Bukit Senggeh , SJK ( C ) Toon Hua , SJK ( T ) Bukit Keledek  dan  SJK ( T ) Ayer Kuning Selatan , Negeri Sembilan. Mulai tahun 2014, SMK Nyalas ditawarkan 2 buah kelas Rancangan Khas dan satu Kelas Kawalan, yang murid-murid penyalurnya adalah dari JPN dan PPD Jasin.  Majoriti  ibu bapa  pelajar – pelajar SMK Nyalas  adalah  peneroka  Felda Bukit Senggeh , peladang – peladang ( petani ) , bekerja sendiri  dan  peniaga . Hanya  8 %  merupakan  kaki tangan  kerajaan . Tegasnya  majoriti  ibu bapa  pelajar  tergolong  dalam  SES  rendah .

SMK Nyalas  berpindah  ke kawasan  dan  bangunannya  sendiri  pada  1 Disember  1994  setelah  kebenaran  menduduki  bangunan  baru  diperolehi  pada  28 November 1994. Bangunan  sekolah  ini  dibina  di bawah  peruntukan  RMK IV  melalui  projek  pembinaan  “ Pasang Siap ”  iaitu  merupakan  projek  pasang  siap  yang  pertama  dan  terakhir  di negeri  Melaka. Keseluruhan  kos  pembinaan  bangunan  dan  kemudahan – kemudahan  di sekolah  ini  ialah  RM 5.4 juta  dan   keluasan  sekolah  ini ialah  8.190 hektar . Upacara penyerahan kunci telah diadakan di antara pihak pemaju Gading Binaan Sdn Bhd dengan Jabatan Pendidikan Melaka yang diwakili oleh Encik Asahari Bin Hasan, Ketua Unit Pembangunan dan Bekalan, Jabatan Pendidikan Melaka.

SMK Nyalas mempunyai 5 buah blok bangunan iaitu 2 buah bangunan 4 tingkat, 3 buah bangunan 2 tingkat, sebuah bangunan kantin, sebuah dewan, sebuah bengkel MPV, sebuah bangunan PJK, sebuah surau, sebuah bangunan makmal komputer dan rumah guru

Kemudahan Fizikal yang disediakan ialah Bilik Darjah 25 buah, Makmal Sains 6 Buah, Perpustakaan dan Pusat Sumber, Bilik Tayang/ APD, Kantin Sekolah, Bilik Bimbingan Kaunseling, Bilik Lukisan Kejuruteraan, Bilik SPBT, Bilik Cetak, Bilik Geografi, Pejabat Pentadbiran, Bengkel Kemahiran Hidup,  Makmal Komputer, Bilik Pengetua/GPK, Bilik Guru, Kedai Koperasi, Bengkel Teknologi Kejuruteraan,  Bilik Gerakan,  Padang Permainan yang memuatkan trek 400m, Gelanggang Serbaguna, Bilik Sejarah , Surau As-Sobirin, Bilik Persalinan PJK, Dewan Serbaguna (ubahsuai daripada bengkel pertanian),  Bilik Rawatan Kesihatan, Bilik Pendidikan Khas, Pondok Pengawal, Rumah Bomba, Bengkel MPV (Tanaman Makanan) , Bengkel Pendidikan Seni, Bilik Peperiksaan Penilaian dan Bilik Pengawas. Pada tahun 2009, bangunan Asrama Putera dan Asrama Puteri mula dibina dan siap pada Disember 2011. Bangunan asrama yang dapat menampung sebanyak 200 orang penghuni ini mula diduduki oleh murid-murid Kelas Rancangan Khas dan Kelas Kawalan pada Januari 2011

Kumpulan Tenaga Perintis SMK Nyalas

Bil Nama/Jawatan Bil Nama/Jawatan
1 Tn Hj Ab Karim Bin Daud - Pengetua 8 En. Rosli Bin Mahat - Guru
2 En. Abed Bin Md Deh - GPK 1 9 En. Abdul Rahman Bin Md Zin - Guru
3 En. Hamzah Bin Mohd Taib - GPK HEM 10 Pn. Jariah Bte Alimun - Guru
4 En. Sarip Bin Jumaat - GPK KOKU 11 Cik Teh Teck Yong - Guru
5 Pn. Goh Lian Eng - Guru 12 Pn. Rabayah Bte Tahir - Guru
6 Tn. Hj. Nor Azman Bin Sharif - Guru 13 En. Norshah Bin Bujang - Pembantu Tadbir
7 En. Mazlan Bin Harun - Guru 14 En. Yusof B Md Yasin - Pekerja Rendah Am

  Sejarah Perkhidmatan Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas

                  Pengetua SMK Nyalas                                    GPK Pentadbiran SMK Nyalas

NAMA TAHUN NAMA TAHUN
Tn. Hj Karim bin Ab Daud 1993 – 2001 En. Abed bin Md Deh 1993 – 1995
Tn. Hj. Ishak bin Ahmad 2002 – 2004 En. Md Isa bin Salleh 1997 – 1998
En. Abu Bakar bin Alim 2004 – 2006 Pn. Hjh Jamilah bte Konel 1998 – 2012
Pn. Hjh Zaharah bte Jaafar 2007 – 2008 En. Sabarudin bin Ahmad 2012 – Kini
En. Mat Nor Bin Md Dan 2008 – 2011
En. Zainudin Bin Hj Koming 2011 – 2014
Tn. Hj. Hassan Bin Yahaya 2014 – Kini

GPK Hal Ehwal Murid                                          GPK Kokurikulum

NAMA TAHUN NAMA TAHUN
En. Hamzah Bin Taib 1993 – 1996 En . Sarip Bin Jumaat 1993 – 2012
Tn. Hj. Abd Razak bin Othman 1997 – 2012 Tn. Hj. Baharuddin b Abdullah 2012 – Kini
En. Sarip bin Jumaat 2012 – Kini

              GKMP Teknik dan Vokasional                              GKMP Sains dan Matematik

NAMA TAHUN NAMA TAHUN
Pn. Sh. Noreha bte Sy. Ismail 2008 – Pn. Sabariah Bt. Ali 2008 –

GKMP Bahasa                                                    GKMP Kemanusiaan

NAMA TAHUN NAMA TAHUN
Pn. Radhamani a/p Krishnan 2008 – En. Rahmat B. Md Nor 2008 – 2011
Pn. Mariah Bte Meser 2011 –

Pencapaian

sunting

Alamat

sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas
Jalan Melangkan, Nyalas
77100, Asahan
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065228001
Fax = 6065228990

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting