Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi atau nama ringkasnya SMK Nenasi, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampong Nenasi.
Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kampong Nenasi, 26680, Pekan,, Pahang Darul Makmur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6094181080 |
Kod sekolah | CEA5071 |
Faks | 6094181549 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi memiliki 335 pelajar lelaki dan 343 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 678 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009
Sejarah
suntingSMK Nenasi, 26680 Pekan, Pahang, mula dibuka pada tahun 1968 dengan satu kelas Tingkatan Satu secara menumpang belajar di SRK Nenasi pada waktu petang. Disebabkan beberapa faktor dan keadaan semasa yang tidak menggalakkan kumpulan pertama ini kemudiannya terpaksa dipindahkan ke SMK Rompin dan ke sekolah-sekolah menengah di Pekan.
Walaupun begitu, atas desakan masyarakat, SMK Nenasi kemudiannya dibuka semula pada tahun 1971 dengan menumpang belajar di SRK Nenasi pada waktu petang. Jumlah pelajar pada tahun itu ialah seramai 45 orang dan diikuti dengan 67 orang pelajar Tingkatan Satu pada tahun 1972. Faktor pertambahan pelajar inilah yang mendorong penubuhan SMK Nenasi dengan bangunan sendiri.
Pembinaan bangunan baru SMK Nenasi dimulakan pada tahun 1974 dan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 1975 di atas tanah seluas 5 ekar dengan 3 blok bangunan iaitu Blok A, Blok B dan Blok Bengkel Kemahiran Hidup di dalam kawasan yang sama dengan dengan SRK Nenasi.
Pada masa yang sama binaan bangunan baru SRK Nenasi dilaksanakan di tapak yang baru iaitu di kawasan Kampung Baru, Nenasi. Apabila bangunan baru ini siap SRK Nenasi pun berpindah ke tapak bangunan tersebut. Dengan itu kawasan SRK Nenasi yang sedia ada dijadikan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi dengan blok-blok bangunan bekas SRK Nenasi diambil alih oleh SMK Nenasi sepenuhnya.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Nenasi
- Kampong Nenasi
- 26680, Pekan
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6094181080
- Fax = 6094181549
Pautan luar
sunting- dcdda