Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh
Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh atau nama ringkasnya SMK Mat Salleh, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Ranau, Sabah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh | |
---|---|
Lokasi | |
Ranau Peti Surat 43, 89307, Ranau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | USAHA UNTUK KEJAYAAN |
Nombor sekolah | 6088875445 |
Kod sekolah | XEE5435 |
Faks | 6088877422 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh memiliki 752 pelajar lelaki dan 921 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1673 orang. Ia mempunyai seramai 132 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh Ranau merupakan sekolah terbesar di daerah Ranau dan salah satu sekolah yang terbesar di negeri Sabah. Ia dibina pada tahun 1962 menggunakan nama Goverment Junior Secondary School dan mula menerima kemasukan pelajar pada awal tahun tersebut. Idea penubuhan sekolah ini disuarakan oleh Allahyarham Haji Ruman Limbogot dalam mesyuarat Agung Tahunan USNO. Dalam masa yang singkat, nama sekolah ini telah ditukar kepada Goverment Secondary School selaras dengan fungsinya yang menyediakan peluang pendidikan sehingga tingkatan Lima. Antara tahun 1972 hingga 1978, terdapat dua aliran di sekolah ini iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah ini mula menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sepenuhnya pada tahun 1979. Nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau pada tahun 1974 dan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh Ranau pada tahun 1977 yang digunakan sehinggalah ke hari ini.
Pencapaian
suntingSenarai Pengetua SMK Mat Salleh
suntingNo | Nama | Tempoh Perkhidmatan |
---|---|---|
1 | En. Poh Soo Jin | 1963 - 1967
( 3 Tahun ) |
2 | En. Watts | 1968 - 1969
( 1 Tahun ) |
3 | En. Nazar Singh | 1969 - 1970
( 1 Tahun ) |
4 | En. Richard Tunggolou | 1971 - 1972
( 1 Tahun ) |
5 | En. Wong Khen Thau | 1973 - 1978
( 5 Tahun ) |
6 | En. Othman Minuddin | 1978 - 1979
( 1 Tahun ) |
7 | Pn. Salmah Abdullah | 1980 |
8 | En. Frederick Subal | 1980 - 1985
( 5 Tahun ) |
9 | En. Ng Soi Nguwng | 1985 - 1986
( 1 Tahun ) |
10 | En. Abd Rahman Mat Ali | 1986 - 1987
( 1 Tahun ) |
11 | Tn. Hj. Abd Rahman Haji Halim | 1987 - 1993
( 6 Tahun ) |
12 | Pn. Misterine Radin | 1993 |
13 | En. Awangku Ali Pg Jumaat | 1993 - 1994
( 1 Tahun ) |
14 | En. Mohd Farid Linggi | 1994 - 1995
( 1 Tahun ) |
15 | En. Bali Hj Yusuf | 1995 - 1996
( 1 Tahun ) |
16 | En. Ku Ting Yong | 1996 - 2000
( 4 Tahun ) |
17 | Pn Rujinah Miki | 2000 - 2005
( 5 Tahun ) |
18 | Tn. Hj. Jusoh Mohamad | 2006 - 2007
( 1 Tahun ) |
19 | Tn. Hj. Moin Bin Ahmad | 2007 - 2013
( 6 Tahun ) |
20 | En. Majus Munsing | 2013 - 2019
( 6 Tahun ) |
21 | En. Boy @ Sharif Bin Francis | 2020 - Kini |