Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam

SMK Mak Mak Lagam atau nama ringkasnya SMK Mak Lagam atau TESMaL merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kg Mak Lagam, Kemaman, Malaysia.

SMK Mak Lagam
Lokasi
 Malaysia Kg Mak Lagam, Kemaman, Malaysia, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan

Sekolah Kluster Kecemerlangan

Sekolah Elit Terengganu
MotoTerunggul Dan Teratas
Ditubuhkan28 February 2004 hingga kini
Nombor sekolah6098599041
Kod sekolahTEA2032[1]
PengetuaHajah Fatimah Binti Haron
GPK Pentadbiran dan AkademikChe Kamaruddin Bin Ya
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAzlina Binti Alias
Penolong Kanan KokurikulumMohd Syukri Bin Mohd Amin
Faks6098599040


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam memiliki 279 pelajar lelaki dan 334 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 613 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah

sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam terletak 7 kilometer dari pusat bandar Chukai. Sekolah ini mula dibina pada 2001 dan siap sepenuhnya pada 21 Oktober 2001.Sekolah yang dibina di atas keluasan tapak 16 ekar berkonsepkan sekolah bestari.

Sekolah yang mula dibuka pada 1 Januari 2004 ini diterajui oleh Pn. Nong Shamsiah bt. Mukhtar Affandi selaku Pengetua disamping 22 orang guru dan 4 staf sokongan. Dengan bermulanya pendaftaran pelajar pada 28 Februari 2004 satu catatan sejarah baharu telah bermula di SMK Mak Lagam sebagai Sekolah Elit Terengganu.

Pencapaian

sunting

Mendapat tempat ke-2 keputusan PMR 2011 & PMR 2012 peringkat negeri Terengganu

Mendapat kejayaan yang paling bernilai di peringkat kebangsaan apabila keputusan PMR 2009 berjaya menduduki tempat ke-2 dalam kategori Sekolah Harian Biasa

Pada tahun 2014, seramai 11 orang daripada 88 calon SPM telah mendapat semua A dan sekaligus mendapat tempat pertama keputusan SPM 2014 peringkat daerah Kemaman.

Pada tahun 2023, SMK Mak Lagam telah mencipta sejarah apabila seorang calon telah berjaya mendapat semua A+ dalam SPM 2023. SPM 2023 ialah pencapaian terbaik sepanjang SPM format baharu di bawah modul KSSM dengan pencapaian 7 orang pelajar mendapat semua A daripada 81 orang calon SPM 2023. Hal ini sekali gus menempatkan SMK Mak Lagam tempat ketiga dalam daerah Kemaman dengan GPS 2.75.

Pada tahun 2023 juga, kumpulan nasyid dari SMK Mak Lagam, FORTUNE telah membuktikan bahawa dari Pentas Sekolah ke Persada Kebangsaan[2]

FORTUNE, kumpulan nasyid kebanggaan SMK Mak Lagam, telah mencipta sejarah dengan kejayaan luar biasa dalam industri nasyid tanah air. Bermula sebagai kumpulan sekolah, mereka telah menawan hati ramai dengan harmoni vokal yang mantap, persembahan bertenaga, dan mesej dakwah yang menyentuh jiwa.

Antara pencapaian gemilang mereka termasuk menjuarai pertandingan nasyid peringkat negeri dan memberi saingan hebat di peringkat kebangsaan. Single mereka, Iman Mutiara, meraih ribuan tontonan di YouTube, manakala lagu Assidiq mencetuskan fenomena hingga berjaya menembusi carta rancangan televisyen Islamik terkenal, Carta 114 di TV AlHijrah.

Dengan semangat dan dedikasi yang tinggi, FORTUNE terus mengorak langkah dalam menyebarkan dakwah melalui irama nasyid, mengharumkan nama SMK Mak Lagam sebagai sekolah yang melahirkan bakat luar biasa dalam seni Islamik.

Alamat

sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam
Kg Mak Lagam, Kemaman, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098599041
Fax = 6098599040

Rujukan

sunting
  1. ^ DIREKTORI SEKOLAH MENENGAH DI TERENGGANU
  2. ^ NasyEd Media (2023-10-01), Nasyid MQSS Kebangsaan 2023 (SM) - FORTUNE (Terengganu)

Pautan luar

sunting