Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud atau nama ringkasnya SMK Mahmud, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tras. Ia terletak kira-kira 800 meter dari pusat bandar pekan Raub.
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Tras, 27600, Raub, Pahang Darul Makmur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ilmu Menguasai Susila |
Nombor sekolah | 6093551046 |
Kod sekolah | CEB6026 |
Pengetua | Tuan Haji Mohd Rofidzan B Abd Manap |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Nurhayati Binti Jalar |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Mohd Ramdzi Bin Yasir |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Habibi Binti Ahmad |
Faks | 6093559457 |
Laman sesawang | http://smkmahmudraub.blogspot.my |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud memiliki 568 pelajar lelaki dan 637 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1205 orang. Ia mempunyai seramai 113 orang guru.Sekolah ini juga terdapat 4 Kelas untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 iaitu Amanah, Bestari, Cekal dan Dedikasi. Kelas Amanah merupakan Kelas Aliran Agama yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab.
Manakala di Tingkatan 4 dan 5 pula mempunyai 7 Kelas iaitu Ikhlas, Jujur, Gigih, Dedikasi, Cekal,Bestari dan Amanah. Kelas Ikhlas dan Jujur ialah Kelas Aliran Sains manakala Gigih Sehingga Amanah merupakan Kelas Aliran Kemanusiaan.
Sejarah
suntingSMK Mahmud adalah antara sekolah tertua dan terbesar[perlu rujukan] di daerah Raub.SMK Mahmud telah ditubukan pada tahun 1908.Nama Mahmud School diberi pada tahun 1939 selepas wujudnya lebih kurang 31 tahun.Sebelumnya sekolah ini dikenali juga dengan nama Private English School,Anglo Chinese School,Goverment English School dan kemudiannya SMK Mahmud. Nama SMK Mahmud diasaskan sempena nama Almarhum Sultan DYMM Sultan Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad iaitu Sultan Pahang yang kedua (1914-1918).
Barisan Pentadbir Sekolah
suntingBarisan Pentadbir dan Kaunselor SMK Mahmud:-
Nama | Subjek Yang Diajar |
---|---|
Encik Amirawa Bin Merah (Pengetua) | |
Puan Nurhayati Binti Jalar (GPK Pentadbiran & Akademik) | Matematik Tambahan & Matematik |
Puan Noraini Bin Abdul Rahim (GPK Hal Ehwal Murid) | |
Encik Mohd Zukornain Bin Suman (GPK Kokurikulum) | Pendidikan Jasmani dan Kesihatan |
Encik Zaidi Bin Mohd Nor (GPK Tingkatan 6) | Pengajian Am |
Puan Rosmini Binti Mat Salleh (Ketua Bidang Sains & Matematik) | Sains |
Puan Norazah Binti Ahmad (Ketua Bidang Bahasa) | Bahasa Melayu |
Puan Hafiza Binti Ali (Ketua Bidang Teknik & Vokasional) | Prinsip Perakaunan |
Encik Mohd Redzeuan Bin Yunus (Ketua Bidang Kemanusiaan) | Sejarah |
Puan Norfuziah Binti Mahphoth | Guru Kaunselor |
Puan Azizah Binti Mamat | Guru Kaunselor |
Pencapaian
suntingSMK Mahmud telah menerima Anugerah Tawaran Baru (BTB) pada tahun 2014. SMK Mahmud adalah satu-satunya sekolah harian biasa di daerah Raub yang menerima anugerah tersebut, di antara lima buah sekolah yang turut menerima anugerah tersebut bagi negeri Pahang pada tahun 2014. SMK Mahmud juga telah berjaya mengadakan Majlis Malam Amal Tautan Kasih 2015, di mana majlis tersebut telah berjaya menemukan semula bekas guru-guru, pelajar/alumni dan ahli-ahli PIBG dalam majlis makan malam amal yang diadakan pada 12 September 2015 (Sabtu). Pada tahun 2017, kebanyakan pelajar SMK Mahmud mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM (2016). Seorang pelajar berjaya mendapat keseluruhan gred A+ dalam semua subjek iaitu Loo Kai Lin dengan keputusan 10A+. Lebih 15 orang pelajar yang mendapat keputusan 5A dan ke atas.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud
- Jalan Tras, 27600 Raub
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6093551046
- Fax = 6093559457
- Website : smkmahmudraub.blogspot.com