Sekolah Menengah Kebangsaan Madai
Sekolah Menengah Kebangsaan Madai atau nama ringkasnya SMK Madai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kampong Madai.
Sekolah Menengah Kebangsaan Madai | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Kampong Madai, 91207, Kunak,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6089856177 |
Kod sekolah | XEA3202 |
Pengerusi PIBG | En Ismail Bin Rugasan (2011) En Basri Bin Tunggul (2012 - Kini) |
Pengetua | En Masnon Bin Maswan (2008 - 2014) Dr Dalmansa Bin Tahil (2015 - Kini) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Cik Lana Mole |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Yakari Sulong |
Penolong Kanan Kokurikulum | En Ahmad Bin Nontji |
Faks | 6089856166 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Madai memiliki 536 pelajar lelaki dan 486 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1022 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2009
Sejarah
suntingBerikutan pertambahan pelajar yang semakin meningkat terutamanya pelajar yang menetap di kawasan Madai dan juga bagi menyelesaikan masalah kepadatan pelajar di beberapa buah sekolah menengah yang telah wujud, timbul cadangan bagi penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Madai. Berikutan dengan itu, bermula pada tahun 2002, bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Madai telah mula dibina oleh sebuah Syarikat Kontraktor Pembinaan iaitu Syarikat Azam Tetap Sdn Bhd.
Pada awal pembukaanya, Cik Lana binti Mole telah dilantik sebagai ketua guru SMK Madai yang memangku tugas pengetua. Pengetua pertama SMK Madai ialah Encik Justin Rumpod yang mula menjalankan tugas pada 25 Jun 2006. Semua guru perintis yang ditempatkan untuk mengajar di SMK Madai telah melapor diri kepada Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, Pn Hajah Saida Binti Haji Usman pada 4 Januari 2006. Sewaktu pembukaan awal SMK Madai, jumlah tenaga pengajar adalah berjumlah 10 orang termasuk seorang staf sokongan iaitu Pn Sarinah Binti Goran. Sehingga kini bilangan guru SMK Madai telah bertambah kepada 92 orang guru dan pelajar seramai 1159 orang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Madai mula beroperasi pada 12 Januari 2006, pelajar-pelajar yang telah didaftarkan ke sekolah ini telah ditumpangkan buat sementara waktu di Bangunan Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat. Seramai 280 orang pelajar yang terdiri daripada 187 orang pelajar Tingkatan 1 dan 93 orang pelajar Tingkatan 4 telah menjadi kumpulan perintis kepada kewujudan SMK Madai.
Sejajar dengan pembukaan sekolah dan permintaan daripada ibu bapa para pelajar sekolah ini yang tinggal jauh di kawasan sekolah, maka asrama SMK Madai juga dimulakan operasinya pada 9 Julai 2006 dengan menempatkan seramai 95 orang penghuni yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Madai
- W.D.T 178
- 91209, Kunak
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 6089856177
- Fax = 6089856166