Sekolah Menengah Kebangsaan Likas
Sekolah Menengah Kebangsaan Likas atau nama ringkasnya SMK Likas [2], merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan punah tanah, 88450, Likas, Kota Kinabalu,Sabah
Sekolah Menengah Kebangsaan Likas (Likas National Secondary School) | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Peti Surat 235, Pos Likas, 88856, Kota Kinabalu, Sabah Negeri Di Bawah Bayu | |
Maklumat | |
Nama lain | SMK Likas |
Nama lama | Goverment Junior Secondary School |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | "Bertekun Pasti Berjaya" |
Nombor sekolah | 088-239595 |
Kod sekolah | XEE4020 [1] |
Pengerusi PIBG | Datuk Sidek Abdul Jubar (2022-kini) |
Pengetua | Puan Fauziah Binti Haji Janau |
Kelas ditawarkan | Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, dan Pra-U (Rendah 6 dan Atas 6) |
Bilik kelas | Lavender, Ixora, Kalmia, Alamanda, Scabiosa, Sakura, Azalea |
Slogan | LI.S.S Number One |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Sapri Bin Abdullah |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Asnah Ampong |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Siti Fadhilah Abdullah |
Faks | 088-225364 |
Laman sesawang | http://smklikas.edu.my/v5/ |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Likas memiliki 786 pelajar lelaki dan 461 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1247 orang. Ia mempunyai seramai 84 orang guru.2009
Visi
suntingSMK Likas menjadi Sekolah Cemerlang di Sabah.
Misi
suntingMenjana Pendidikan Berkualiti Bagi Melahirkan Insan Cemerlang Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
Sejarah
suntingSmk Likas telah diasaskan pada tahun 1966 sebagai Goverment Junior Secondary School (GJSS). GJSS diasaskan pada tahun 1966 dengan 2 buah kelas tingkatan, 5 orang guru ditempatkan di Maktab Sabah. Pengetua GJSS yang Pertama ialah Encik Anthony Deseira yang menjawat Jawatan sebagai pengetua sehingga tahun 1969.
GJSS telah berpindah ke bangunan barunya di Likas, Batu 3 Jalan Tuaran pada bulan Mei 1974. Namanya turut bertukar kepada SM Kerajaan Likas. Bangunan baru ini adalah di bawah projek Bank Dunia dan bangunan untuk asrama lelaki, sebuah perpustakaan, 2 bilik sains rumahtangga, 2 bilik makmal, sebuah bilik guru, sebuah pejabat dan bilik pengetua serta 13 buah bilik darjah, kemudahan tempat tinggal guru juga disediakan dengan pembinaan 10 buah rumah.
Pada tahun 1975 di bawah pengetua Encik Liew Vun En, namanya bertukar sekali lagi kepada SM Kebangsaan Likas. Pada tahun yang sama juga Sekolah menerima kunjungan Lawatan oleh YB Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad.
SMK Likas telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Harris Mohd Saleh pada 14 Julai 1978.
Lencana & Bendera Sekolah
suntingBentuk Perisai
Kejayaan dalam semua bidang pendidikan meliputi kurikulum.
Warna Merah
Warna pada obor melambangkan berilmu yang akan menerangi dunia.
Warna Biru Laut
Warna Latar Melambangkan keimanan sebagai asas untuk mencari ilmu dan beramal.
Gunung Kinabalu
Lambang kemegahan Negeri Sabah. Ketinggian matlamat warga SMK Likas setinggi puncak Kinabalu melambangkan gedung ilmu yang perlu diterokai oleh semua murid.
Obor
Semangat yang membara dan berusaha untuk mencapai cita-cita.
Warna Kuning
Warna pada obor dan latar cogankata melambangkan beramal untuk diri, masyarakat dan negara.
Cogankata
"Bertekun Pasti Berjaya" menjadi cogankata warga SMK Likas untuk memberi semangat dan meransang semua pelajar sekolah ini agar sentiasa tekun dalam usaha untuk mencapai kejayaan.
Pengetua
sunting- Encik Anthony Deseria (1966-1969)
- Encik Peter Pang (1970-1971)
- Encik Nazaruddin (1971-1972)
- Encik Teo Thien Wah (1972-1974)
- Encik Othman Atan (1986-1987)
- Encik Liew Vun En (1974-1979)
- Encik Athanasius Staun (1980-1983)
- Puan Hasnah Mohd Yunan (1984-1986)
- Puan Nuri Udin (1987-1988)
- Encik Yasin Mat Saat (1989-1995)
- Puan Masni Madat (1995-1996)
- Encik Dayu Sansalu (1998-2003)
- Encik Aslie Sahat (2004-2006)
- Puan Wan Noriah Wan Musa (2006-2012)
- Puan Naelah Mustaffa (2012-2018)
- Encik Roslan Mohd Idris (2018-2020)
- Puan Fauziah Haji Janau (2020-Sekarang)
Lagu Sekolah
sunting"Bertekun Pasti Berjaya"
Gubahan dan Ciptaan: Mohd Nasir Bin Ab Rahman.
Lirik: Mohd Nasir Bin Ab Rahman.
Bertekun pasti berjaya,
Amalan kita semua,
Menimba ilmu tanpa jemu,
Mengikut ajaran guru.
Berdisiplin setiap masa,
Berharmoni sesama kita,
Menjunjung cita Rukun Negara,
Aspirasi Bersama..
Tuhan akan bersama kita,
SMK Likas tercinta.....
Pencapaian
sunting- https://www.ppdkk.edu.my/2019/07/30/smk-likas-mendapat-2-emas-5-perak-1-gangsa-dalam-pbl/
- https://www.ppdkk.edu.my/2019/04/11/pelajar-smkl-raih-pingat-emas-karate-open/
- https://www.ppdkk.edu.my/2020/08/26/smk-likas-meraih-6-pingat-dalam-pertandingan-adab-dan-nilai-anjuran-ppdkk/
- https://www.ppdkk.edu.my/2019/10/20/smk-likas-mendapat-anugerah-perak-dalam-pertandingan-young-inventors-challenge-peringkat-negeri/
- https://www.ppdkk.edu.my/2019/09/29/smk-likas-juara-pertandingan-sketsa-serta-johan-dan-tempat-ketiga-pertandingan-mencipta-iklan-antidadah/
- https://www.ppdkk.edu.my/2019/09/15/smk-likas-mendapat-johan-dan-tempat-ketiga-dalam-pertandingan-grafiti/
- https://www.ppdkk.edu.my/2019/08/08/smk-likas-mendapat-tempat-ke-4-keseluruhan-pak-21-peringkat-negeri/
- https://www.ppdkk.edu.my/2019/05/08/smk-likas-johan-kategori-teknologi-inovasi-sekolah-menengah/
- https://www.ppdkk.edu.my/2019/04/23/kontijen-pkbm-darat-smk-likas-mendapat-tempat-ke-3-perkhemahan-tahun-2019/
- https://www.ppdkk.edu.my/2019/04/19/smk-likas-mendapat-4-anugerah-dalam-majlis-apresiasi-dan-karnival-cip-anjuran-ppdkk/
- https://www.ppdkk.edu.my/2018/09/03/smk-likas-memenangi-anugerah-imtiyaz-pengurusan-musolla-terbaik/
- https://www.ppdkk.edu.my/2019/02/14/tahniah-smk-likas-juara-berganda/
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Likas
- Peti Surat 235,Pos Likas
- 88856, Kota Kinabalu
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 088-239595
- Fax = 088-225364