Sekolah Menengah Kebangsaan Lanang


Sekolah Menengah Kebangsaan Lanang juga dikenali sebagai SMK Lanang. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2005 yang terletak di Jalan Lada, Sibu, Sarawak. Pada tahun 2009, SMK Lanang memiliki 714 pelajar lelaki dan 681 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1 395 orang. Pada tahun yang sama juga, SMK Lanang mempunyai seramai 93 orang guru yang berkhidmat. Pada tahun 2018, SMK Lanang merupakan salah satu daripada 22 buah sekolah yang telah terpilih sebagai salah satu Mydigital Maker Champion Schools. Objektif utama inisiatif ini adalah untuk membudayakan teknologi digital di kalangan murid dan guru, sekaligus mempersiapkan murid-murid dengan kemahiran yang diperlukan bagi persediaan masa hadapan.[1]

Sekolah Menengah Kebangsaan Lanang
Lokasi
 Malaysia P.O Box 1369,Jalan Lada, 96000, Sibu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6084215540
Kod sekolahYEA3104
PengetuaEncik Kho Say Wei
LaguLanang Gemilang
GPK Pentadbiran dan AkademikCik Kong Sieh Nee
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Fathi Bin Jali
Penolong Kanan KokurikulumPuan Ong Yew Ming
Faks6084215541
<mapframe> problems:
  • Attribute "width" has an invalid value
  • Attribute "height" has an invalid value

Sejarah

sunting

Senarai Pengetua SMK Lanang:

  1. En Nicholas Bamphield (Ogos 2005 - Jan 2009)
  2. Cik Judith Wong Ngee Lay (Feb 2009 - Okt 2009)
  3. Pn Chang Nyet Ngo (Memangku No 2009 - Nov 2010)
  4. Pn Sin Yet Ngo (Dis 2010 - 2016)
  5. En Kho Say Wei (2017 - sekarang 2024)

Senarai Penolong Kanan Pentadbiran :

1. CIk Kong Shie Nie


Senarai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid :

1. En. Fathi Bin Jali


Senarai Penolong Kanan Kokurikulum

1. Pn. Ong Yew Ming

Pra kata

Sekolah menengah kebangsaan Lanang telah ditubuhkan pada tahun 2003 bagi menampung kepadatan pelajar di Ulu Lanang.  Kepesatan penduduk yang bertambah dari hari ke hari, serta kurangnya sekolah menengah yang terdapat di kawasan ini, menyebabkan kerajaan mendirikan Sekolah menengah Kebangsaan Lanang ini di Jalan Lada. Kami berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan Sekolah Menengah Kebangsaan Lanang di kawasan ini.[2]

Kami berharap dengan adanya bangunan sekolah ini, dapatlah para pelajar menyambung pelajaran mereka di kawasan yang berhampiran setelah tamat pelajar di Tahun Enam. Kami juga berharap agar tenaga pendidik bersemangat untuk mendidik para pelajar dengan lebih gigih lagi agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

LOKASI

Sekolah Menengah Kebangsaan Lanang terletak di Jalan Lada, kira-kira tujuh kilometer dari pusat Bandar Sibu. Sekolah Menengah Kebangsaan Lanang didirikan di atas tapak seluas 23.4 hektar. Sekolah Menengah Kebangsaan Lanang dikelilingi oleh kawasan perumahan di bahagian Utara, Timur, Barat dan Selatannya.

SK SEDC & SMK LANANG

Sebelum berhijrah ke bangunan baru Smk Lanang, para pelajar dan guru telah memulakan operasi di SK SEDC Jalan Mantis pada pukul 12.45 hingga 06.20 petang dari 3 Januari hingga 13 Jum 2005. Pelajar-pelajar yang pertama telah mendaftar di SK SEDC pada pagi 1 Januari 2005.

Pada 13 Jun 2005 bersamaan hari Isnin, persediaan untuk berpindah ke bangunan baru telah dijalankan. Pada 14 Jun 2005, pukul 3.25 hingga 5.05 petang, kerja-kerja pembersihan kelas di SK SEDC telah diadakan. Sebilangan pelajar diantu oleh guru-guru telah mengemas dan memindahkan kerusi dan meja dari SK SEDC ke bangunan baru SMK Lanang. Perhimpunan yang terakhir di SK SEDC telah dihadiri oleh semua guru dan pelajar.

Pada pagi 15 Jun 2005, pada pukul 7.10 hingga 7.45 pagi, perhimpunan pertama bagi semua guru dan pelajar telah diadakan di dataran SMK Lanang. Selepas itu, aturcara orientasi kawasan SMK Lanang diadakan pada pukul 7.45 hingga 9.30 pagi. Kelas seperti biasa diadakan pada pukul 9.45 pagi hingga 12.45 petang.

Bangunan SMK Lanang mempunyai 7 blok yang menghadap antara satu sama lain Di tengah-tengah blok berkenaan terdapat Dataran SMK Lanang.Di sebelah timur laut terdapat sebuah surau manakala do sebelah barat laut pula terdapat Dewan Sekolah. Di hadapan sekolah terdapat sebuah pondok Pengawal Keselamatan yang lengkap dengan tandasnya sekali. Di setiap blok bangunan sekolah terdapat bilik bilik tertentu

Seramai 25 orang guru iaitu 3 lelaki dan 16 orang guru perempuan telah berpindah ke bangunan baru SMK Lanang pada 15 Jun 2005. Sehingga akhir tahun 2006, SMK Lanang telah mempunyai tenaga pengajar seramai 49 orang dan kakitangan sokongan seramai 9 orang.

Pencapaian

sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lanang mencipta sejarah sebagai sekolah pertama di Sarawak yang melaksanakan program pengekodan di bawah inisiatif ‘Future Skills For All’ (FS4A) Fasa 3.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, program FS4A yang berteraskan pembelajaran digital bertujuan memperkasa pelajar dan pendidik dengan kemahiran digital, merapatkan jurang digital serta memupuk kecekapan abad ke-21 di seluruh Sarawak.

Inisiatif ini katanya, selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 negeri, yang menyasarkan 60 peratus enrolmen dalam disiplin sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan memastikan 30 peratus tenaga kerja Sarawak memiliki kemahiran lanjutan.

“FS4A adalah platform pembelajaran dalam talian yang direka untuk menjadikan pembelajaran menarik dan menyeronokkan dengan memperkenalkan pelajar kepada sains komputer, pengekodan dan pengaturcaraan,” katanya ketika merasmikan penutupan FS4A Zon Tengah di SMK Lanang, di sini hari ini.

Sejak Fasa 1 dan 2 dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada 2021 dan 2022, program ini telah memberi impak signifikan.

Setakat ini, seramai 15,801 pelajar telah memulakan pembelajaran Microbit manakala 2,937 pelajar mula meneroka pengaturcaraan Python.

“Inisiatif ini telah meletakkan asas penting bagi pembinaan tenaga kerja masa depan yang mahir dalam disiplin STEM serta memainkan peranan utama dalam mencetuskan minat pelajar dalam bidang kritikal ini,” tambah beliau.

Sagah menekankan bahawa pendidikan STEM, khususnya dalam sains dan matematik, adalah penting untuk menyediakan asas bagi pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan kemahiran analisis.

Katanya, pendedahan awal kepada subjek STEM bukan sahaja merangsang rasa ingin tahu dan inovasi tetapi juga melengkapkan pelajar dengan alat yang diperlukan untuk mengemudi dunia yang semakin kompleks.

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri memberi penekanan kuat terhadap literasi digital sebagai tunjang dasar pendidikan negeri bagi menyokong agenda negeri ke arah kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kemampanan alam sekitar melalui inovasi dan pendekatan berasaskan data.

MSS Sibu 2024

sunting

SMK Lanang telah mendapat kedudukan nombor (10) di Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sibu pada tahun 2024

Pingat yang telah diperolehi oleh atlet-atlet Smk Lanang:

EMAS

4

PERAK

3

GANGSA

3

KE-4

2

KE-5

5

KE-6

3

KE-7

4

KE-8

3

MATA

125.00

Alamat

sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Lanang

Peti Surat 1369, Jalan Lada,

96000 Sibu, Sarawak, Malaysia.


Telefon : (60+) 84 - 215540

Faks  : (60+) 84 - 215541

Pautan

sunting
  1. ^ https://www.facebook.com/504153673354950/photos/a.504979929938991/504979603272357/
  2. ^ "PENGENALAN DAN SEJARAH SEKOLAH". SMK LANANG. Dicapai pada 2024-09-03.

Rujukan Lain

sunting

LAMAN WEB RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANANG

FACEBOOK: SMK LANANG

FACEBOOK: MYDIGITAL MAKER SMK LANANG

FACEBOOK: UNIT BIMBINGAN DAN KAUSELING SMK LANANG