Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang atau nama ringkasnya SMK Kubor Panjang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kubor Panjang. Sekolah ini dibuka pada tahun 1965 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang. Ketika itu, perintis pendidikan menengah di Pekan Kubor Panjang hanya terdiri dari 165 pelajar dan 7 orang guru lelaki.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kubor Panjang, 06760, Alor Star,, Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Pengetahuan Tanda Kejayaan |
Nombor sekolah | 6047846076 |
Kod sekolah | KEAA092 |
Pengerusi PIBG | Encik Zubidi Bin Deris |
Pengetua | Hajah Rusni bt Ahmad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Hajah Rokiah Binti Abdullah |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Dahlan Bin Ishak |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Hasnah binti Said |
Faks | 6047847253 |
Pada tahun 1968, SMK Kubor Panjang terus maju dengan mendirikan 2 blok bangunan iaitu Bangunan Melor dan Bangunan Anggerik. Kini, pada tahun 2013, SMK Kubor Panjang telah mempunyai 9 blok bilik darjah dengan 1 blok tiga tingkat dikhaskan untuk pelajar PraUniversiti, 2 buah surau, 5 buah Makmal Sains, Makmal Komputer dengan 50 buah komputer, 2 buah bilik ERT, Bilik Mesyuarat berhawa dingin yang boleh memuatkan 100 orang pada satu-satu masa,2 bengkel KH, koperasi, dan dewan terbuka. Jumlah pelajar juga telah meningkat ke 1 600 orang pelajar dan 120 orang guru2013
Sejarah
suntingPencapaian
suntingSMK Kubor Panjang dikenali di daerah Pendang sebagai sebuah sekolah yang sentiasa mendominasi bidang pengucapan awam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. -Public Speaking, wakil dari SMK Kubor Panjang merupakan johan peringkat PPD Pendang bagi tahun 2010 dan 2012. -Choral Speaking, wakil dari SMK Kubor Panjang merupakan johan PPD Pendang pada tahun 2011 serta mendapat pengiktirafan sebagai konduktor terbaik dan mendapat tempat ke-4 Negeri Kedah. -Pidato, wakil dari SMK Kubor Panjang pada tahun 2008 dan 2012 telah berjaya menjadi johan serta mewakili daerah Pendang ke Pertandingan Pidato Negeri -Bahasa Ala Parlimen, tiada rekod rasmi
Selain itu, SMK Kubor Panjang turut dikenali dalam permainan bola tampar, catur, bola sepak dan kawat kaki - Bola Tampar, SMK Kubor Panjang merupakan naib johan Bawah 18 (L) pada tahun 2012 - tiada rekod rasmi - Catur, pada tahun 2011, 3 pemain catur B 15 (P) dan B 18 (P) SMK Kubor Panjang telah mewakili daerah Pendang ke kejohanan MSSK. Pada tahun 2012 pula, 3 pemain catur B 15 (P) dan 1 pemain catur B 18 (P) juga mewakili daerah Pendang ke MSSK. - Bola Sepak, SMK Kubor Panjang merupakan johan pada tahun 2010 - Kawat Kaki - pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Kubor Panjangdiiktiraf sebagai antara pasukan yang terbaik dari segi semangat berpasukan dan disiplin di negeri Kedah. Kapten KRS SMK Kubor Panjang turut dianugerahkan sebagai Ketua Platun Terbaik.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang
- Kubor Panjang
- 06760, Alor Star
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6047846076
- Fax = 6047847253