Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan atau nama ringkasnya SMK Kota Samarahan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Dato Mohd Musa.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Dato Mohd Musa, 94300, Kota Samarahan,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | 'Berdisiplin, Bertanggungjawab, Berilmu' |
Nombor sekolah | 6082672353 |
Kod sekolah | YEA8102 |
Pengerusi PIBG | Encik Mahmud Bin Pawi |
Pengetua | Tuan Bujang Awang Jamain |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Jimali Anak Sunang |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Thomas Anak Nyayu |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Maslan Bin Jemat |
Faks | 6082673657 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan memiliki 798 pelajar lelaki dan 724 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1522 orang. Ia mempunyai seramai 101 orang guru.2009
5 Ikhlas 2022/23 was the best.
Sejarah
suntingSekolah ini terletak di Jalan Dato' Mohd. Musa, Kota Samarahan yang meliputi seluas 36.72 ekar yang dikongsi bersama SK Pendidikan Khas (Cacat Pendengaran). Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina dengan kos sebanyak RM 14,525,783.13 . Skop projek ini merangkumi 1 blok pentadbiran, 24 bilik darjah dan kemudahan lain seperti padang permainan, tapak perhimpunan, kantin, makmal dan sebagainya.
Sekolah ini memulakan sesi persekolahan pada 2 Januari 2002 dengan menumpang di SK Dato' Mohd. Musa.Sekolah ini siap sepenuhnya pada 19 Julai 2002 dan telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 31 Julai 2002.Akhirnya,pada 5 Ogos 2002 sekolah ini memulakan sesi persekolahan di bangunan sendiri. Tanggal 20 Februari 2004, YAB Dato' Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi (perdana menteri ke-lima) merasmikan sekolah ini.
Senarai pengetua :
1. Puan Kalsom Binti Othman (1 Januari 2002-31 Jun 2003) 2. Puan Dayang Mastura Binti Hj. Awang Hashim (31 Jun 2003-31 Jun 2006) 3. Puan Hjh. Siti Norbaya Binti Mansor (1 Julai 2006-Februari 2009) 4. Puan Hjh. Juita Binti Hj. Senawi (Mac 2009-Mei 2012) 5. Puan Maimunah Binti Bujang (Jun 2012 hingga kini)
Visi
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan pemacu generasi gemilang
Misi
sunting÷Membangunkan modal insan melalui pendidikan bersepadu dan berkualiti selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan
Logo Sekolah
suntingPengertian warna
Kuning,lambang kepatuhan dan ketaatan kepada sistem perlembagaan beraja. Merah,Lambang keberanian. Biru,Lambang perpaduan kaum.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan
- Jalan Dato Mohd Musa
- 94300, Kota Samarahan
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6082672353
- Fax = 6082673657
- Laman Web: http://smkks.ml