Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII
| ||
Nama | ||
Alamat |
Jalan Muzium Hulu | |
Poskod |
34000 | |
Bandar | ||
Penubuhan | ||
Jenis |
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) | |
Tingkatan |
1 ke 6 (Atas) | |
Daerah |
Pendidikan Daerah Larut, Matang dan Selama | |
Nama Timangan |
Tigers atau Edwardian | |
Maskot | ||
Warna | ||
Moto |
Magni Nominis Umbra | |
Majalah |
The Edwardian | |
Telefon dan Faks |
No. Telefon: 05-807 3191 | |
Rangkaian Sekolah | ||
Portal Rasmi SMK King Edward VII | www.smkevii.edu.my | |
Sekolah Menengah King Edward VII merupakan sekolah perdana[1] dan antara sekolah lelaki tertua di Malaysia. Sekolah Menengah King Edward VII ini terletak di Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Logo rasmi bagi sekolah ini ialah harimau belang atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya. Para pelajar sekolah ini lebih dikenali sebagai 'Edwardians' manakala yang terkenal pula dengan gelaran 'Tigers'. Sehingga hari ini, sekolah ini masih digeruni dengan sukan Ragbi yang menjadi tradisi sejak diperkenalkan pada 1923.
Penubuhan
suntingSejarah sekolah ini bermula pada Julai 1883 dengan penubuhan Central School atau Sekolah Pusat. Penubuhan ini berpunca daripada perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di Kamunting. Bermula cuma dengan 13 orang murid pada Julai 1883, bilangan itu bertambah menjadi 55 orang pada akhir tahun 1884.
Pada tahun 1885, sebuah gelanggang gimnastik dibina di Sekolah Pusat itu. Perkembangan Sekolah Pusat itu menimbulkan keperluan untuk bangunan dan kawasan baru yang lebih luas dan kawasan yang dipilih ialah tempat terletaknyaSekolah Rendah Kebangsaan King Edward VII (1) sekarang. Bangunan-bangunan baru yang mula dibina pada 1904 dan siap pada 1905 itu menelan kos 93,000.
Mr. R.F. Stainer, guru besar kedua Sekolah Pusat, telah mencadangkan nama Sekolah Pusat ditukar kepada Sekolah King Edward VII bersempena dengan pertabalan Raja Edward VII yang menaiki takhta England pada 1901 selepas kemangkatan Ratu Victoria.
Latar belakang
suntingWarna Sekolah
suntingWarna merah dan hitam dipilih menjadi warna bendera sekolah. Merah melambangkan keberanian dan kemegahan, hitam melambangkan perpaduan yang utuh.
Ikon
suntingHarimau dipilih sebagai ikon bagi sekolah ini kerana harimau melambangkan kejaguhan, kemegahan, keberanian serta keagungan yang tiada tandingan.
Motto
sunting'Magni Nominis Umbra' berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud 'Under A Shadow Of A Great Name' dalam bahasa Inggeris atau 'Di Bawah Lindungan Yang Berkuasa'. Yang Berkuasa ini merujuk kepada sekolah yang membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada murid-murid.
Visi
suntingVisi sekolah ialah 'A Scholar, A Gentleman, A Sportsman' (Seorang Cendekiawan, Seorang Budiman, Seorang Ahli Sukan). Hal ini terbukti apabila Sekolah King Edward VII ini telah melahirkan ramai tokoh yang telah banyak berjasa kepada negara dalam pelbagai bidang. Selain itu, sekolah ini juga dikenali dengan nama samaran iaitu 'KE7' dan juga 'TIGERS'.
Rumah Sukan
suntingSekolah King Edward VII merupakan antara sekolah yang terkenal dalam bidang sukan dan melahirkan ramai atlet sejak awal penubuhannya. Prestasi cemerlang ditunjukkan dalam bidang bola sepak, hoki, kriket, bola baling, gimnastik, olahraga dan yang paling dikenali menerusi sukan tradisinya, ragbi.
Bagi sukan sekolah yang dianjurkan setiap tahun, sebanyak enam rumah sukan dibahagikan mengikut warna:
Sejarah Ragbi
suntingRagbi merupakan aktiviti sukan utama dan menjadi kepentingan sekolah dari awal penubuhan hingga kini.
Sukan ragbi di sekolah ini bermula dalam tahun 1923, apabila ia diperkenalkan oleh T.J Thomas, pengetua pada masa itu. Nama pasukan sekolah mula dikenali sebagai Tigers pada tahun 1933. Kejayaan pertama pasukan ragbi sekolah adalah dengan menewaskan Penang Free School dan terus mendapat gelaran juara dan merupakan pasukan sekolah pertama di Tanah Melayu serta mendapat kemenangan pertama pertandingan ragbi antara sekolah, yang juga merupakan pertandingan yang pertama. Namun, nama-nama pemain sekolah pada masa itu tidak diketahui.
Semasa antara tahun 1954 dan 1961, Tigers telah mengatur satu perlawanan persahabatan dengan pihak lawan dari sekitar Kedah hingga Singapura. Kejayaan milik pasukan sekolah ini sekali lagi, dengan menewaskan kesemua pasukan lawan dan menjadi juara. Kemenangan perlawanan persahabatan ini telah membuatkan Tigers mendapat gelaran Kings of Rugby. Namun, ini bukanlah sekadar kemenangan sekali saja.
Untuk tahun 1978, pasukan sekolah telah dipilih oleh Malaysia sebagai wakil untuk Pertandingan Ragbi Antara-sekolah ASEAN di Hatyai, Thailand, dan mendapat tempat ketiga. Kemenangan dan kejayaan selepas itu membuatkan Tigers menyandang gelaran seperti Juara Ragbi Perak, Juara Daerah (1979), Juara Piala Taiping (1979), Juara Zon Utara Malaysia (1979), dan Juara Pertandingan Ragbi Antara-sekolah (1979) dengan menewaskan Royal Military College dengan mata 22-3. Kejayaan Tigers juga adalah dengan menjadi juara Piala Perak (1983-1985, 1987-1989 dan 1996-1998). Semasa pertandingan Piala Diraja Selangor, Tigers berjaya mendapat tempat keempat di peringkat kebangsaan (1987 dan 1998).
Tigers juga menjadi pilihan negeri Perak apabila 14 orang pemain sekolah dipilih mewakili negeri dalam tahun 1996 dengan menewaskan pasukan dari Negeri Sembilan lantas menjadikan negeri Perak sebagai juara. Dalam tahun 2000, antara kejayaan Tigers ialah menjadi juara Pertandingan MSSPK, tempat kedua di Pertandingan Perdanan Zon Perak dan menjadi antara pasukan di peringkat separuh akhir di Piala Perdana Kebangsaan. Sekolah ini juga berjaya memenangi Pertandingan Ragbi LMS selama 15 tahun berturut-turut.
Antara persaingan hebat Tigers yang pernah diberikan adalah dari Malay College Kuala Kangsar, Royal Military College, Penang Free School, dan Sultan Abdul Hamid College.
Lagu Sekolah
suntingKing Edward’s will live forever
As long as the Taiping Hills stand
King Edward’s will shine forever
For the glory of this land
In this year of our victory
We are proud of the days of yore
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
The Tigers roar loud and full
Magni Nominis Umbra
The motto of our great school
Magni Nominis Umbra
Edwardians old and young tigers
Let’s unite in a song of glee
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
Ikrar Sekolah
suntingIt is our duty to uphold
The honour of the school
At all time and in all places
Not by talking or boasting
But by our good conduct
Our deeds speaks louder than words
And a little example
Is more effective than much precept
From the school
More is to be learnt
Than mere knowledge from books
A tiger scorns to succeed
Through dishonesty
He never admits defeat
He never deserts his friends
Or his class
Or his school
And above all
He is always loyal
To his school and country
Pengetua dan pemangku sekolah
suntingTahun | Nama |
---|---|
1899-1905 | C. Greene (Central Sschool, Taiping) |
1905-1921 | R. F. Stainer (King Edward VII School) |
1913 | E. Foster Lee (Pemangku) |
1918 | J. A. Roberts (Pemangku) |
1921-1922 | J. M. Moade (Pemangku) |
1922-1927 | D. W. MC Leod |
1927-1928 | C. G. Coleman |
1928 - 1929 | J.Bain |
1929-1931 | D. R. Swaine |
1931-1939 | R. P. S. Walker |
1932-1933 | L. R. Wheeler (Pemangku) |
1934 | C. W. Bloomfield (Pemangku) |
1937 - 1938 | E. T. M. Lias |
1938 - 1939 | J. B. Neilson |
1939 - 1941 | F. C. Barraclough |
1941 | R. M. Young (Pemangku) |
1945 | E. A. Moissinac |
1946 | C. R. Tolliday |
1946 | F. J. A. Rawcliffe |
1946-1947 | F. G. Barraclough |
1947 - 1949 | J.D Joseph |
1949 | J. Young (Pemangku) |
1949 - 1950 | W. H. Wallace Little |
1950 | G. D. Muir (Pemangku) |
1950 - 1952 | D. H. Christie |
1952 - 1953 | N. Campbell |
1953 - 1956 | A. L. McCorkindale |
1956 | J. R. North (Pemangku) |
1957 | Yeoh Teng Khoo (Pemangku) |
1957 - 1958 | J. E. B. Ambrose |
1959 - 1960 | W. V. Hobson |
1960 | N. S. R. Bickers (Pemangku) |
1960 - 1962 | W. V. Hobson |
1962 - 1963 | J. A. McCumisky |
1961 | Bion Dury (Pemangku) |
1963 - 1985 | Long Heng Hua |
1982 | V. Ravinder Singh (Pemangku) |
1983 - 1986 | Ismail Sajad B Sajad |
1986 - 1991 | Abdul Moein Skymar B Abdul Wahab |
1991 - 1992 | Haji Azidin B Mahmud |
1992 - 1994 | Haji Samsudin b Abdul Hamid |
1994 - 1995 | Salleh B Mohammad Husein |
1995 - 2000 | Haji Ibrahim b Jusoh |
2000 - 2003 | Haji Serip Mohamad B Gulam Din |
2003 - 2004 | Mohd Arif B Ramli |
2004 - 2010 | Yahaya B Liman |
2010 - 2011 | Abdul Wahid B Nuruddin |
2011 - 2013 | Abdul Rahsib B Hussain |
2013 - 2015 | Abdul Aziz B Shamsuddin |
2015 - 2019 | Mohamad Hazawawi Bin Yusof |
2019 - 2020 | Mohd Paku Ruzi b Min |
2020 - | Tuan Haji Sabri Bin Haji Mohd Daud |
Alumni
sunting- Tun Ling Liong Sik, bekas Presiden Persatuan Cina Malaysia
- Datuk Seri Abdul Mutalib B Mohamed Razak, Pengurus Besar Media Prima Berhad
- Tan Seri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid B Wan Mohd Nordin, bekas Ketua Pengarah Pendidikan - Am (1 Mac 1993 - 28 April 1997)
- Dato' Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah, bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia [2]
- Tan Sri Jins Shamsudin, Pengerusi FINAS
- Tn. Haji Mohamed Noor Darus, Kementerian Kesihatan Malaysia
- M. Karathu, Bekas Jurulatih Bolasepak Malaysia
- Dato' Haji Mohammed Kalam Azad, Brigadier General (B)
- Dato Zulkifli Nordin Peguam, Bekas Ahli Parlimen
- Tun Yusof B Ishak, mantan Presiden Singapura yang pertama
- Datuk Redza Rafiq, CEO Koridor Utara
- Sultan Iskandar Shah
- Datuk Seri Asiah Bt. Abu Samah, bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
- Datuk Badly Shah Ariff Shah, Bekas Pengarah KUB Malaysia BHD
- Muhammad Nizam Adzha, Bekas Pemain Bolasepak Kebangsaan, Bekas Jurulatih pasukan Kedah FA
- Yusli Bin Ramli, Bekas Pemain Ragbi Kebangsaan dan Coach Ragbi Kebangsaan
Terkini
suntingPada Oktober 2014, sebuah galeri dibina di bangunan pentadbiran sekolah. Galeri ini menempatkan pelbagai barangan yang penuh dengan kenangan zaman kegemilangan Sekolah Menengah King Edward VII seperti keratan akhbar, gambar-gambar, majalah-majalah lama dan juga trofi serta piala-piala yang menjadi kebanggaan Edwardian. Galeri ini telah diilhamkan oleh tuan pengetua iaitu Tuan Haji Abdul Aziz B Samshuddin dan dirasmikan oleh YBhg. Tiger Datuk Redza Rafiq Bin Abduk Razak, CEO Koridor Utara..
Rujukan
sunting- ^ "Senarai Sekolah Sekolah Premier Negeri Perak". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2007. Dicapai pada 25 Julai 2007. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ http://www.smke7.net/smkevii/Aee6050/web/tokoh7.htm , Tokoh Edwardian
Pautan luar
sunting- SMKE VII Portal, Laman rasmi SMK King Edward VII Taiping yang baru sejak 2008
- Old Edwardian, Laman forum Old Edwardians Association Malaysia
- Old Edwardians Yahoogroups, Yahoogroups Persatuan murid-murid tua Edwardians