Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting Bakti
Maklumat Sekolah

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting Bakti
suntingSMK Kamunting Bakti (SMKKB) telah siap dibina pada tahun 2015 dengan peruntukan sebanyak RM28,121,362.69 daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Sekolah ini telah dibina bagi kemudahan penduduk taman perumahan yang berhampiran seperti Taman Kamunting Bakti dan Taman Yayasan. Pada Januari 2016, sekolah ini telah mula beroperasi dengan seramai 16 orang guru dan 163 orang murid Tingkatan 1 dan 2 sahaja. Pengetua yang pertama ialah Tn. Haji Ahmad Fairus Bin Md Tahir (2016 – 2021). Sekolah ini adalah sekolah campuran harian dan beroperasi dengan satu sesi pagi sahaja.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING BAKTI | |
---|---|
Lokasi | |
Taiping, Larut Matang dan Selama, Perak Malaysia | |
Maklumat | |
Kod sekolah | AEA6160 |
Pengetua | 1. Tn Hj Ahmad Fairus bin Md Tahir
2. En. Alias bin Ariff 3. Pn Che Anun binti Samsudin 4. Pn Solehah binti Baharon |
GPK Pentadbiran dan Akademik | 1. Pn Endok Salwa
2. Pn Norsaliza bt Khalid 3. En Baharim b. Hj Ali (Terkini) |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | 1. En Baderol Hisham b Hamzah 2. Cik Halimaton binti Abdul Hamid (terkini) |
Penolong Kanan Kokurikulum | 1. Pn Norsaliza bt Khalid
2. Pn Ruhil Hayati bt Omar 3. Cik Halimaton binti Abdul Hamid 4. Pn. Fadhlina binti Mat Rabi (Terkini) |
Lencana
suntingBentuk hexagon (segi 6)
Melambangkan aspirasi murid berdasarkan PPPM yang mengandungi 6 elemen iaitu Pengetahuan, Kemahiran berfikir, Kemahiran memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika kerohanian dan Identiti Nasional. |
Ikon Murid Abad ke-21
Penggunaan teknologi dalam memberi inspirasi kepada murid bersaing dalam dunia global yang dipenuhi cabaran. Ikon ini juga melambangkan murid seimbang dari segi rohani dan jasmani. Murid juga dibimbing untuk berfikir di luar kotak. |
Ikon Menuju Kejayaan
Murid sentiasa digalakkan untuk mencapai tahap paling tinggi. Untuk berbuat demikian, murid dididik untuk bekerja keras dan percaya kepada diri sendiri. |
Melambangkan keberanian mengharungi abad ke-21. Guru berani menggunakan inovasi untuk pembelajaran yang lebih berkesan. Murid ditanamkan sifat berani untuk mencuba dan memebri pandangan serta sedia menerima pendapat dan kekalahan dalam nada positif. |
Melambangkan keamanan dan ketenangan. Keamanan dipupuk untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu dari akar umbi. Ketenangan dapat membuahkan suasana yang lebih yakin dan tersusun yang akhirnya akan melahirkan satu organisasi yang kukuh dan padu. |
Melambangkan kesucian dan kemurnian jiwa dalam setiap warga sekolah. Rukun negara menjadi panduan dalam melaksanakan apa jua bidang tugas dengan dedikasi dan tahap kesempurnaan yang paling tinggi. |
Lagu Sekolah
suntingKami Kamunting Bakti
Hidup aman dan sehati
Berwawasan, bertawakal
Akhlak dan ilmu semua
Hidup harus berbakti
Amal sahsiah terpuji
Saling menghormati, baik pekerti
Jadi amalan kami
Pacu misi yang murni
Jayakan transformasi
Didikan mulia sanjung tinggi
Capai visi yang kudsi
Kreatif dan inovatif
Menjulang aspirasi
Insan terbilang misi gemilang
Amalan hidup kami