Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Bahagia
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Bahagia, Teluk Intan Perak terletak kira – kira 7 KM dari bandar Teluk Intan dan lokasinya terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia. Bangunan sekolah tiga tingkat ini mengandungi 24 bilik darjah dan beberapa kemudahan lain dengan kos pembinaan RM30.1 juta mula dibina pada September 2015 dan siap sepenuhnya pada 14 Jun 2017. Majlis Penyerahan bangunan SMK Kampung Bahagia telah disempurnakan pada 23 Oktober 2017. Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Pembangunan Pelajaran Kementerian Pendidikan, Puan Salmah Ahmad yang menerima penyerahan bangunan ini daripada Pengarah Syarikat Sujaman Sdn Bhd, Tuan Khalid Habib. Sekolah ini mula beroperasi pada 2 Januari 2018 dengan menempatkan seramai 158 orang murid yang terdiri daripada murid Tingkatan satu dan dua pada awal pembukaanya. Murid-murid diambil daripada sekolah-sekolah berhampiran SMK Kampung Bahagia, iaitu SK Kampung Bahagia, SK Sungai Kerawai dan SK Sungai Tungku. Majlis perasmian Sekolah ini telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah pada 5 Ogos 2019. Kini SMK Kampung Bahagia, Teluk Intan atau singkatannya ‘KBs’ semakin mengorak langkah untuk menjadi sekolah yang cemerlang dalam segala aspek di dalam daerah Hilir Perak.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Bahagia | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia KM7 Jalan Sungai Manik, 36000, Teluk Intan,, Perak Darul Ridzuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Ilmu Mendidik Insan |
Nombor sekolah | 05-6205582 |
Kod sekolah | AEA5084 |
Pengetua | Encik Nor Azwan bin Musa |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Faridah binti Abdullah |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Mohd Fauzi bin Sapawi |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Mohd Nasron Bin Abdullah |
Faks | 05-6205587 |
SMK KAMPUNG BAHAGIA |
VISI DAN MISI
suntingVISI | MISI | |
KPM | Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Melestarikan Sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi Aspirasi Negara |
JPN | Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holisttik | Penyampaian Pendidikan Berkualiti Untuk Membangun Sekolah Unggul Bagi Menyediakan Murid Kalis Masa Hadapan |
KBs | Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara |
PORTAL RASMI SMK KAMPUNG BAHAGIA
suntinghttps://sites.google.com/edidik.edu.my/smkkampungbahagia
MATLAMAT
sunting- Melahirkan Bangsa Malaysia yang Taat Setia dan Bersatu Padu.
- Melahirkan Insan yang Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan dan Sejahtera.
- Menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk Keperluan Kemajuan Negara.
- Memberi Peluang Pendidikan kepada Semua Warganegara Malaysia.
OBJEKTIF SEKOLAH
sunting- Semua warga sekolah dapat menghayati dan melaksanakan Visi dan Misi SMKKB.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam bidang kokurikulum.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang berhemah tinggi berasaskan disiplin dan nilai-nilai murni.
- Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sekolah berlandaskan nilai
- Profesionalisme dalam perkhidmatan.
LENCANA SEKOLAH
suntingWarna Kuning | Menggambarkan murid murid yang belajar di sekolah ini sentiasa bahagia dan ceria dalam mencapai kecemerlangan sekolah |
Warna Merah | Melambangkan budaya kepimpinan secara berpasukan serta ukhwah sesama pelajar |
Pendidikan Tinggi | Warga sekolah yang cintakan ilmu dan membudayakan ilmu di dalam kehidupan |
Sains dan Teknologi | Pemangkin kecemerlangan sekolah |
Pendidikan Sejagat | Melahirkan insan bertaraf dunia selaras dengan perkembangan pendidikan bertaraf global |
Warna Biru | Menunjukkan sekolah adalah institusi yang ada undang –undang dan peraturan |
Warna Putih | Menggambarkan kehidupan beragama dan keimanan serta ketakwaan kepada PenciptaNya |
Kokurikulum | Menggambarkan keperluan bergerak seiring dengan perkembangan kurikulum demi melahirkan insan yang cergas |
ORGANISASI KAKITANGAN AKADEMIK KBs
suntingPROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) SMK KAMPUNG BAHAGIA
suntingLAGU SEKOLAH
suntingDari jauh tersergam indah
SMK Kampung Bahagia
Menjadi tumpuan untuk menimba ilmu
Demi mengejar hala dan tuju
KBs Excellent slogan kami
Tonggak impian dan harapan
Ilmu mendidik insan
Di sepanjang hayat
Menjadi pedoman yang bermakna
Guru berkesan
Pendidikan cemerlang
Bersatu mengibarkan jalur gemilang
Falsafah pendidikan
Jadikan panduan
Memupuk generasi seimbang
Ayuhlah warga
KBs Teluk Intan
Berikrar berjanji seia sekata
Mengukirkan sejarah
Dengan penuh iltizam
KBs pasti terus terbilang
KBs pasti terus terbilang
PAUTAN SEKOLAH
sunting- https://sites.google.com/edidik.edu.my/smkkampungbahagia
- INSTAGRAM : kbs_official.t.i