Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 10
Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 10 atau nama ringkasnya SMK (LKTP) Jengka 10, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Jengka 10.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 10 | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Felda Jengka 10, 26400, Bandar Jengka,, Pahang Darul Makmur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6094663320 |
Kod sekolah | CEA9158 |
Faks | 6094663610 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 10 memiliki 115 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 215 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009
Sejarah
suntingSMK (LKTP) Jengka 10 adalah sebuah sekolah menengah dalam Rancangan Tanah Persekutuan (FELDA) Jengka 10. Sekolah ini ditubuhkan dalam tahun 1981 dengan pengetua pertamanya Encik Mohd Shahar bin Kasim. Keluasan keseluruhan tanah untuk sekolah dan kuaters penginapan guru ialah 25 ekar. Lokasinya 13 kilometer dari bandar terdekat iaitu Bandar Tun Abdul Razak, Jengka. Boleh dihubungi melalui jalan darat sahaja. Berada dalam 65 kilo meter dari Pejabat Pelajaran Daerah Maran dan Daerah Pentadbiran Maran. Kawasan Parlimen ialah Jerantut, DUN Pulau Tawar dan Mukim Chenor. Pusat Kegiatan Guru ialah PKG Bandar Pusat.
SMK(LKTP) Jengka 10 telah dibuka dengan rasminya pada awal tahun tahun 1981. Nama lama bagi sekolah ini di kenali sebagai Sekolah Menengan Kebangsaan Jengka Sepuluh (SMJX) sebelum di ubah kepada nama sekarang. Sehingga kini sejumlah 17 orang Pengetua telah mentadbir sekolah ini dengan jayanya. Mereka terdiri daripada:
Bil | Nama Pengetua | Tempoh Perkhidmatan |
1 | En. Mohd Shahar bin Kasim | 05.01.1981 - 31.12.1982 |
2 | En Zakaria bin Adam | 02.01.1983 - 31.12.1983 |
3 | En Musa bin Ibrahim | 02.01.1984 - 30.09.1991 |
4 | En Muhammad Mustapha bin Muhammad | 16.06.1992 - 01.05.1993 |
5 | En Wan Muhammad Nawi bin Wan Mahmood | 01.06.1993 - 31.01.1995 |
6 | Cik Hajah Fauzeyah bt. Haji Abd Wahab | 01.02.1995 - 31.03.1998 |
7 | Tn. Haji Hamidon @ Md Jamil bin Abd Majid | 16.06.1998 - 01.07.2000 |
8 | Pn. Nishah bt. Ismail | 01.07.2000 - 15.04.2006 |
9 | En. Zakaria b. Adam (AMP) | 16.04.2006 - 07.07.2007 |
10 | Pn. Normah bt. Ismail | 16.07.2007 - 01.11.2007 |
11 | Pn. Hjh. Wan Maimun bt. Wan. Nawi | 01.07.2008 - 01.09.2010 |
12 | Tn. Haji Bakri bin Mohd Salim | 01.09.2010 - 31.12.2011 |
13 | Tn. Haji Hayudin bin Hj. Md Suhor | 31.12.2011 - 16.06.2014 |
14 | Tn. Haji M. Yusri bin Marjan | 16.06.2014 - 13.06.2015 |
15 | En. Mahmad Basri bin Idrus | 14.09.2015 – 31.10.2018 |
16 | Tn. Haji Adnan bin Othman | 21.11.2018 – 14.06.2020 |
17 | Tn. Haji Darussalam bin Taib | 15.06.2020 - kini |
SMK (LKTP) Jengka 10 telah dinaikkan taraf ke Gred A pada 7.1.1995. Kini sekolah ini menerima pelajar dari dua sekolah rendah berdekatan iaitu :
i. Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 10
ii. Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kampung Jengka Satu
Sebelum ini, sekolah turut menerima pelajar dari beberapa FELDA berdekatan seperti (F) Sungai Tekam, (F) Sungai Tekam Utara, (F) Kota Gelanggi 2&4.
Jumlah keseluruhan pelajar pada awal tahun 2020 ialah 179 orang. Jumlah kelas yang dibuka ialah 10 buah sahaja.
Visi & Misi Sekolah
suntingVisi Sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Sekolah Sejahtera
Misi Sekolah
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi Asprirasi Sekolah;
melalui usaha:
* Menyediakan pembelajaran dan pemudahcaraan PAK-21 yang berkesan.
* Melaksanakan aktiviti kokurikulum yang aktif.
* Melaksanakan sistem pengurusan yang cekap, telus dan mesra.
* Memastikan persekitaran yang kondusif, selamat dan ceria.
* Menjalin hubungan dan kerjasama yang erat dengan masyarakat sekitar.
Lagu Sekolah & Bendera Sekolah
suntingLAGU SEKOLAH
Lagu sekolah ini dicipta pada 1-Febuari 2010 oleh ;
Lagu : Sani B. Hasan
Lirik : Siti Zulaiha Bt AHmad Solihin & Pn Faridah Bt Ishak
SMK Jengka 10
Berdiri Megah Tersergam Indah
Menjadi Kebanggaan Kita
Anak-anak Watan Tercinta
Seiring Kita Melangkah
Bersama Tekad Yang Satu
Kita Julang Impian
Bersatu Hasrat
Kita Capai Kejayaan
Sekolah Tercinta Baktimu Nyata
Sepakat Kita Menuju Jaya
Sekolah Tercinta Terus Gemilang
Di Persada Negara
Ilmu Suluh Hidup
Pahatkan Ia Di Jiwa
Dengan Iltizam Yang Tinggi
Visi Kan Pasti Jadi Realiti
...
1hb Feb. 2010*
BENDERA SEKOLAH
Logo Sekolah di tengah bendera melambangkan penyerapan semangat cintakan sekolah dalam kalangan murid supaya menjadi warga sekolah yang baik.
Warna JINGGA - melambangkan asal-usul sekolah yang diasaskan oleh pembukaan tanah FELDA.
Warna HITAM - melambangkan ketegasan dalam menghadapi segala cabaran.
Warna PUTIH - melambangkan kesucian dan keikhlasan.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Jengka 10
- Felda Jengka 10
- 26400, Bandar Jengka
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6094663320
- Fax = 6094663610