Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang atau nama ringkasnya SMK Jalan Arang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lorong 13, Jalan Arang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang | |
---|---|
Lokasi | |
Lorong 13, Jalan Arang, 93250, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu Berakhlak Berwawasan |
Nombor sekolah | 6082452871 |
Kod sekolah | YEA1206 |
Pengetua | Puan Wong Nguk Chin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Mohammad Jasni bin Hipni |
Faks | 6082462761 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang memiliki 884 pelajar lelaki dan 802 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1686 orang. Ia mempunyai seramai 97 orang guru.2009
Sejarah
suntingSMK Jalan Arang telah siap dibina pada pertengahan tahun 2002. Pelajar yang telah tamat persekolahan peringkat sekolah rendah di sekitar Jalan Arang telah ditempatkan di sekolah ini mulai tahun 2003. Reka bentuk dan struktur bangunan amat unik dan menarik. Berteraskan konsep sekolah moden, semua blok yang setinggi tiga tingkat telah dibina bawah satu bumbung di atas tanah yang seluas 16 ekar. Pada ketika itu, terdapat 24 buah bilik darjah yang telah disediakan untuk proses pengajian dan pembelajaran. Namun begitu, hanya 22 buah bilik darjah sahaja digunakan untuk tujuan tersebut sebagai satu permulaan pengoperasian sekolah ini.
Pada peringkat permulaan jumlah pelajar secara keseluruhan hanyalah 878 orang dengan bilangan guru sebanyak 43 orang dan 7 orang staf sokongan sahaja di bawah pimpinan Puan Belinda Lim Sok Khoon selaku pemangku Pengetua dan Puan Hii Kwong Ing selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pengetua pertama sekolah merupakan Puan Mary John, manakala pengetua kini ialah Puan Wong Nguk Chin.
Sebagai warga perintis bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dilalui, terutamanya dalam mengurus dan mentadbir sebuah sekolah baru. Namun begitu, dengan berkat kesabaran, kecekalan dan semangat jitu semua pihak, SMK Jalan Arang telah berjaya mengorak langkah untuk terus maju dan mara ke hadapan.
Kini SMK Jalan Arang telah memiliki pelbagai kemudahan asas untuk tujuan pemantapan pendidikan. Antaranya termasuklah memiliki bilik akses, kemudahan LCD di dalam kelas dan sebuah dewan yang telah siap pada Jun 2007. Bilangan pelajar sehingga tahun 2007 pun telah meningkat kepada 1700 orang begitu juga dengan bilangan guru sebanyak 84 orang dan staf sokongan sebanyak 13 orang.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang
- Lorong 13, Jalan Arang
- 93250, Kuching
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6082452871
- Fax = 6082462761