Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ)
Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ) atau nama ringkasnya SMK Ismail Petra (Integ), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab.
Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Sekolah Kluster Kecemerlangan) | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, 15300, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | TEGAP, OBOR, ILMU |
Ditubuhkan | - |
Nombor sekolah | 6097481848 |
Kod sekolah | DEA1123 |
Pengetua | - |
Faks | 6097479936 |
Laman sesawang | - |
x |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ) memiliki 318 pelajar lelaki dan 545 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 863 orang. Ia mempunyai seramai 110 orang guru.2009
Pada tahun 2011, Aroon Kumar A/L Mathivanan daripada SMK Ismail Petra telah muncul sebagai satu-satunya pelajar India di Kelantan yang mendapat 10A dalam SPM. Kini beliau menyambung pengajian di FH Frankfurt di Jerman dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik.
Pentadbiran SMK Ismail Petra 2024
suntingPENGETUA: HJH.ROKIAH BT HJ.AHMAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN: TN.HJ.WAN HUZAIMI B. WAN AHMED
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID: EN.JOHARI B. BEEKRY
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM: TN.HJ.ABANG AZIS B. ABANG JUNAIDI
PENOLONG KANAN TINGKATAN 6:EN.PADZILA B. MAT ADAM
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS:PN.WAN JAH BT WAN YUSOFF
Guru Kanan Bahasa :
Guru Kanan Sains & Matematik : EN.MOHD TAMRIN B. ABD WAHAB
Guru Kanan Sains Sosial : PN.WEE BEE CHU
Guru Kanan Teknik & Vokasional : YM RAJA ZAMRI B. RAJA MAHMOOD
Penyelaras SKK
Kaunselor Sekolah : PN.NORIZAN BT ABDULLAH
Kaunselor Sekolah : PN.HAZLIANAWANI BT MUHAMAD
Maklumat Asas Sekolah (terkini)
suntingNAMA DAN ALAMAT SEKOLAH: Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Sekolah Kluster Kecemerlangan) Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab 15300 Kota Bharu Kelantan
KOD SEKOLAH:
DEA 1123
GRED SEKOLAH:
A
KATEGORI SEKOLAH:
Sekolah Harian Bandar
KEBITARAAN;
-Akademik : Bahasa Inggeris
-Kokurikulum : Warisan Budaya
NAMA PENGETUA:
Pn.Hjh.Rokiah bt Hj.Ahmad
NAMA PENGERUSI PIBG:
En.Hanipi b. Zakaria
NO. TELEFON:
09-7481848
NO. FAKS:
09-7479936
EMEL:
smkismailpetra@gmail.com
Visi SMKIP
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi
Misi SMKIP
suntingMelahirkan Modal Insan yang Seimbang dan Berkemahiran Tinggi Melalui Pengurusan Pendidikan Berkualiti
Matlamat SMKIP
suntingMenyedari dan menginsafi bahawa pendidikan merupakan aset yang penting dalam kejayaan individu, masyarakat dan negara, maka SMK Ismail Petra menetapkan untuk:
• melahirkan pelajar yang berwawasan, berketerampilan, dan serba boleh dalam segala bidang serta mempunyai daya juang yang tinggi dan bertakwa kepada Maha Pencipta-Nya;
• membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengembangkan potensi yang ada melalui program akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai reputasi yang tinggi dalam pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah diri, dan;
• melahirkan insan yang berhemah tinggi peribadinya, cendekiawan pemikirannya dan cergas dalam gerak kerja.
Slogan Sekolah
suntingSeiring Mengungguli Inspirasi Permata Petra (SMIP)
Sejarah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra terkenal dengan akronimnya SMIP berdasarkan nama asalnya, Sekolah Menengah Ismail Petra. SMK Ismail Petra merupakan sekolah kawalan aliran Melayu terawal yang ditubuhkan di negeri Kelantan. Pada awal penubuhannya, pada 5 Januari 1969 sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Putera, dengan memakai nama Sekolah Menengah Wakaf Mek Zainab, dan dibuka secara rasmi pada 20 Mac 1969. Setahun kemudian, iaitu pada 20 Mac 1970, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri di lokasi sekarang ini dan memakai nama Sekolah Menengah Ismail Petra, bersempena nama Yang Teramat Mulia Tengku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra, Tengku Mahkota Negeri Kelantan ( sekarang merupakan Sultan Kelantan ).
SMIP kemudiannya menjadi sekolah perintis Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan (YBhg Tan Sri Datuk Seri Wira Abd. Rahman Arshad) bagi projek Sekolah Kawalan Khas pelajar aliran Melayu di Kelantan pada tahun 1971. Di bawah projek sekolah kawalan ini, pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang dari seluruh negeri Kelantan dipilih untuk belajar di SMIP, bermula di Tingkatan 4 dan 6 Bawah. Seterusnya, status sekolah kawalan khas ini kekal sehingga ke hari ini melalui program Sekolah Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
SMIP merupakan sekolah ‘premier’ aliran Melayu terulung yang pernah ditubuhkan di negeri Kelantan. Sebagai sebuah sekolah yang ulung, SMIP telah banyak melakarkan sejarah kejayaan dan pencapaian cemerlangnya di persada pendidikan negeri dan kebangsaan. SMIP telah berjaya melahirkan ramai tokoh pelajar yang menjadi tokoh-tokoh terkenal di seluruh negeri dan negara dalam pelbagai bidang sama ada pendidikan, ekonomi, politik, sukan dan kemasyarakatan.
Peristiwa Penting
sunting5 Januari 1969 Sekolah mula dibuka dengan nama Sekolah Menengah Wakaf Mek Zainab (menumpang di SM Putera).
20 Mac 1969 Perasmian 2 blok bangunan sekolah oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan dengan nama baru Sekolah Menengah Ismail Petra. Pelajar terdiri daripada Tkn. 4 dan 6 sahaja.
1975 Perasmian bangunan tambahan, dewan dan asrama sekolah oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan.
Februari 1975 Pembinaan Mussala sekolah bermula
Mac 1980 Mussala sekolah mula digunakan.
Januari 1984 Pengambilan pertama pelajar Tingkatan 1.
Januari 1986 Pengambilan pertama pelajar pendidikan khas (cacat pendengaran) seramai 27 orang. SMIP menjadi sekolah integrasi khas.
Mac 1988 Keberangkatan DYMM Sultan Kelantan dan DYMM Raja Perempuan Kelantan ke SMIP bagi mencemar duli ke Majlis Penyampaian Hadiah.
Januari 1997 Mata Pelajaran Perkomputeran bagi Tingkatan 6 diperkenalkan seluruh negara dan SMIP antara sekolah pertama di kalangan 13 buah negeri seluruh negara dipilih KPM.
2000 SMIP dipilih sebagai Sekolah Kawalan Khas JPN Kelantan dengan semua tingkatan aliran sains tulen (Tkn. 4 – 6).
2006 SMIP dikategorikan sebagai Sekolah Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
2007 Lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke SMIP.
2008 SMKIP menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC) Kategori Sekolah Harian Bandar.
2009 SMKIP menjadi Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) peringkat kebangsaan.
2011 - SMKIP diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) - SMKIP diberi penghargaan 5 Bintang dalam penarafan Smart School Qualification Standard (SSQS).
2012 SMKIP diberi penghargaan 5 Bintang untuk kali kedua dalam penarafan Smart School Qualification Standard (SSQS).
2024 SMKIP Anugerah Lonjakan Saujana GPS Terbaik SPM 2023 Kelantan, Anugerah GPMP Terbaik SPM Bahasa Melayu Kelantan 2023 dan Anugerah Terbaik ICT STPM Kelantan 2023.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ)
- Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab
- 15300, Kota Bharu
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 6097481848
- Fax = 6097479936