Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah, Machang
Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah atau nama ringkasnya SMK Hamzah, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Bahagia.
Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Bahagia, 18500, Machang,, [Kelantan Darul Naim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6099751300 |
Kod sekolah | DEE2191 |
Faks | 6099756184 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah memiliki 1022 pelajar lelaki dan 1082 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2104 orang. Ia mempunyai seramai 151 orang guru.2009
Sejarah
suntingNama sekolah diambil sempena nama Al-Marhum Tengku Mohd Hamzah Ibni Al-Marhum Tengku Zainal Abidin (Tengku Seri Maharaja, D.K, S.P.M.K, P.Y.G.P, O.B.B.). Beliau dilahirkan pada tahun 1902 dan anak saudara kepada Sultan Muhammad IV (1889-1920). Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang semasa hayatnya ialah:-
- Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang pertama(1937-1953)
- Menteri Besar Kelantan(1955-1959)merangkap Pengerusi atau Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.
Beliau meninggal dunia pada 25hb.Februari 1962, semasa berusia 60 tahun.
Hasil perkongsian hidup beliau dengan isterinya, Nik Zainab bt. Nik Ali telah memperolehi empat orang putera dan dua orang puteri iaitu Tengku Azizan, Tengku Razaleigh, Tengku Zain, Tengku Maziah, Tengku Abdul Aziz dan Tengku Robert.