Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol
Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol atau nama ringkasnya SMK Gunung Semanggol merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Tebuk Panchur, Simpang Empat Semanggol, Perak.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Tebuk Panchur, 34400, Simpang Empat Semanggol,, Perak Darul Ridzwan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6058921110 |
Kod sekolah | AEA3089 |
Faks | 6058921111 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol memiliki 431 pelajar lelaki dan 427 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 858 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah ini dimulakan pada tahun 1989 dengan menumpang bangunan Sekolah Mudzaffar Shah,Simpang Empat Gunung Semanggol iaitu pada 1.1.1989 hingga September 1990. Sekolah ini memulakan operasi dengan hanya 8 orang guru,117 pelajar dan seorang pegawai kerani. Bilangan bilik darjah pada masa itu hanyalah 4 buah sahaja. Pada bulan Oktober 1990,semua pelajar,guru dan kakitangan sekolah berpindah ke bangunan sekarang yang terletak di Tebuk Panchur.
Pengetua-pengetua SMK Gunung Semanggol
sunting- En Hosni b. Abd Razak (1.1.1989-31.5.1991)
- Pn Hajah Norlah bt. Dermawan (16.6.1991-16.1.1998)
- Tn Haji b. Ahmad (17.1.1998-15.12.1998)
- Tn Haji Aini b. Mohamad (16.12.1998-15.1.2001)
- Pn Hajah Aisyah bt. Ahmad ( 2.4.2001-30.6.2006)
- Pn Omi Kalsom bt. Mohamad (1.7.2006-15.2.2008)
- En Abdul Khadir Jalani b. Mohamad (16.2.2008-15.6.2011)
- Pn Hajah Rashidah bt. Abdul Manan (16.6.2011-6.2.2017)
- Pn Fadzilah Vijaya bt. Abdullah (7.2.2017-28.7.2017)
- Tn Kamaruddin b. Hashim ( 29.7.2017-4.8.2020)
- Pn Salmah Bt Iman (4.8.2020-1.3.2023)
- En Kamarul Nizam b. Masri (13.03.2023 -
Pencapaian
suntingBahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Pada tahun 1991,sekolah ini mencatatkan kecermelangan dari segi akedemik kerana berjaya mencapai kelulusn 87.2% di dalam peperiksaan SRP yang pertama kali diambil oleh pelajar sulung sekolah ini.
Pada tahun 1993, sekolah ini sekali lagi mencipta nama apabila muncul sebagai sekolah luar bandar terbaik di negeri Perak dan mendapat tempat pertama di daerah Kerian apabila mencatat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM dengan kelulusan 81.4%. Bilangan pelajar yang mendapat pangkat satu ialah seramai 22 orang dan 10 orang pangkat 3, kejayaan ini merupakan peristiwa bersejarah di sekolah ini.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol
- Tebuk Panchur
- 34400, Simpang Empat Semanggol
- Perak, Malaysia
- Telefon = 6058921110
- Fax = 6058921111