Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong


Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong atau nama ringkasnya SMK Gadong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Beaufort, Sabah, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 178,, 89808, Beaufort, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSekolah Dekat Di Hati
Nombor sekolah6087221602
Kod sekolahXEE6011
PengetuaPuan Eillen Petra Francis
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Halimah binti Nordin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Fadzelly bin Matawali
Penolong Kanan KokurikulumPuan Norhaini Binti Jaini
Faks6087225594

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong memiliki 554 orang pelajar lelaki dan 508 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1062 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.

Kini, SMK Gadong memiliki jumlah pelajar sebanyak 844 dan guru sebanyak 84.

Waktu masuk ke sekolah = 6.50 ( selewat-lewatnya ) Waktu pulang = 1.30 tengah hari( Isnin dan Khamis ) 11.30 pagi (Jumaat) 3.30 petang ( Selasa dan Rabu )

Lagu Sekolah

sunting

Lagu lama (1992 – 2016)

sunting

Engkau bagai rimbun yang menghijau
Melindung, mendidik dan menghibur
Mencurahkan baktimu
Sekolahku SMK Gadong
Berilmu, beramal dan berbakti
Bersopan santun budi mulia
Belajar dan berusaha
Itulah budaya kita
Kepada-Mu wahai Tuhanku
Berkati usaha kami
Menjaga dan menghormati
Sekolahku kekal abadi
Engkau bagai gunung yang menjulang
Memuncak mengukuh dan menunjang
Mencapai cita yang mulia Berbakti pada negara

  • Lagu sekolah ini telah dicipta oleh En. Mohd. Tahir Hj. Abd. Ghani dan En. Jaafar Hj. Jali pada 20 November 1992.

Lagu baharu (2017 – sekarang)

sunting

SMK Gadong sekolah tercinta
Kebanggaan kita semua
Mendidik, berilmu dan berbudaya
Mencurahkan bakti yang mulia
SMK Gadong bertekad di hati
Mencapai kecemerlangan
Berilmu, beramal dan berbakti
Menggapai generasi terbilang
Sekolah dekat di hati
Membentuk insan mulia
Kami terus berbakti
KepadaMu Tuhanku

  • Penulis Lirik: Dr. Musnin Bin Misdih (Pensyarah Kanan, FKSW UMS)
  • Lagu/muzik: En. Andrew Poninting (Pensyarah Muzik, FKSW UMS)

Sejarah

sunting

Pada 4 Julai 2019, SMK GADONG telah mengadakan Program Karnival Akademik TS25 2019 buat julung-julung kalinya. Program ini telah berjaya dilaksanakan. Seramai 1000 lebih pengunjung luar mahupun dalam kampung Gadong telah bersama-sama menjayakan program ini. Program ini melibatkan beberapa sekolah TS25 seperti SMK Sindumin, SK Banting , SK Suasa dan sebagainya serta melibatkan beberapa badan kerajaan dan NGO. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan kepada orang ramai seperti Qasidah , Dikir Barat , Choral Speaking , Sajak Bahasa Arab , Bacaan ayat suci Al-Quran , Pidato , Syarahan serta Public Speaking.

Bangunan Lama

sunting

Pada peringkat awal penubuhannya, iaitu pada awal tahun 70-an sekolah ini tidak mempunyai bangunannya sendiri dan tidak mempunyai kemudahan asas yang diperlukan. Bangunan Sekolah Rendah Gadong telah digunakan sebagai pusat pembelajaran sementara.

100 orang pelajar diterima semasa tahun pertama sekolah ini. Dua buah kelas digunakan untuk menempatkan pelajar-pelajar ini yang memulakan kelas menengah rendah dalam aliran Bahasa Inggeris.

Menjelang tahun 1974, tingkatan 1, 2 dan 3 telah diwujudkan dan buat kali pertama seramai 100 orang pelajar telah menduduki Peperiksaan LCE yang berpusat di Sekolah Menengah St. Paul, Beaufort.

Pada tahun 1976, seiringan dengan Dasar Peperiksaan Pelajaran Kebangsaan, sekolah ini telah mewujudkan kelas tingkatan satu dalam aliran Bahasa Melayu. Kumpulan pelajar ini juga yang pertama mengambil peperiksaan SRP pada tahun 1978.

Sesi persekolahan bermula pada 12.30 tengah hari dan berakhir pada 5.45 petang kerana pada waktu pagi, sesi persekolahan peringkat rendah berlangsung. Hanya menjelang tahun 1985 barulah waktu persekolahan berubah kepada pukul 7.00 pagi hingga 1.35 tengah hari. Pada masa ini,[bila?] bangunan tambahan telah dibina oleh pihak kerajaan.

Bangunan Sekarang

sunting

Pada tahun 1992, bangunan baru di tapak yang baru telah siap sepenuhnya dan mula digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pada waktu ini, sudah terdapat asrama pelajar lelaki dan perempuan, surau, kantin, bengkel kemahiran hidup, dewan besar, gelanggang badminton dan flat guru serta kemudahan asas yang lain.

Pada tahun ini juga seramai 66 orang pelajar untuk pertama kalinya menduduki peperiksaan SPM (peringkat menengah atas dimulakan pada tahun 1991, di sekolah lama).

Seterusnya, peningkatan jumlah pelajar berlaku dari setahun ke setahun. Dengan adanya sekolah baru ini, ia telah memberi peluang pelajar luar bandar menguasai ilmu pengetahuan dan memperbaiki mutu kehidupan mereka.

Sekolah ini juga disediakan dengan sebuah bas untuk kegunaan sekolah dan Pejabat Pendidikan Beaufort.

Alamat

sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong
Peti Surat 178,
89808, Beaufort
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087221602
Faks = 6087225594

Pautan luar

sunting