Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali atau nama ringkasnya SMK Dato' Ahmad Razali, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan. 13A, Ampang Jaya.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan. 13A, Ampang Jaya, AMPANG, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | BERTEKAD, BERUSAHA, BERJAYA |
Nombor sekolah | 342511650 |
Kod sekolah | BEA4618[1] |
Faks | 342510377 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali memiliki 638 pelajar lelaki dan 622 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1260 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.2009
Sejarah S.M.K.D.A.R
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali Mohd Ali.
- (SMKDAR) ditubuhkan pada 4 Januari 1999 dengan 287 orang pelajar dengan 9 orang guru di bawah pimpinan Pn.Hajah Putri Noor Jaliah Megat Adnan sebagai pengetua pada masa itu.
- Sekolah ini terbina di atas tanah perkuburan 28800 meter persegi. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan 4 tingkat,1 blok bengkel Kemahiran Hidup 2 tingkat,1 Blok Sains Pertanian dan sebuah kantin.
- Nama sekolah ini diberi sempena nama bekas Menteri Besar Selangor yang pernah menjadi Penghulu Ketiga Mukim Ampang iaitu Tan Sri Dato' Ahmad Razali Mohd Ali. Beliau berkhidmat di Mukim Ampang ini selama 18 tahun.
- Kebanyakan murid yang menuntut di sekolah ini datang daripada Taman Cahaya,Ampang Jaya, Taman Dagang, Taman Dato' Ahmad Razali,Kampung Sri Tanjung, Kampung Melayu, Taman Nirwana dan Kampung Sri Melor.
Pencapaian
suntingKaSTek 2011 - Pelancaran Roket (Juara)
KaSTek 2012 - Pelancaran Roket ( Juara ) ,Pelancaran Roket ( Naib Juara ), Solar Boat (Tempat Ke-4)
KaSTek 2017 - Pertandingan Pertunjukan Sains (Juara), Green Couture (Tempat Kedua)