Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher (SMKDAM) dahulunya dikenali sebagai SMK Jalan Bayam (1985-1991) ialah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Harian Kementerian Pelajaran Malaysia. SMK Dato' Ahmad Maher terletak di Jalan Long Yunus di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia untuk pelajar terpilih berumur 13 hinggalah 18 atau 19 tahun (Tingkatan 1–Tingkatan 6). Pelajarnya dikenali sebagai Maherian.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Long Yunus, 15200, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Maher Terus Gemilang |
Nombor sekolah | +609-7418250 |
Kod sekolah | DEA1126 |
Pengetua | Dr. Hajah Rani binti Abd. Mutalib |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Ariffin Bin Isa |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Suaida binti Omar |
Faks | 6097418262 |
Laman sesawang | www.maher.my |
SMKDAM ditubuhkan pada 1985 oleh Tan Sri Dato' Dr Wan Mohd Zahid bin Nordin, yang merupakan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher memiliki 434 orang pelajar lelaki dan 708 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1142 orang. Ia mempunyai seramai 96 orang guru.2009
Bidang kebitaraan
sunting- Public Speaking
- 'Excel Maths'
- ICT
- Gamelan
Sejarah
suntingMAHER dahulunya dikenali sebagai SMK Jalan Bayam oleh penduduk setempat dari tahun 1985 hingga 1991. Nama sekolah ditukar kepada SMK Dato' Ahmad Maher pada tahun 1992. Sekolah ini dinamakan sempena Dato' Ahmad Maher yang merupakan seorang ulama dan Mufti Besar Negeri Kelantan.
Pencapaian
suntingPada 1 Februari 1998, sekolah ini telah dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Gred A.
Pada 2011, pelajar MAHER berjaya mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dengan menghasilkan piza terbesar di Malaysia.
Pada 2012, pelajar Tingkatan 3 MAHER mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dengan menghasilkan barisan kek cawan terpanjang di Malaysia. Pada tahun yang sama juga, 55 orang pelajar berjaya mendapat semua A dan 9 orang daripadanya berjaya memperolehi semua A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pada 2013, pelajar SMK Dato' Ahmad Maher dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records setelah mereka berjaya menanam 1,252 ranting karang di Pulau Perhentian, Terengganu.
Pada tahun 2022 Pasukan Bola Sepak Maher (U15) telah mendapatkan pingat gangsa dalam sukan tersebut
Moto, misi dan visi
suntingMoto
Maher terus gemilang dan terbilang
Misi
Menjanakan pendidikan berkualiti untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan.
Visi
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher gemilang dalam semua aspek .
Rumah sukan
suntingTerdapat 4 rumah sukan di MAHER.
- Jupiter (Kuning)
- Mars (Merah)
- Venus (Hijau)
- Pluto (Biru)
Sukan dan kokurikulum
suntingMAHER terkenal dengan Taekwondo, skuasy, lari pecut, dan renangan kerana pencapaian-pencapaian yang dicapai oleh pelajarnya.
Jenis Sukan di MAHER
- Badminton
- Bola Sepak
- Bola Tampar
- Skuasy
- Ping Pong
- Bola Jaring
- Bola Keranjang
- Renangan
- Bola Baling
- Catur
- Aktiviti Luar (cth. Pengsnorkelan, Kayak, Skuba dll.)
- Memanah
- Petanque
Jenis Unit Beruniform di MAHER
- Bomba
- Kadet Polis
- Persatuan Bulan Sabit Merah
- Silat Gayong Warisan
- Puteri Islam
- Kadet Remaja Sekolah
- Pandu Puteri
- St. John Ambulance
- Jabatan Pertahanan Awam
- Taekwondo
- Pengakap
- Kadet Juruterbang Muda
- Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan
Jenis Kelab di MAHER
- SPBT
- Seni & Kebudayaan
- Bahasa Arab
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
- Bahasa Jepun
- Kemahiran Hidup
- Matematik
- Pendidikan Islam
- Geografi
- Sains
- Sejarah
- Formula 1 (F1)
- Komputer
- Lalulintas
- Koperasi
- Mekatronik
- Pencegah Jenayah
- Pengucapan Awam
- PNB
- Rukun Negara
- Tarannum
- ICT
- Fotografi
- Pelancongan
- Reka Cipta
- Robotik
- Setem & Filateli
- Maher Choral Speakers (MCS)
Istimewa
- Persatuan Tingkatan Empat (PERTIPAT) - Pelajar tingkatan 4 sahaja
- Persatuan Tingkatan Lima (PERTIMA) - Pelajar tingkatan 5 sahaja
- Persatuan Tingkatan Enam (PERTINA) - Pelajar tingkatan 6 sahaja
Jata
suntingGelang Rotan
Kesediaan masyarakat SMKDAM iaitu pendidik, pelajar serta kakitangan sokongan mempertahankan SMKDAM daripada segala bentuk pancaroba demi kegemilangan.
Warna Biru
Masyarakat SMKDAM hidup dalam suasana sayang menyayangi dan mendokong konsep 'sekolah penyayang'.
Warna Merah/Merah Manggis
Keberanian mempertahankan keutuhan SMKDAM demi agama, bangsa dan negara.
Warna Kuning
Keluhuran merupakan asas menjayakan wawasan pendidikan negara.
Pengetua
sunting- Tuan Haji Razali Bin Mohamad (1985-1993)
- Tuan Haji Mohd Din Bin Ismail (1993)
- Tuan Haji Ahmad Bin Mustapha (lewat 1993-1994)
- Tuan Haji Razali Bin Mohamad (1994-1998)
- Encik Wan Hamzah Bin Wan Daud (1998-1999)
- Tuan Haji Mohamed Bin Awang (1999-2003)
- Tuan Haji Mohamad @ Shamshuddin Bin Awang (2003-2005)
- Tuan Haji Mansor bin Abdullah (2005-2006)
- Puan Hajah Wan Shamsiah Bt Yahya (2006-2007)
- Tuan Haji Wan Mansor Bin Wan Mohmood (2007-2010)
- Puan Hajah Che Ragayah Bt Muhammad (2011-2014)
- Tuan Haji Mohd Fauzi Bin Mamat (2014-2015)
- Encik Zamri Bin Abdul Aziz (2015-2020)
- Dr. Hajah Rani Bt Abd Mutalib (2020-sekarang)
Anugerah dan gelaran
suntingSekolah ini menerima beberapa pengiktirafan untuk prestasinya. Berikut ialah anugerah tersebut:
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher
- Jalan Long Yunus
- 15200, Kota Bharu
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = +609-7418250
- Faks = +609-7418262