Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing
Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing atau nama ringkasnya SMK Belimbing, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kampong Belimbing di KM8 Jalan Pasir Mas-Tanah Merah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing | |
---|---|
Lokasi | |
Kampong Belimbing, 17500, Tanah Merah,, Kelantan Darul Naim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6099555384 |
Kod sekolah | DEA5424 |
Pengerusi PIBG | YB Dato' Ikhmal Hisham bin Ab Aziz |
Pengetua | Tuan Haji Nik Muhamad Bin Nik Lib @ Raja Talib |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Nadzri Bin Ismail |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Nazi Deraman |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Norhayati |
Faks | TIADA |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing memiliki 165 pelajar lelaki dan 187 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 352 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru. Pada awal sesi persekolahan tahun 2016 , bilangan pelajar yang berdaftar disini dianggarkan lebih 685 orang pelajar dan 60 orang guru dan staff.2009
Sejarah
suntingProjek pembinaan sekolah ini bermula pada sekitar tahun 2006 dan siap dibina pada tahun 2008. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2009.
Ketika banjir besar yang melanda negeri Kelantan pada lewat tahun 2014, sekolah ini telah dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir yang menempatkan lebih 600 mangsa. Oleh kerana kedudukan sekolah ini yang berada di tanah yang tinggi , ia tidak ditenggelami air dan helikopter bantuan mendarat di padang sekolah ini untuk mengagih barang bantuan banjir.