Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran, nama ringkasnya SMKA Tun Sakaran, juga dikenali sebagai SMU yang bermaksud Sekolah Menengah Ugama, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Peti Surat 291.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran | |
---|---|
Lokasi | |
Peti Surat 291,, 91308, Semporna,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan |
Moto | Beramal Berilmu Beriman |
Ditubuhkan | 1989 |
Nombor sekolah | 6089782353 |
Kod sekolah | XRA3301[1] |
Pengerusi PIBG | Encik Mahathir Bin Kabolani |
Pengetua | Ustaz Eshak bin haji ibrahim |
Slogan | Bersama Sepasukan, Working Together, Nat la ma'an |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Zalekho Ali |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Haji Hajim bin Ispal |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Amir Hassan Bin Baadul |
Faks | 6089784082 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran memiliki 195 pelajar lelaki dan 183 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 378 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tawau yang telah ditubuhkan pada tahun 1983 di bawah kawasan serta pentadbiran SMK Bugaya, Semporna, Sabah sehingga tahun 1990. Dalam 1997, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Tampi-Tampi yang mempunyai keluasan 30 ekar.
Sempena perpindahan sekolah ini ke kawasan baru sendiri, PIBG dan pihak sekolah telah memilih nama baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran, sempena nama Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pada ketika itu, Datuk Seri Panglima Tun Haji Sakaran bin Dandai yang sinonim terhadap pembangunan dan perkembangan syiar Islam terutamanya di dalam daerah Semporna. Nama baru sekolah ini telah dirasmikan pada 22 April 2000.