Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam
Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam atau SMITI merupakan pusat pendidikan peringkat menengah milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Menengah, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). SMITI merupakan usaha kesinambungan kepada Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) yang menawarkan pendidikan bersepadu peringkat rendah yang berasaskan kurikulum integrasi tahfiz, fardu ain dan fardu kifayah.
Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam | |
---|---|
Lokasi | |
Seluruh negara Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah |
Ditubuhkan | 2019 |
Sejarah penubuhan
suntingSMITI ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2019 dalam Muktamar (Mesyuarat Agung) Tahunan DPPM Kali Ke-60 2019[1] bertempat di Bukit Gambang, Pahang. Jabatan Pembangunan SMITI telah memulakan gerak kerja sejak tahun 2018 bagi meneruskan kesinambungan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan SRITI. Untuk tahun pertama 2020, sebanyak 6 buah SRITI perintis telah dibuka dan mula beroperasi, iaitu SMITI Al-Hafidz, Kota Kinabalu, Sabah; SMITI Darul Izzah, Kampung Perupok, Yan, Kedah; SMITI At-Taqwa, Sungai Bongkok, Gurun, Kedah; SMITI At-Taalim, Seri Iskandar, Perak; SMITI Al-Muallim, Tanjung Malim, Perak; dan SMITI An-Nawawi, Kampar, Perak.
Senarai sekolah
suntingNegeri | Parlimen | Nama SMITI |
---|---|---|
Sarawak | Miri | SMITI Tahfiz Darul Huffaz, Miri |
Sabah | Kota Kinabalu | SMITI Al-Hafidz, Kota Kinabalu |
Papar | SMITI An-Nawawi, Papar | |
Putatan | SMITI Darul Hadis, Putatan | |
Kedah | Yan | SMITI Darul Izzah, Kampung Perupok |
Gurun | SMITI At-Taqwa, Sungai Bongkok | |
Baling | SMITI Madrasah Islahiah Dinniah, Memali | |
Perak | Seri Iskandar | SMITI At-Taalim, Seri Iskandar |
Tanjung Malim | SMITI Al-Muallim, Slim River | |
Kampar | SMITI Darul Mutaqqin, Kampar | |
Penang | Bukit Mertajam | SMITI Sains Bahrul Ulum, Mengkuang Titi |
Kelantan | Pasir Puteh | SMITI Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh |
Pahang | Temerloh | SMITI Al Istiqomah, Temerloh |
Rujukan
sunting- ^ Muhtar Suhaili (14 Disember 2019). "Pemuda buka 7 SMITI sesi 2020". Harakahdaily. Dicapai pada 12 Jun 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)