Sekolah Menengah Agama Darrusaadah

Sekolah Menengah Agama Darrusaadah atau nama ringkasnya SMAD, merupakan sebuah Sekolah menengah agama bantuan kerajaan yang terletak di Titi Besi, Kepala Batas.

Sekolah Menengah Agama Darrusaadah
Lokasi
 Malaysia Titi Besi, Kepala Batas, 06200, Alor Star, Kedah Darul Aman,
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah agama bantuan kerajaan (SABK)
MotoSederap Muafakat Aspirasi Dijulang
Nombor sekolah6047143661
Kod sekolahKFT2001
Pengerusi PIBGNik Amran bin Nik Mat
PengetuaTiada pengganti
GPK Pentadbiran dan AkademikSuhaimi bin Yahya
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAishah binti Abu Bakar
Penolong Kanan KokurikulumMohd Kashfi Bin Ali
Faks6047141064
Laman sesawang


Pada awalnya, Sekolah Menengah Agama Darussadah merupakan sekolah agama rakyat(SAR).Sehingga pada tahun 2004,SMAD telah dinaiktaraf sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) 2018

SMAD berazam melahirkan murid bersahsiah terpuji , cemerlang akademik, kokurikulum dan kepimpinan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sejarah

sunting

Pengasas pertama sekolah atau madrasah ini bernama Tuan Haji Hussin bin Hassan. Beliau mula membuka pondok Titi Besi pada tahun 1918. Tapak asalnya adalah di seberang jalan iaitu tapak asrama puteri sekarang, 500 meter dari kawasan sekolah kini. Beliau meninggal dunia pada tahun 1935, dan diganti oleh empat orang menantu beliau iaitu Tuan Haji Ibrahim , Tuan Haji Mustafa  , Tuan Haji Zakaria , dan Tuan Haji Hashim sehingga tahun 1941. Semasa perang Jepun pondok atau madrasah ini telah berpindah ke Kg Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah dan telah beroperasi pada tahun 1942 hingga 1945.

Pada tahun 1946 pondok  ini telah berpindah semula ke tapak asal di Kg Titi Besi dan mereka berpakat untuk mengubah nama asal madrasah tersebut kepada nama Madrasah Agama Darussaadah. Madrasah ini telah didaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah dengan nama Sekolah Menengah Agama Darussaadah pada tahun 1956. Pada tahun 1982, pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah membeli tapak sekolah yang ada sekarang dengan kerjsama Pengetua pada masa itu iaitu Tn Hj Long bin Mohd Shah. Alhamdulillah, sejak itu sekolah ini bertambah maju dan mendapat sokongan para ahli masyarakat. Buktinya, jumlah pelajar pada masa itu meningkat ke seribu orang murid pada tahun 1996 hingga 1997. Pada tahun 2004, bilangan murid semakin merosot disebabkan masalah pentadbiran dengan pihak berkuasa pendidikan pada masa itu. Namun sekolah ini tetap beroperasi dengan sokongan kewangan dari Lembaga Pengurus Sekolah.

Sesungguhnya Sekolah Menengah Agama Darussaadah  mempunyai perlembagaan sendiri iaitu menggariskan beberapa fasal penting mengenai undang-undang pertubuhannya. Ia ditubuhkan di bawah kawalan Jabatan Agama Islam Kedah, pendaftaran sekolah-sekolah agama rakyat yang beribu pejabat di Bangunan Wan Mohammad Saman. Tuan Haji Abdul Rashid bin Hj Othman telah mengambil alih kepimpinan sekolah ini daripada Tn Hj Long bin Mohd Shah yang kembali Rahmatullah pada 2004. Pada tahun 1.3.2016 Tn Hj Ishak bin Zulkifli telah mengambil alih kepimpinan sekolah ini setelah Tn Hj Abd Rashid b Othman yang melepas jawatan sebagai Pengetua pada 16.2.2016

Pada tahun 1.7.2005 Sekolah Menengah Agama Darussaadah telah diterima sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)  oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah beberapa sesi persefahama antara Lembaga Pengurus Sekolah, Jabatan Agama Islam Kedah , Jabatan Pelajaran Kedah dan Kementerian Pelajaran Malaysia dimeterai. Pada tahun 2006, Sekolah Menengah Agama Darussaadah dengan rasminya menjadi warga Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah menerima bantuan fizikal dan sumber manusia dan telah dikategorikan sebagai salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Senarai Pengetua

sunting

1.Tuan Haji Othman bin Ibrahim (1946-1996)

2.Tuan Haji Long bin Md Shah (1996-2006)

3.Tuan Haji Abdul Rashid bin Othman (2006-1 Mac 2016)

4.Tuan Haji Ishak bin Zulkifli (1 Mac 2016-28 Feb 2019)

5.Tuan Haji Ismail bin Ahmad (1 Mac 2019-23 Mac 2021)

6.Tuan Haji Mohd Helmi bin Ibrahim (24 Mac 2021-20 Dis 2022)

7.Tuan Haji Pisal bin Abu Sepian (20 Dis 2022-31 Julai 2024)

Slogan

sunting
Menerobos Kecemerlangan (Melayu)
Striking Excellence (English)
تحقيق الامتياز (Arab)

Pautan luar

sunting