Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun
Sekolah Kebangsaan Tampin atau nama ringkasnya SK Tampin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Seremban-Tampin.
Sekolah Kebangsaan Tampin | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Seremban-Tampin, 73000, Tampin,, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Ditubuhkan | 9 September 1956 |
Nombor sekolah | 6064418699 |
Kod sekolah | NBA5001 |
Guru besar | EN. RASHID BIN AHMAD |
Faks | 6064418699 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Tampin |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tampin memiliki 308 pelajar lelaki dan 283 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 591 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Melayu Tampin mula dibuka dengan kebenaran Executive Engineers Tampin pada 9 September 1956. Guru Besar yang pertama ialah Allahyarham Hj.Yusuf bin Hassan.
Sekolah Melayu Tampin dirasmikan dalam satu majlis minum petang pada 7 Oktober 1956 jam 4.30 petang. Bilangan murid seramai 144 orang dan 3 orang guru.
Pada 16 Januari 1967, Sekolah Melayu Tampin telah berpindah dari bangunannya di Bandar Tampin ke jalan Seremban. Tapak bangunan asal tersebut kini telah tersergam bangunan Komplek Pejabat Daerah Tampin.
Bermula dari detik itu, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Tampin. Guru Besarnya ketika itu ialah Cikgu Abd.Wahab bin Jain.
Pencapaian
suntingSekolah ini terkenal dengan kelab hokinya . Tahun 2013 merupakan tahun terbaik buat Pasukan Hoki SK Tampin atau lebih dikenali sebagai SKT Thunderbolt . Dua orang pelajar daripada sekolah ini telah terpilih ke Sekolah Sukan Zaaba . Pada tahun 2014 , Sekolah Kebangsaan Tampin telah menjuarai Kejohanan Hoki MSSDT Tampin dengan rekod tanpa kalah dan hanya dibolosi 1 gol sahaja . SK Tampin telah menewaskan Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah dengan terikat 1-1 sebelum memenangi perlawanan ini dengan Penalty Shootout . Lima orang pelajar daripada sekolah ini telah terpilih mewakili daerah Tampin ke Kejohanan Hoki Peringkat Negeri (MSSNS) . Dalam kejohanan itu , MSSDT Tampin telah menjuarai kejohanan ini sebanyak 11 tahun berturut-turut . MSSDT Tampin telah menewaskan Seremban 1 sebanyak 3-0 dalam pertembungan akhir di Stadium Hoki Seremban 2 . Selain itu , 11 daripada 18 jaringan yang dihasilkan oleh MSSDT Tampin telah disumbangkan oleh 5 orang pemain dari SK Tampin . Dan ini telah menutup mulut semua pihak yang selama ini mengutuk atau mencaci Kelab Hoki SK Tampin . Ini semua ialah hasil daripada penat lelah 'coach' dan pengurus 'SKT Thunderbolt' yang tidak jemu-jemu menghantar penyertaan pasukan hoki SK Tampin ke mana-mana kejohanan . Pada waktu ini , pengurus 'SKT Thunderbolt' , Ruzita Abu Bakar , sedang giat mencari pelapis skuad hoki SK Tampin untuk kejayaan masa-masa hadapan .
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Tampin
- Jalan Seremban-Tampin
- 73000, Tampin
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6064418699
- Fax = 6064418699