Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Johor


Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi (SKTT atau SETEGI) merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Tebing Tinggi, Jementah. SKTT diklasifikasikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM B) dan terlibat dengan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 7 sejak tahun 2022.

SK Tebing Tinggi
Lokasi
Jalan Utama, Kampung Tebing Tinggi,
85100, Jementah, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Sesi1
Kod sekolahJBA 7019
Guru besarShahrunnizam binti Hussein
Kelas6
WarnaMerah dan biru
SloganSETEGI We Can Do It
GPK Pentadbiran dan AkademikUmairah binti Noh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNorzalina binti Mohd Kila
Penolong Kanan KokurikulumAbdul Aris bin Jupry

Pada tahun 2024, Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi memiliki 17 orang murid lelaki dan 21 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid arus perdana adalah seramai 38 orang. Selain itu, terdapat juga 8 orang murid prasekolah. Jumlah guru pula adalah seramai 12 orang dengan sinergi yang teguh daripada 3 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). 2023

Map
SK Tebing Tinggi

Prasarana

sunting

Meskipun SK Tebing Tinggi merupakan sebuah SKM, SKTT dilengkapi dengan prasarana

yang sesuai untuk pembelajaran kondusif murid.

  • 6 buah kelas arus perdana (setiap kelas kurang daripada 10 orang murid)
  • sebuah kelas prasekolah
  • sebuah perpustakaan, kantin, dewan, makmal komputer, makmal sains, makmal RBT, bilik BBM, bilik muzik, bilik operasi skim pinjaman buku teks (BOSS), bilik mesyuarat, bilik peralatan sukan dan bilik isolasi.

Pencapaian

sunting

Antara pencapaian yang diperoleh oleh SK Tebing Tinggi, Segamat adalah seperti yang berikut:

  • Pencapaian 100% menguasai literasi bahasa Melayu, bahasa inggeris dan numerasi dalam saringan 2 tahun 2018 (tahun 2 dan 3).
  • Anugerah peratusan kehadiran terbaik sekolah rendah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Segamat tahun 2018.

Lagu Sekolah

sunting

Lagu Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi

Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi

Sekolah yang kucintai

Di sini kita bermula membaca

Menulis dan mengira


Menggapai aspirasi negara

Berilmu dan berbudi

Pada agama, bangsa dan negara

Akan aku berbakti


Datang dengan harapan

Kejayaan kuharapkan

Marilah buktikan kami anak watan

Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi

Cemerlang, Gemilang, Terbilang

Laman Rasmi Sekolah

sunting

Facebook SK Tebing Tinggi

Youtube SK Tebing Tinggi

Google Sites SK Tebing Tinggi

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi
Jalan Utama,
Kampung Tebing Tinggi,
85100 Jementah,
Johor, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA