Sekolah Kebangsaan Taman Keramat (1)
Sekolah Kebangsaan Taman Keramat (1) atau nama ringkasnya SK Taman Keramat (1), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Enggang Timur 1.
Sekolah Kebangsaan Taman Keramat (1) | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Enggang Timur 1, KUALA LUMPUR, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | USAHA TERAS KEJAYAAN |
Nombor sekolah | 0342515921 |
Kod sekolah | BBA7211 |
Guru besar | ENCIK MOHAMED ZAIDI BIN ABDULLAH |
Faks | 0342515921 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Keramat (1) memiliki 395 pelajar lelaki dan 351 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 746 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009
Sejarah
suntingsktamankeramat Sekolah Kebangsaan Taman Keramat dibina pada tahun 1979 dengan namanya ketika itu ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat. Pada awal penubuhannya sekolah ini hanya mempunyai 2 blok bangunan kayu dan sebuah kantin. Sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu , Datuk Dr Sulaiman Haji Daud pada tahun 1982 dan ketika itu terdapat penambahan 2 blok bangunan batu.
Pertambahan murid yang ketara sehingga mencapai lebih dua ribu orang menyebabkan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak memutuskan untuk mewujudkan sebuah lagi sekolah yang berlainan pentadbiran di bangunan yang sama.
Pada Januari 1988 , Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat di bahagikan kepada dua termasuk dengan guru-gurunya yang di kenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan 2 Taman Keramat
Dua buah sekolah ini beroperasi di bangunan yang sama namun berbeza pentadbiran, warna bendera dan juga lencana sekolah. Sesi persekolahan pagi dan petang di buat secara bergilir antara Sekolah 1 dan Sekolah 2.
Pencapaian
suntingPada 2014, Guru Besar baharu telah mangantikan Guru Besar lama iatu Pn Hajar Nor Adibah Binti Yussuf dan penggantinya ialah Pn Hajar Jashiah bt Rabu. Pn Jashiah telah naik pangkat iaitu daripada Penology Kanan Kokurikulum ke Guru Besar. Dan pada bulan Mac, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Asmah bt Osman telah bersara dan tidak lagi berkerja. Pn Asmah telah berbakti kepada SKTK1 lebih daripada 10 tahun. Pada bulan September, Penolong Kanan baru telah datang Ke SK Taman Keramat 1.Nama Guru Penolong Kanan tersebut ialah Encik Pakhurrazi b Ramilen. Pada tahun 2015, murid-murid Tahun 6 berjumlah 76 orang. Ramai guru-guru baru telah memulakan perkhidmatan mereka di SK Taman Keramat 1
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Taman Keramat (1)
- Jalan Enggang Timur 1
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 0342515921
- Fax =