Sekolah Kebangsaan Sungala
Sekolah Kebangsaan Sungala atau nama ringkasnya SK Sungala, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kem Sunggala, 2 Armor Di-Raja, Si Rusa.
Sekolah Kebangsaan Sungala | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Kem Sunggala, 2 Armor Di-Raja, Si Rusa, 71050, Port Dickson,, Negeri Sembilan Darul Khusus![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6066473030 |
Kod sekolah | NBA2004 |
Guru besar | PN.Jozaida binti Mak Rejab |
Faks | 6066473030 |
![]() |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungala memiliki 135 pelajar lelaki dan 127 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 262 orang. Ia mempunyai seramai 27 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Kebangsaan Sungala merupakan sebuah sekolah yang istimewa kerana ia terletak didalam kem askar iaitu Kem Sungala. SK Sungala terletak didalam jajahan Port Dickson,Negeri Sembilan dan dibawah penyeliaan Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson(PPDPD) Negeri Sembilan. Lokasinya yang terletak berhampiran dengan bandar Port Dickson iaitu 10 km dan bandar Seremban iaitu 40 km. Banyak kemudahan yang boleh didapati disini iaitu Hospital PD, Muzium Tentera, Pasar Malam Batu4, Masjid, Balai Polis, Pejabat Pos, Hotel-hotel terkemuka dan sebagainya.
Sekolah Kebangsaan Sungala mula dibina pada 28 ogos 1960 dan memiliki murid seramai 530 orang. Sekolah ini diberi gred A kerana memiliki ramai murid, manakala Guru Besar yang pertama iaitu En.Othman bin Sudin(1960-1970). Sekolah Kebangsaan Sungala mengamalkan Moto/Congankata Belajar Terus Belajar dan diamalkan hingga kini. Sekolah yang berhampiran dengan SK Sungala adalah SK Kampung Baru, SK SiRusa, SK Telok Kemang, SK Panglima Adnan, SMK Kampung Baru dan SMK Bukit Saujana.
Bangunan pertama Sekolah Kebangsaan Sungala yang dibina sekitar tahun 1960 menempatkan Bilik Pejabat SK Sungala, Bilik Guru, Kelas(Tahun 1-6) dan tandas. Bangunan ini mula digunakan pada tarikh 28 Ogos 1960.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Sungala
- Kem Sunggala, 2 Armor Di-Raja, Si Rusa
- Kampung Sungala
- 71050, Port Dickson
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6066473030
- Fax = 6066473030