Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Pulau Pinang

Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa atau nama ringkasnya SK Sungai Rusa, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Sungai Rusa.

Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa
Lokasi
Sungai Rusa, 11010, Balik Pulau,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6048661004
Kod sekolahPBA3010
Faks6048661004


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa memiliki 260 pelajar lelaki dan 230 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 490 orang. Ia mempunyai seramai 36 orang guru.2009

Sejarah

sunting

Memandangkan kepentingan ilmu pendidikan kepada masyarakat setempat, kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah dalam tahun 1885 di kawasan Sungai Rusa. Sekolah ini telah dinamakan Sekolah Umum Sungai Rusa, dan merupakan sekolah yang pertama didirikan di daerah ini.Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah dan satu ruang untuk "Rumah Guru”. Ketika awal penubuhannya hanya terdapat dua orang tenaga pengajar sahaja, Sementara bilangan murid dalam satu kelas ialah seramai 12 hingga 13 orang sahaja.

Pada tahun 1934 bangunan sekolah yang dikhas untuk murid-murid perempuan telah diubahsuai menjadi bangunan yang lebih besar danmempunyai kawasan padang permainan yang lebihluas. Bilangan guru pada ketika itu telah meningkat kepada sepuluh orang manakala murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang datang daripadatigabuah mukim berdekatan iaituKampung Sungai Rusa, Kampung Permatang Pasir dan Kampung Sungai Pinang.

Pada tahun 1957 jumlah darjah meningkat kepada 12 kelas, manakala tenaga pengajarnya juga turut meningkat menjadi 14 orang. Oleh sebab ketiga-tiga bangunan yang ada hanya boleh menempatkan sebanyak sepuluh buah bilik darjah sahaja, maka dua darjah lagi terpaksa menumpang di Sekolah Agama Sungai Rusa. Pada tahun 1957, sekolah agama ini telah dinamakan sebagai Sekolah Umum Sungai Rusa.

Memandangkan bilangan pelajar semakin ramai pada akhir tahun 1962 sebuah lagi bangunan tambahan yang mempunyai 4 bilik darjah telah didirikan. Dengan adanya bangunan tambahan ini pada tahun 1963 semua kanak-kanak di sekolah ini dapat belajar dalam satu sesi di sebelah pagi sahaja.

Pencapaian

sunting

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa
Sungai Rusa
11010, Balik Pulau
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6048661004
Fax = 6048661004

Pautan luar

sunting