Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam, Perak
Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam atau nama ringkasnya SK Sungai Pergam, SKSP, SK Super, SUPER (bermula 2018 akronim SUPER digunapakai secara rasmi hasil ilham GB Puan Hajah Normah), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang terletak di Parit 5, Kampung Sungai Pergam dalam daerah Bagan Datuk, negeri Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA.
Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam | |
---|---|
Lokasi | |
Parit 5, Kampung Sungai Pergam, 36100, Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | ILMU PANDUAN HIDUP : ASAS (Anak Sukses Aspirasi SUPER) |
Autoriti pendidikan | PPD Bagan Datuk |
Nombor sekolah | 056466259 |
Kod sekolah | ABAB021 |
Pengerusi PIBG | Tuan Haji Hairul Anuar bin Ramlan |
Guru besar | Cikgu Muhammad Azwand bin Mokhtar |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Ustaz Mohd Noor Khamis bin A.B.Razak |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Ustazah Qurratul Ain binti Mohd Nasir |
Penolong Kanan Kokurikulum | Ustazah Nurul Atiqah binti Alias |
Faks | 056466253 |
Laman sesawang | https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/laman-rasmi-sk-super/laman-utama |
Sejarah
suntingSekolah Kebangsaan Sungai Pergam telah didirikan pada 10.10.1949 dengan nama asal Sekolah Melayu Sungai Pergam. Allahyarham Tok Sidang Encik Sariman bin Marijo telah mengetuai usaha penduduk untuk menubuhkan sekolah ini bagi memastikan penduduk Kampung Sungai Pergam tidak tertinggal dari arus pendidikan negara.
Pada awal 1950, sekolah ini dibuka secara rasmi oleh Pegawai Pelajaran Telok Anson (kini Teluk Intan). Guru Besar terawal di sekolah ini ialah Allahyarham Tuan Haji Mohd Khan bin Jamal. Jumlah murid pada ketika itu ialah 72 orang dan gurunya pula ialah 2 orang sahaja.
Pada 1955, sekolah ini telah dilanda ribut dan muridnya ditumpangkan secara sementara di Sekolah Agama Rakyat Parit Tiga, Kampung Sungai Pergam. Pada 1956, Pejabat Pelajaran Daerah telah mendirikan bangunan baru berukuran 120 x 20 kaki yang mengandungi 4 bilik darjah tanpa pejabat. Murid pada waktu itu berjumlah 145 orang dalam 6 aliran dan beroperasi selama 25 tahun dengan 6 orang guru besar.
Pada permulaannya tapak cadangan SK Sungai Pergam adalah di tepi jalan utama menghala ke Tanah Lalang, namun setelah perbincangan diadakan dengan mengambil kira kepadatan penduduk adalah di sekitar parit 3 hingga 7, maka lokasi di yang ideal untuk dibina sekolah adalah di tengah-tengah Kg. Sg. Pergam iaitu di Parit 5. Kemudian, penduduk kampung telah memohon kepada kerajaan persekutuan supaya membina bangunan kekal di atas tanah ladang yang dipohon seluas 6 ekar. Lokasinya ialan 200 meter dari tapak asal sekolah lama. Bangunan dua tingkat ini berukuran 144 x 36 kaki. Ianya dapat memuatkan 6 bilik darjah, pejabat dan sebuah bangunan kantin berukuan 100 x 50 kaki. Pada Julai 1981, bangunan ini mula digunakan secara rasmi.
Bangunan ini telah dirasmikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia sewaktu itu iaitu Allahyarham Tun Ghafar bin Baba pada 10.10.1987. Pada 1996, bangunan ini dilengkapkan dengan bekalan elektrik 24 jam oleh KPM dan bekalan air dari LAP.
SK Sungai Pergam pernah mencatat jumlah enrolmen tertinggi murid melebihi 200 orang untuk satu-satu masa. Namun kini setelah arus permodenan semakin pesat, kewujudan pelbagai sekolah-sekolah baru berdekatan, kemudahan jalanraya yang baik serta faktor penghijrahan golongan muda keluar dari Kampung Sungai Pergam menyebabkan enrolmen murid semakin menurun sehingga sekitar 30-40 murid.
Maklumat Terkini
suntingPada sesi persekolahan 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam memiliki 18 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 32 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru.
Pada sesi persekolahan 2015, Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam memiliki 17 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 32 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.
Pada sesi persekolahan 2017, Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam memiliki 21 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 39 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru termasuk guru besar dan 1 orang staf sokongan. sekolah juga mempunyai kakitangan swasta pembersihan seramai 3 orang dan 4 orang pengawal keselamatan.
Pada sesi persekolahan 2018, Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam (SUPER) memiliki 20 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 37 orang. SKSP mempunyai seramai 10 orang guru (waran perjawatan yang ditetapkan ialah 11 orang guru)
Pada sesi persekolahan 2020 (kemaskini ogos 2020), Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam (SUPER) memiliki enrolmen murid keseluruhannya seramai 36 orang (23 lelaki dan 13 perempuan). Manakala guru seramai 11 orang termasuk pentadbir.
Pada sesi persekolahan 2021 (kemaskini disember 2021), Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam (SUPER) memiliki enrolmen murid keseluruhannya seramai 36 orang (20 lelaki dan 16 perempuan). Manakala guru seramai 9 orang termasuk pentadbir.
Pada sesi persekolahan 2022/2023 (kemaskini Jun 2022), Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam (SUPER) memiliki enrolmen murid keseluruhannya seramai 33 orang (16 lelaki dan 17 perempuan). Manakala guru seramai 10 orang termasuk pentadbir Guru Besar, seorang AKP (PT), 2 orang pekerja pembersihan swasta dan 2 orang pengawal keselamatan.
Pada sesi persekolahan 2023/2024 (kemaskini Sept 2023), Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam (SUPER) memiliki enrolmen murid keseluruhannya seramai 38 orang (20 lelaki dan 18 perempuan). Manakala guru seramai 10 orang termasuk pentadbir Guru Besar, seorang AKP (PT), 2 orang pekerja pembersihan swasta dan 2 orang pengawal keselamatan serta seorang peniaga kantin. Pada sesi persekolahan 2024/2025 (kemaskini Okt 2024), Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam (SUPER) memiliki enrolmen murid keseluruhannya seramai 35 orang (17 lelaki dan 18 perempuan). Manakala guru seramai 9 orang termasuk pentadbir Guru Besar, seorang AKP (PT), 2 orang pekerja pembersihan swasta dan 2 orang pengawal keselamatan serta seorang peniaga kantin.
Kejayaan SUPER
sunting- 2016
- 1. Naib Johan PSS Cemerlang kategori SKM Peringkat Daerah/PPD Hilir Perak
- 2. Mewakili kelompok 8 ke pertandingan catur peringkat daerah Hilir Perak.
- 3. Mewakili daerah Bagan Datuk ke kejohanan gimnastik artistik peringkat negeri perak.
- 4. Mewakili kelompok 8 ke pertandingan catur peringkat daerah Bagan Datuk
- 2017
- 1. Naib Johan PSS Cemerlang kategori SKM Peringkat Daerah/PPD Bagan Datuk
- 2. Anugerah SSQS 5 Bintang peringkat Negeri Perak
- 3. Juara Catur P12 peringkat daerah Bagan Datuk.
- 4. Mewakili daerah Bagan Datuk ke pertandingan catur peringkat negeri Perak.
- 5. Mewakili daerah Bagan Datuk ke kejohanan gimnastik artistik peringkat negeri perak.
- 6. Mewakili kelompok 8 ke pertandingan bolasepak peringkat daerah Bagan Datuk.
- 7. Mewakili kelompok 8 ke pertandingan catur peringkat daerah Bagan Datuk
- 2018
- 1. Pingat Emas acara lontar peluru kategori P11 kejohanan olahraga peringkat daerah Bagan Datuk. (adik Syafiqah)
- 2. Johan kategori P11 Pertandingan Catur peringkat daerah Bagan Datuk.
- 3. Johan PSS Cemerlang Kategori SKM Peringkat Daerah/PPD Bagan Datuk.
- 4. Wakil daerah Bagan Datuk ke pertandingan PSS Cemerlang kategori SKM Peringkat Negeri Perak.
- 5. Pencapaian 5 Bintang SSQS 2018.
- 6. Penglibatan Hour of Code peringkat antarabangsa
- 7. Penglibatan Digital Competency Standard (DCS) peringkat kebangsaan
- 2019
- 1. Naib Johan Badminton SR Peringkat Daerah Bagan Datuk. (adik Nasrullah)
- 2. Wakil Daerah Bagan Datuk ke Kejohanan Badminton Peringkat Negeri Perak.
- 3. Naib Johan Bola Baling Peringkat Daerah Bagan Datuk.
- 4. Wakil Daerah Bagan Datuk ke Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri Perak.
- 5. Pingat Emas Acara Lontar Peluru P12 Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Bagan Datuk. (adik syafiqah)
- 6. Wakil Daerah Bagan Datuk ke Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri Perak 2019.
- 7. Naib Johan Pesta Pantun Sekolah Rendah Daerah Bagan Datuk.
- 8. Johan Catur kategori Perempuan 12 peringkat BD
- 9. Naib Johan Daerah Frogchampionship Round 2
- 10. Penglibatan Hour of Code peringkat antarabangsa
- 11. Penglibatan Digital Competency Standard (DCS) peringkat kebangsaan
- 12. Penarafan 5 Bintang SSQS 2019.
- 2020
- 1. Anugerah Pengekalan 100% UPSR untuk 2 tahun berturut-turut oleh PPD Bagan Datuk.
- 2. Pingat Perak acara lompat tinggi kategori P11 di Kejohanan Olahraga daerah Bagan Datuk. (adik Qalesya)
- 3. Naib Johan Pertandingan Badminton peringkat daerah Bagan Datuk. (adik Nasrullah)
- 4. Wakil daerah Bagan Datuk ke Kejohanan Badminton peringkat negeri.
- 5. Tempat Ketiga PSS Cemerlang kategori SKM Peringkat PPD Bagan Datuk.
- 6. Tempat kelima Sayembara Baca & Kongsi peringkat PPD Bagan Datuk. (adik Adilla)
- 7. Penarafan 5 Bintang SSQS 2020.
- 8. Penyertaan Digital Competency Standard (DCS) peringkat kebangsaan
- 9. Penyertaan Kuiz Online BSN-KPM Peringkat Kebangsaan.
- 10. Penyertaan Kuiz Pasukan Badan Beruniform (PBB) peringkat negeri Perak
- 2021/2022
- 1. Johan Pertandingan Bicara Buku Bahasa Inggeris SR Peringkat PPD Bagan Datuk. (adik Amni Nur Imanina)
- 2. Tempat ke-8 Pertandingan Bicara Buku Bahasa Inggeris SR Peringkat negeri Perak. (adik Amni Nur Imanina)
- 3. Penyertaan Cabaran Siber TKRS peringkat daerah Bagan Datuk. (kategori azan & nyanyian lagu patriotik)
- 4. Penyertaan Pertandingan poster digital & peta i-think STEM peringkat daerah Bagan Datuk
- 5. Penyertaan Pertandingan Adab & Nilai / Mahrajan Al-Quran peringkat daerah Bagan Datuk
- 6. Tempat ke-4 Pertandingan Fotografi Karnival Dekad Membaca Peringkat Daerah BD (adik Amni Nur Imanina)
- 7. Tempat ke-4 Pertandingan Baca Petikan Bahasa Inggeris Karnival Dekad Membaca Peringkat Daerah BD (adik Amni Nur Imanina)
- 8. Penyertaan Pertandingan Baca Petikan Bahasa Melayu Karnival Dekad Membaca Peringkat Daerah BD (adik Muhammad Zafry)
- 9. Penyertaan Digital Competency Standard (DCS)
- 10. Penyertaan Kuiz Online BSN-KPM Peringkat Kebangsaan.
- 2022/2023
- 1. Naib Johan Cabaran Sukan Sekolah Prihatin Peringkat Negeri Perak kategori perempuan
- 2. Penyertaan Cabaran Sukan Sekolah Prihatin Peringkat Kebangsaan kategori perempuan
- 3. Penyertaan Pertandingan eSukan Pendidikan Peringkat Kebangsaan sempena SAMNOVA 2022
- 4. Penyertaan Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD Badan Datuk 2022 di SMK Ulu Bernam
- 5. Penyertaan Kejohanan Olahraga Peringkat MSSD Bagan Datuk 2022 di Kompleks Sukan Bagan Datuk
- 6. Penyertaan Kejohanan Badminton MSSD Bagan Datuk 2022 di Anson Sport Center Teluk Intan
- 7. Penyertaan Pertandingan Scrabble English peringkat daerah Bagan Datuk di PLC SK Hutan Melintang
- 8. Penyertaan Pertandingan Catur MSSD Bagan Datuk di SMA Al-Ulum As-Syariah
- 9. Penyertaan Pertandingan Kuiz Digital Kempen Bulan Membaca peringkat negeri Perak
- 10. Penyertaan Pertandingan Swafoto Kempen Bulan Membaca peringkat negeri Perak
- 11. Penyertaan Pertandingan Bicara Buku Bahasa Inggeris peringkat daerah Bagan Datuk
- 12. Penyertaan Eco-Schools Virtual Run 2022 Perak Chapter (3km) peringkat negeri Perak
- 13. Penyertaan Pertandingan Poetry Recitation Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah Bagan Datuk
- 14. Penyertaan Larian Merdeka 2022 di SK Simpang Tiga peringkat daerah Bagan Datuk
- 15. Penyertaan Mukhayyam Bahasa Arab Peringkat Perak di Taiping
- 16. KETIGA Penulisan Kreatif Bahasa Inggeris : Poetry Writing peringkat daerah Bagan Datuk
- 17. JOHAN Penulisan Kreatif Bahasa Inggeris : Essay Writing peirngkat daerah Bagan Datuk
- 18. Penyertaan Digital Competency Standard (DCS) KPM
- 2023/2024
- 1. Penyertaan Program E-Activ Ramadan 1M1S JPN Perak (Muhammad Al Fateh)
- 2. Sarjan TKRS Peringkat negeri Perak. (Sarjan TKRS Farhana)
- 3. Sarjan TKRS Peringkat Kebangsaan. (Sarjan TKRS Muhammad Azfar Hamka)
- 4. Lans Koperal TKRS Peringkat Daerah Bagan Datuk. (Lans Koperal Iqlish & Lans Koperal Amni)
- 5. Naib Johan Kategori P12 Kejohanan Catur Zon TBD1 (Nur Ainin Batrisha)
- 6. Ketiga Kategori L12 Kejohanan Catur Zon TBD1 (Muhammad Al-Fateh)
- 7. Naib Johan kategori L12 Kejohanan Badminton Zon TBD1 (Zufar Izzaq)
- 8. Ketiga Kategori P12 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Zon TBD1 (Nur Hanie)
- 9. Johan Pertandingan Bridge Building Karnival STEM Bagan Datuk 2023 (Haawa, Amni, Hamka)
- 10. Saguhati Kateogri P12 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Zon. (Nur Ainin)
- 11. Penyertaan Pertandingan Bridge Building Karnival STEM Negeri Perak 2023 (Haawa, Amni, Hamka)
- 12. Penyertaan Kejohanan Merentas Desa MSSD Bagan Datuk (Ainin, Hanie, Dalia, Miqdad, Haqqim)
- 13. Penyertaan Kejohanan Memanah MSSD/Terbuka Bagan Datuk. (Hanie, Farhana, Adi, MIqdad)
- 14. Tempat Ketiga Kejohanan Badminton L12 MSSD Bagan Datuk (Zufar Izzaq)
- 15. Penyertaan Kejohanan Badminton L12 MSSPk Negeri Perak (Zufar Izzaq)
- 16. Penyertaan Pertandingan Penulisan Khat PADNI daerah Bagan Datuk. (Miqdad & Ainin)
- 17. Penyertaan Pertandingan Tilawah PADNI daerah Bagan Datuk (Fateh & Haawa)
- 18. Penyertaan Kejohanan Olahraga MSSD Bagan Datuk.
- 19. Penyertaan Pertandingan English Scrabble Daerah Bagan Datuk (Fateh, Aidil)
- 20. Penyertaan Pertandingan Karnival BM Daerah Bagan Datuk (Aidil, Haawa, Iqlish)
- 21. Penyertaan Pertandingan Mewarna Merdeka Daerah Bagan Datuk (Amni, Damia)
- 22. Penyertaan Pertandingan Azan Program Kesenian Islam Daerah Bagan Datuk (Adi Nazmi & Sifful)
- 23. Penyertaan Kuiz Digital Peringkat Kebangsaan 2023 (Aidil Rifqie)
- 2024/2025
- 1. Penyertaan Kejohanan Badminton L12 MSSPk negeri Perak (Zufar Izzaq)
- 2. Penyertaan Karnival TKRS negeri Perak (Bantu Mula L/P)
- 3. JOHAN Karnival TKRS daerah Bagan Datuk (Bantu Mula Lelaki)
- 4. NAIB JOHAN Karnival TKRS daerah Bagan Datuk (Bantu Mula Perempuan)
- 5. NAIB JOHAN Pesta Pantun daerah Bagan Datuk
- 6. KETIGA Pertandingan Bridge Building Karnival STEM Bagan Datuk (3 wakil)
- 7. Ranking ke-10 Kejohanan MEMANAH MSSD Bagan Datuk (kategori 30 meter) 8. Penyertaan Kejohanan Catur MSSD Bagan Datuk (4 atlet)
- 9. Penyertaan Merentas Desa MSSD Bagan Datuk (10 atlet)
- 10. Penyertaan Kejohanan Pingpong MSSD Bagan Datuk (4 atlet)
- 11. Penyertaan Karnival English Daerah Bagan Datuk (6 Penyertaan)
- 12. Penyertaan Ikhtifal Lughawi SR Bagan Datuk (2 Penyertaan)
- 13. Penyertaan Mahrajan al-Quran (MQSS) Bagan Datuk (2 Penyertaan)
- 14. Penyertaan Kejohanan Badminton MSSD Bagan Datuk (5 atlet)
- 15. Penyertaan Kejohanan MEMANAH MSSD Bagan Datuk (6 atlet)
- 16. Penyertaan Pertandingan PBL Bigbook Sejarah daerah Bagan Datuk
- 17. Penyertaan Pertandingan Kuiz Sejarah Kemerdekaan daerah Bagan Datuk
- 18. Penyertaan Pertandingan Sajak Karnival BM Bagan Datuk
- 19. Penyertaan Pertandingan Talent Show STEM daerah Bagan Datuk
- 20. Penyertaan Perkhemahan Kenaikan Pangkat TKRS Bagan Datuk 2024 21.
Maklumat SUPER
sunting- SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PERGAM (ABAB021) - SUPER
- Parit 5, Kampung Sungai Pergam,
- 36100, Bagan Datuk,
- Perak Darul Ridzuan,
- Malaysia.
- Telefon : 05-6466 259
- Faks : 05-6466 253
- E-mel :
- - abab021@moe.edu.my (emel rasmi)
- - sekolah-534@moe-dl.edu.my (emel Delima KPM)
- Google Site : LAMAN RASMI SK SUPER
- FB Page : SK SUNGAI PERGAM - RASMI (JOM like page FB)
- Youtube Channel : TV PSS SUNGAI PERGAM (JOM subscribe dan tekan notification)
- Tiktok : SK Sungai Pergam - Rasmi (JOM follow akaun tiktok kami)
- Peta Google : https://www.google.com/maps/place/SK+SUNGAI+PERGAM/@3.9600537,100.8058319,15z/data=!4m5!3m4!1s0x0:0x433b9dc2d8470237!8m2!3d3.9600537!4d100.8058319