Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor
Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor atau nama ringkasnya SK Sg Gelugor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah. Ia merupakan sekolah Melayu tertua di Malaysia.[1]
Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Sultan Azlan Shah, 11700, Georgetown, Pulau Pinang Daerah Timur Laut Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan |
Moto | PELAJARAN ITU HARTA |
Nombor sekolah | 6046566624 |
Kod sekolah | PBA1009 |
Pengerusi PIBG | Putra bin Abdullah Raus |
Guru besar | Puan Fairus bt Ayob |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Fadzilah bt Mat Zuki |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Noor Azian bt Ahmad |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Dorohid b Situ |
Faks | 6046566624 |
Laman sesawang | http://sksungaigelugor.edu.my/ |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor memiliki 554 pelajar lelaki dan 480 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1034 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009
Pada 2017, Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor memiliki 999 orang murid ( termasuk prasekolah ), Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2017
Sejarah
suntingSekolah Kebangsaan Sungai Gelugor ditubuhkan pada tahun 1826. Pengasas sekolah ialah En David Brown iaitu seorang pemilik ladang di Gelugor. Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor dimulakan dengan kelas pengajian al Quran, Fardu Ain dan tulisan jawi.
Kelas Bahasa Melayu diwujudkan apabila kelas asal Bahasa Melayu diPenang Free School ditutup. Bangunan asal merupakan sebuah bangsal berbumbung dan berdinding atap nipah serta berlantai papan. Guru Besar pertama ialah En Munshi Shaikh Mohd Tambi.[2]
Terdapat 3 orang guru dan 4 bilik dajah dan menempatkan murid-murid lelaki sahaja daripada darjah 1 hingga 4. Apabila tamat darjah 4, mereka menyambung pelajaran ke Sekolah Penang Free.
Pada tahun 1838, kerajaan Negeri-negeri Selat mengambil alih pentadbiran sekolah. Sebuah bangunan baru telah didirikan (Bangunan A). Guru Besarnya ialah En Munshi Shaikh Mohd Lebai.1920 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan B) telah dibina kerana pertambahan murid.
Murid-murid perempuan telah mula dikumpulkan di sekolah ini untuk diajar pelajaran jawi.1924 Sebuah lagi bangunan baru (bangunan C) didirikan berasingan dalam kampung dan di luar kawasan sekolah.
Bangunan ini menempatkan 34 orang murid perempuan. Sekolah ini ditadbir oleh 2 orang guru iaitu Mak Mah dan Mak Salmah.
Pencapaian
sunting1. Tempat ke-3 Sekolah Cemerlang Kokurikulum peringkat kebangsaan bertempat di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kontinjen Pulau Pinang merangkul 2 johan dan 2 tempat ke-3 serta Anugerah Khas KPM Tahun 2015.
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor
- Jalan Sultan Azlan Shah
- 11700, Georgetown
- Pulau Pinang, Malaysia
- Telefon = 6046566624
- Fax = 6046566624