Sekolah Kebangsaan St. Teresa Brickfields 1 (M)

Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan St Teresa Brickfields 1(M)
Kod Sekolah WBB0050
Alamat Lorong Abdul Samad, Brickfields 50470 Kuala Lumpur
No Telefon 03-22741438
Emel wbb0050@moe.edu.my
Page Facebook Rasmi https://www.facebook.com/profile.php?id=100083259102651
Guru Besar Puan Sofia binti Abdullah
Penolong Kanan Pentadbiran Encik Abdullah bin A Wahab
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Noor Hazlinda binti Mohamed Supian
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Fauziah binti Mad Dalip
Bilangan Guru 15 Orang
Bilangan Murid 121 Orang

SEJARAH SEKOLAH

sunting

Sejarah sekolah in bermula pada tahun 1954. Seorang nun (biarawati) yang bernama Rev. Mother Pauline yang mana pada ketika itu merupakan seorang Rv. Mother Superior di Convent Bukit Nanas ialah pengasas sekolah ini.

Awalnya perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana tanahnya berpaya dan memerlukan asas tapak yang kukuh. Kekecewaan dan perasaan dukacita telah dihadapinya dengan tenang. Namun demikian, dengan semangat dan keyakinan yang tinggi akhirnya cita-cita untuk mengadakan sebuah sekolah di sini telah menjadi kenyataan.

Usaha membina bangunan sekolah ini bermula pada akhir tahun 1953. Pada tahun inilah terdirinya sepuluh bilik darjah, sebuah bilik kecil untuk dijadikan pejabat dan sebuah bilik guru. Guru Besar yang pertama pada masa itu ialah Mendiang Puan V.A Perera yang bertugas dari tahun 1954 hingga 1969. Pada ketika itu, memadailah dengan sepuluh buah bilik darjah, pejabat kecil dan sebuah bilk guru.

Bangunan sekolah ini juga telah membenarkan sekolah Cina St. Teresa menumpang sehingga mereka mempunyai bangunan sendiri pada tahun 1962.