Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana
Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana atau nama ringkasnya SKSPP, merupakan sekolah kebangsaan yang terletak di negeri Johor. Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana terletak kira-kira 22 km dari Bandaraya Johor Bahru dan kira-kira 24 km dari Bandar Kulai. Sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Kedudukan sekolah ini terletak di dalam Mukim Pulai. Tapak keseluruhan sekolah ini ialah seluas 24280.936 meter persegi manakala keluasan bangunannya pula ialah 7771.88 meter persegi. Keluasan kawasan berumput ialah 6062.62 meter persegi dan kawasan lapang adalah 10446.43 meter persegi.
Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana | |
---|---|
Lokasi | |
Skudai, Johor Bahru, Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Rendah, Sekolah kerajaan |
Moto | BERUSAHA BERILMU BERJAYA |
Kod sekolah | JBA1137 |
Guru besar | Masnita Binti Mohd Arif |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Roslawati Binti Ahmad |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Mohd Zaiddi Bin Mohd Dahan |
Penolong Kanan Kokurikulum | Maarof Bin Mokhtar |
Faks | 07-5216901 |
Sejarah
suntingSekolah ini dibuka pada tahun 2012 dan guru besar pertama sekolah ini adalah En. Jaafar Bin Warmat. Sekolah ini memulakan operasi pengurusan pembukaannya di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2. Sekolah ini mula beroperasi pada 4 Januari 2012. Sekolah ini mempunyai kemudahan dua buah kelas pra sekolah. Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana, mempunyai 4 blok bangunan tiga tingkat dan sebuah blok dua tingkat di mana semua blok tersebut berangkai di antara satu sama lain.
Sekolah ini dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti Musolla, Bilik j-QAF, Bilik Muzik, Bilik Guru, Bilik Setiausaha Peperiksaan, Bilik Bimbingan & Kaunseling, Bilik Media, Perpustakaan, Makmal Komputer, Makmal Sains dan Makmal Matematik, Bengkel RBT, Bilik Pemulihan ( Permata Hati ), Bilik Multimedia, Bilik Pengawas, Bilik Pengakap, Bilik Guru Disiplin, Bilik operasi SPBT, Bilik Kesihatan dan Pergigian, Bilik Mesyuarat dan Pejabat.
Warga sekolah ini bertekad dan berazam untuk mencapai prestasi yang membanggakan selaras dengan visi dan misi sekolah.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana
- JALAN PERSISIRAN PULAI PERDANA 1,
- TAMAN SRI PULAI PERDANA
- 81300 JOHOR BAHRU