Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga, Kedah
Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga atau nama ringkasnya SK Simpang Tiga, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.
Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga | |
---|---|
Lokasi | |
Padang Hang 06570,, Alor Setar, Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Rendah, Sekolah Kerajaan |
Moto | "USAHA BERJAYA" |
Nombor sekolah | 04-7312441 |
Kod sekolah | KBA2018 |
Guru besar | En. Safizad bin Kamaludin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Sobiron bin Aziz |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Sarina binti Man |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Mohd Hakim bin Abdul Khadi |
Faks | 04-7312441 |
Sejarah
suntingSekolah Kebangsaan Simpang Tiga ialah cantuman tiga buah sekolah rakyat dalam Mukim Padang Hang iaitu:
- a) Sekolah Rakyat di Kampung Simpang Tiga
- b) Sekolah Rakyat di Kampung Teluk Junus
- c) Sekolah Rakyat di Kampung Huma
Ketiga-tiga sekolah ini dicantum dan dibina sebuah sekolah baru yang diberi nama Sekolah Simpang Tiga di atas sebidang tanah bendang seluas enam relong kepunyaan Hajjah Teh Binti Haji Saad yang dibeli oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1955. Bagunan ini telah dirobohkan pada tahun 1966 dan digantikan dengan bangunan baharu. Pada tahun 1966, bangunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Tun Abdul Razak bin Hussin.