Sekolah Kebangsaan Seri Timbul
Sekolah Kebangsaan Seri Timbul atau nama ringkasnya SK Seri Timbul, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pt. Seri Dalam,.
Sekolah Kebangsaan Seri Timbul | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6074277904 |
Kod sekolah | JBA0064 |
Faks | TIADA |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Timbul memiliki 137 pelajar lelaki dan 129 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 266 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009
Pada tahun 2024, SK Seri Timbul telah memiliki bilangan murid lelaki seramai 100 orang dan murid perempuan seramai 97 orang. Bilangan guru seramai 20 orang dan AKL 4 orang.
Motto: Bersama Menuju Kejayaan
Slogan : SK Timb Unggul
Tagline : We Rise Together
Sejarah
sunting05. 07. 1953 - Dengan nama SEKOLAH MELAYU SERI TIMBUL, BATU PAHAT. Bangunan Kampung yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk tempatan dan yang berdekatan. Bertempat di darat Kampung Seri Dalam, Mukim 10, Batu Pahat : Kira-kira sebatu jauhnya dari bangunan baru yang ada sekarang, yang telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat, Encik Abdullah Bin Haji Sulaiman. Turut sama di pembukaan rasmi ialah Nazir Sekolah Daerah Batu Pahat, Tuan Syed Esa Bin Alwee. 12. 09. 1954 - Bangunan asal telah roboh kerana tiupan ribut kencang berserta puting beliung. 05. 01. 1955 - Nama sekolah telah berubah dari Sekolah Melayu kepada Sekolah Umum Seri Timbul. Pada tarikh inilah bangunan yang baru telah didirikan dengan Biaya Kerajaan Negeri sejumlah RM 2,000.00. Dengan bantuan Kerajaan Negeri inilah maka keadaan sekolah telah bertukar dari berlantaikan tanah beratapkan nipah kepada beratap zink dan berlantaikan simen, di tapak yang sama. 03. 12. 1959 – Sekolah telah didaftarkan dengan nama Sekolah Umum Seri Timbul, Kampung Seri Dalam, Peti Surat Parit Raja, Batu Pahat. Mengikut pendaftaran sekolah Undang -Undang Pelajaran 1957 dengan bilangan murid seramai 160 orang. 12. 01. 1964 - Sekali lagi nama sekolah berubah menjadi Sekolah Kebangsaan Seri Timbul. Oleh kerana keadaan dan inginkan perubahan, Guru Besar yang baru yang didatangkan (En. Ali Bin Markom) telah berusaha mengadakan perundingan dengan Jemaah Pengurusan dan penduduk juga dengan Tuan Pengelola Sekolah-Sekolah Daerah (En. A. Ghaffar Ali) untuk memindahkan bangunan ke tapak yang lebih sesuai. Setelah kajian dibuat, jarak antara sekolah-sekolah yang ada terlalu hampir. Tanah kawasan sekolah tidak berumput menyebabkan kebersihan dan kesihatan murid tidak memuaskan. Tanah sekolah untuk pembinaan banguanan batu tidak sesuai kerana tanahnya gambut. Dengan alasan-alasan itulah persetujuan bersama telah diambil untuk dipindahkan. 15.12.1963, bangunan sekolah yang ada dibuka dan dipindahkan. 17. 12. 1963, telah tegak berdiri semula di Tapak baru di tepi jalan raya Jalan Parit Botak di kampung itu juga. 01 Februari 1972 - Sekali lagi bangunan lama itu diangkat dipindahkan (tanpa dibuka /dirobohkan) ke hujung padang yang ada sekarang. Sejak itu tersergam Indahlah bangunan dua tingkat yang digunakan mulai 01 April 1973. Menurut sejarah orang-orang terdahulu nama Seri Timbul wujud disebabkan oleh buah kelapa yang banyak timbul di Kawasan berhampiran sekolah.
Pencapaian
suntingAlamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Seri Timbul
- Pt. Seri Dalam,
- 83210, Senggarang
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6074277904
- Fax = TIADA