Sekolah Kebangsaan Seri Medan


Sekolah Kebangsaan Seri Medan atau nama ringkasnya SK Seri Medan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pekan Seri Medan, 23 km dari bandar Batu Pahat.

Sekolah Kebangsaan Seri Medan
Lokasi
 Malaysia Jalan Besar,, 83400, Seri Medan, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6074850131
Kod sekolahJBA0074
PengetuaPuan Fadzilah binti Paiman (mulai 2019)
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Ayof bin Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Wan Salamiah binti Wan Mahamood (mulai 2021)
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Shamsuree bin Sadai (mulai 2022)
Faks6074850131

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Medan memiliki 263 orang pelajar lelaki dan 236 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 499 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.2009

Sejarah

sunting

SK Seri Medan pada asalnya ialah sebuah sekolah atap di tebing Sungai Parit Warijo, Seri Medan Batu Pahat, Johor yang diusahakan oleh penduduk kampung bersama Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pertamanya En. Mohamad bin Benu (Meninggal Dunia Pada 23hb November 1958, ketika berusia 48 tahun)

Pencapaian

sunting

SK Seri Medan telah menjadi tuan rumah setiap tahun untuk MSSC Parit Sulong. Penglibatan ini telah membuatkan sekolah mendapat Johan untuk pasukan MSSC Seri Medan selama 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2017 dan 2018. Beberapa orang pelajar sekolah ini juga telah membuat persembahan zapin untuk peringkat kebangsaan di Dataran Batu Pahat pada tahun 2017.

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Seri Medan
Jalan Besar,
83400, Seri Medan
Johor, Malaysia
Telefon = 6074850131
Faks = 6074850131

Pautan luar

sunting